Hari Oreintasi Pelajar Tingkatan Satu, Yang Terakhir Bagi Aku....

3:47:00 PM Noor Akma 1 Comments

Hari  ni,  pagi  tadi  berkampung  di sekolah menengah  berdekatan  dengan  rumah. Hari  oreintasi  pelajar tingkatan  satu. Macam biasa, ramainya  ibubapa yang hadir hari orientasi  pelajar ni. Disebabkan aku dah bersedia dari awal iaitu dah membeli peralatan sekolah, jadi tak payahlah beratur dan berebut di kedai buku dan koperasi lagi. 

Hari Oreintasi Pelajar Tngkatan Satu, Yang Terakhir  Bagi Aku....
Hari Oreintasi Pelajar Tingkatan Satu, Yang Terakhir  Bagi Aku....

Habis ucapan aluan guru besar dan guru bertugas bagi informasi perihal sekolah, aku pergi cari kelas anak. Aduyai... penatnya mencari kelas. Rupa-rupanya di tingkat 2. Letihnya berlegar-legar turun naik tangga tadi. Tak sangka anak dapat masuk kelas pertama sekolah petang. Harap dapat terus kekal di kelas ini. Ini ada cerita sikit tentang anak aku yang ini.... klik SINI.

Hari Oreintasi Pelajar Tngkatan Satu, Yang Terakhir  Bagi Aku....
Hari Oreintasi Pelajar Tingkatan Satu

Hari Oreintasi Pelajar Tingkatan Satu, Yang Terakhir  Bagi Aku....


Dah dapat buku teks sekolah. Lepas ni proses membalut buku teks pula... sementara belum mula sekolah beberapa hari lagi. Fail peribadi persekolahan  rasa dah lengkap, tapi apbila diperiksa cikgu tadi... masih lagi ada kekurangan. Kena juga disiapkan... Huh, busy, busy!

Ini orientasi sekolah yang terakhir aku tempuhi. Setelah tiga kali sebelum ini..... yang ni orientasi untuk anak bongsu. Lepas ni boleh merdeka. Nak hadiri hari orientasi di universiti pula. Dah ada dua orang anak yang belajar di universiti. Lepas ni di harap dua orang anak yang masih belajar di sekolah ini akan menyusul. Mudah-mudahan....

p/s :  Hujung bulan Februari nanti hantar anak sulung perempuan aku sambung degree... dah pergi interview 2 minggu lepas. Insya'allah.... :)


1 comments:

waaa dah besar2 dah semua. Nanti makin sunyi la rumah memasing dah menapak jauh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...