Tip Gaya Solekan Natural

9:11:00 AM Noor Akma 1 Comments


Bila keluar ke majlis, semesti wajah akan disolek serba sempurna... tapi kalau boleh mesti nak nampak tak keterlaluan. Nak nampak natural je..... tapi mesti nak cantik menyerlah.. pakai mekap tapi macam tak pakai... cantiknya mestilah meletop gitu...

Di sini di sertakan 6 tip gaya solekan natural yang boleh dipraktikkan.... tips ini dapat dari pakar solekan tau...

1. Krim
Langkah pertama, urut lembut krim pelembap pada muka. Ia adalah asas terbaik solekan sambil menenangkan kulit, sekaligus memperbaiki tekstur keseluruhan kulit muka.

2. Bedak Asas
Dalam dunia realiti, aplikasi bedak asas tebal akan nampak bercapuk. Pilih bedak bertekstur ringan. Jika perlu formula tebal hanya sapu lapisan nipis selepas penyamar noda. Elakkan menyapu bedak kompak di atasnya, ia buat kulit nampak kusam.

3. Palet Mutiara
Pembayang mata dengan rumusan mutiara menambah efek iridescent juga sinar, malah beri ilusi kontur mata galak. Oles nipis pada kelopak dan penjuru dalam mata, jika mahu lebih fokus adunkannya di tulang pipi. Buat kulit gelap, white can look a shy. Pilih rona champagne.

4. Beige Pencil
Menurut pakar solekan, celak beige memadam segala kemerahan dan meninggalkan kesan natural. Ianya turut memberi efek segar pada mata yang letih.

5. Pemerah Pipi
Kombinasi pic serta merah jambu menyuntik seri pada ton kulit, dan sebarang nuansa beige buat muka kusam. Layangkan nipis di pipi, hujung hidung dan dagu. This makes it look like you’ve been outside.

6. Gincu
Tekstur matte bukan idea baik untuk stail natural, pilih ton yang menyuntik sedikit warna serta kilatan satin semula jadi. Tetapi bukan terlalu natural sehingga sebati dengan warna kulit.

p/s : apa lagi, lepas ni bolehlah cuba....

#kredit SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...