DIY LILIN AROMATERAPI

9:10:00 AM Noor Akma 4 Comments


Berangan la plak nak berwangi-wangian kan bilik dengan aroma yang menenangkan. Suka dengan yang bau rose garden. Feeling2 rasa kat taman Inggeris gitu..   Jom kita buat sendiri... Nak beli pun mahal jugak harganya kan...

Bahan2 : 

Beberapa batang lilin putih secukupnya.
Botol2  kaca yang tahan panas
Pewangi aromaterrapi
Crayon

Cara : 

Pecah2kan lilin menjadi ketulan2 kecil dan keluarkan sumbunya. Sumbu lilin tu gunakan balik nanti. Panaskan periuk stainless steel dan cairkan lilin. Kacau dengan senduk kayu. Jika nakkan lilin berwarna.. campurkan warna crayon pilihan dalam lilin yang sedang dicairkan. Masukkan juga beberapa titis pewangi aromaterapi.

Sebelum tu tegakkan sumbu dalam botol dengan sebatang kayu atau gamkan sumbu di dasar botol. Perlahan2 isikan lilin cair kedalam botol. Jika nak membuat beberapa lapisan, pastikan lapisan bawah mengeras sebelum memasukkan warna yang lain.

Dah keras lilin tu.... boleh lah di pasang api tu untuk mewangikan rumah atau bilik... Lilin ni juga sesuai dijadikan hadiah.

p/s : Dah wangi seluruh rumah... bolehlah feeling2 romantik gitu. Tapi jaga2, sebelum tidur pastikan api lilin dipadamkan....

4 comments:

wow
nk cuba la

Aqilah Azmi said...

whoaaaaa mcm senang huhuhuhuhu thanksss

Kalau rajin semua benda jadi..hahahaha

time xde eletrik boleh la nak buat haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...