Besarnya Kiwi Tu..... hahaha!

12:14:00 PM Noor Akma 1 Comments


Alahai.... sekali imbas betul2 macam buah kiwi.....  Elok jer bentuknya tu. Tapi kepalang besar...hehe! Kalau tak terpandang lengan kecik tu, mesti tak perasan yang sebenarnya kepala baby tu.

Lawak jugaklah gambar ni. Siap dipasangkan tag tu... hihi! Anak sape la budak ni. Comel jer kepala dia. Mesti baby ni sangat comel sebab tengok kepala pun dah comel... 

Idea sape la buat macam ni... Mesti mak bapak baby ni. Lepas ambil gambar macam ni, mesti diorang gelak tak sudah dan letak kat fb untuk share dengan ramai orang. 

Pada yang empunya gambar asal... harap tak marah aku kongsi gambar ni..... Sesajer suka2 panjangkan gelak...hahaha!

p/s Macam2 hal... kepala dan kiwi punya cerita... kikikih!


1 comments:

Fahami Prinsip-prinsip Mensyukuri Nikmat Allah....

12:20:00 PM Noor Akma 1 Comments


Salah satu kenikmatan yang dianugerahkan oleh Allah SWT  kepada hamba-Nya adalah rasa syukur. Nikmat inilah yang akan menggolongkan seseorang itu apakah termasuk manusia yang  kufur atau sebaliknya. Untuk menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kita harus memahami prinsip-prinsip berikut.

1. Memahami Makna dan Hakikat Syukur

Ar-Raghib al-Asfahani dalam bukunya al-Mufradat fii Gharib al-Quran menyatakan syukur sebagai gambaran kenikmatan yang diterima oleh seseorang yang terpancar  dalam penampilannya. Dasar dari kata ‘syukur’ adalah ‘membuka’. Sementara ‘kufur’ pula bererti  ‘menutup’. Dalam kamus Dewan pula, bersyukur itu membawa maksud kepada berterima kasih.

Hakikat syukur adalah untuk menzahirkan  nikmat Allah SWT  dengan menyebut-nyebut Allah Maha Pemberi nikmat secara lisan. Sedangkan  kufur adalah dengan  menyembunyikan nikmat-Nya. Maka, oleh demikian, syukur itu adalah bagaimana menampakkan nikmat sesuai dengan fungsi dan kegunaannya melalui petunjuk al-Qur`an dan al-Hadis.  Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT,

”Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).” (adh-Dhuha [93]: 11)

2. Menerima Syukur Sebagai Kewajiban

Allah SWT telah berfirman, ”Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku,” (al-Baqarah:152).
Sebahagian ulama menjelaskan bahawa ayat ini mengandungi perintah untuk mengingati Allah SWT  tanpa melupakan-Nya, patuh kepada-Nya tanpa menderhakai-Nya.       `Hal ini menunjukkan bahawa makna bersyukur sebenarnya menghadirkan Allah SWT  di segenap nikmat-nikmat-Nya. Dengan mensyukuri nikmat-nikmat ini  maka secara automatiknya kita telah mengakui kebesaran dan kehadiran  Allah  dalam kehidupan ini.

3. Meninggalkan Kufur Nikmat

Qarun adalah simbol manusia yang mengingkari nikmat dan anugerah Allah SWT.  Bahkan, dia berani menegaskan bahawa apa yang dimilikinya itu adalah daya usaha dan kemampuannya. Dengan kata lain, ia telah kufur nikmat.

Firman Allah SWT, ”Qarun berkata, ’Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku.’ Dan apakah dia tidak mengetahui, bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu tentang dosa-dosa mereka,” (al-Qashshas [28]:78).
Untuk  mewujudkan syukur yang sempurna, kita harus memenuhi ruang lingkup berikut: .

4. Bermula  dari Peribadi

Allah SWT telah berfirman, ”Dan barang siapa bersyukur, maka sesungguhnya dia mensyukuri dirinya sendiri dan barang siapa yang kufur maka sesungguhnya Tuhan-Ku Maha Kaya lagi Mulia,” (an-Naml [27]: 40).

Rasulullah s.a.w juga turut bersabda, ”Allah senang melihat (bukti) nikmat-Nya dalam penampilan hamba-Nya,” (Riwayat Tarmizi).

Implementasikan rasa syukur itu dalam perbuatan dan tindakan sehari-hari. Makna inilah yang difahami oleh Rasulullah s.a.w ketika ‘Aisyah, isteri baginda  mendapati baginda  sentiasa melaksanakan solat  malam tanpa henti. Bahkan, seakan-akan memaksakan diri hingga kakinya bengkak-bengkak.

Aisyah bertanya, tentang kesungguhan baginda menjalani ibadah tersebut, Rasulullah s.a.w  menjawab,“Tidakkah (pantas jika) aku menjadi hamba Allah yang bersyukur?” (Riwayat Bukhari).
Dalam hal ini, Ibnul Qayyim menyebut, terdapat  tiga dimensi yang harus ada dalam bersyukur.

Pertama, bersyukur dengan lisan

Bersyukur dengan lisan bermakna,  pengakuan terhadap nikmat Allah SWT  sambil memuji-Nya dengan ungkapan ‘alhamdulillah’. Ungkapan ini disampaikan secara lisan kepada Yang Dipuji, secara ikhlas dengan pengakuan yang mendalam, dan dengan penuh kekaguman.
Jika mata dan hati kita secara sedar menyaksikan dan merasakan nikmat yang tak ternilai harganya ini, maka akan terurailah kata-kata itu sebagaimana firman Allah SWT,
”Seandainya kamu (akan) menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya,”(Ibrahim [14]: 34).

Kedua, bersyukur dengan hati

Dimensi syukur ini dilakukan dengan menyedari sepenuhnya bahawa nikmat yang diperoleh semata-mata kerana anugerah dan kemurahan Allah SWT. Syukur dengan hati, membawa manusia untuk menerima anugerah dengan penuh kerelaan tanpa rasa berat.  Syukur ini juga memberikan kesedaran betapa besarnya kemurahan dan kasih sayang Allah sehingga terlontar dari lidahnya pujian kepada-Nya.  Syukur yang lahir dari hati dan fikiran seperti ini akan diekspresikan dalam bentuk sujud, iaitu sujud syukur.

Ketiga, bersyukur dengan perbuatan

Seluruh anggota badan manusia diciptakan Allah  sebagai nikmat. Implementasi dari rasa syukur ini adalah dengan menggunakan semua anggota tubuh tersebut untuk hal-hal yang positif saja. Solat  seseorang merupakan bukti rasa syukur kita pada Allah SWT. Begitu juga dengan puasa dan zakat seseorang itu.

Hal ini disimpulkan oleh Muhammad bin Ka’ab Al-Quradhi bahawa syukur pada intinya adalah bertakwa kepada Allah SWT  dengan beribadah dan beramal soleh.

p/s : Sesungguhnya aku bersyukur dan redha ke atas apa yang Kau tentukan untukku.... Semoga aku dan keluarga sentiasa dibawah rahmat Mu... Aaaaaminnnn....


1 comments:

Yang Minat Mengait, Mesti Boleh Faham Simbol Crochet Ni....

12:08:00 PM Noor Akma 0 Comments



Kali ni nak letak carta simbol ni kat blog sendiri. Tak la setiap kali nak guna kena search google. Bagi sesiapa yang minat mengait mesti faham dan hadam dengan simbol2 ni.

Walau tak semuanya aku faham tapi boleh la kalau nak mengait paten yang mudah.Masih banyak nak belajar lagi tapi masa tu yang kurang. Asal boleh jelah... 

Bila aku mengait dan asyik membelek2 kertas yang ada gambar paten... anak2 mesti heran.... Macam mana buat ni.... Tak ada pun tulisan... Aku cakap ini peta cara nak buat..... ha...ha... ha!

Aku memang minat dengan crochet ni. Sejak ada internet ni , nak cari paten pun mudah. Dulu kena beli buku. Bukannya murah buku tu.... mahal sangat. Sekarang macam2 paten boleh jumpa dari seluruh dunia.

Dari sekecil2 benda hingga yang besar. Cantike belaka. Nantilah, perlahan2 aku nak cuba buat. Sementara kurang tempahan ni.... Benang pun ada banyak  ni. Iye la... aku selalu beli borong benang2 tu, dapat murah sikit.

p/s : Nak bercrochet lah ni.... kalau dah mula tu jadi ralit, kerja lain tak jadi... hihi!






0 comments:

Cara Tradisi Dan Terkini Menghilangkan Bintik Hitam Di Wajah...

12:31:00 PM Noor Akma 0 Comments


Kengkadang dek rutin harian yang sibuk, penjagaan wajah dibuat sambil lewa je. Asal nampak okey je dah.... Lama kelamaan bintik2 hitam pun penuh satu muka. Jadi,jangan sesekali abaikan penjagaan wajah dan cucilah wajah dengan betul

Kenapa bintik hitam terjadi......? Bintik hitam ataupun dikenali sebagai black head terjadi akibat daripada liang-liang pori yang tersumbat. Ini disebabkan oleh sisa kosmetik, debu atau kotoran yang tidak dibersihkan secara teliti.

Satu cara tradisonal yang mudah dan berkesan menghilangkan bintik hitam di wajah dengan bahan di dapur kita dan dengan kos yang murah ialah :

Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.


Satu lagi cara terkini yang biasa dilakukan ialah :

Masalah ini dapat diatasi dengan melakukan scrub pada wajah supaya lebih bersih. Sebaiknya sebelum melakukan scrub, wajah hendaklah dibersih terlebih dulu supaya liang-liang pori terbuka. Setelah dilakukan scrub, bilas wajah dengan air atau toner untuk merapatkan pori - pori kembali. Lakukan seminggu 2 kali.


p/s : Cara tradisional lebih murah dan menjimatkan. Cara sekarang, scrub muka dengan produk yang ada pun boleh.... Mana2 lah.. asal wajah cantik dan sihat.. :)

0 comments:

Ayu Raudhah Hilang 15 Beg Tangan Berjenama Gara2 Whassap Lokasi Rumah....

12:06:00 PM Noor Akma 1 Comments


Bahaya juga share lokasi rumah ni..... tapi rumah orang berada dan orang yang terkenal je la kot. Tapi orang biasa pun kena beringat juga. Itulah terjadi kepada pasangan selebriti.... Ayu Raudhah dan Zaquan Adha.

“Ia bermula sewaktu kami mengadakan majlis rumah terbuka. Seperti orang lain, kami pun share location rumah supaya tetamu senang sampai. Tak sangka pula jadi viral sampai ada tetamu yang tak kenal pun datang. Selain itu, rumah kami memang sudah 'diperhatikan'. Pengawal rumah ada, cuma mereka bertugas pada waktu malam sahaja,” kata Zaquan yang benar-benar kecewa. 

Dalam tragedi malang itu, pasangan ini mengalami kerugian sebanyak RM200,000 termasuklah 15 beg tangan berjenama dan jam tangan milik Zaquan. Menurut Zaquan, dia terkejut sebaik dimaklumkan oleh jirannya bahawa rumah mereka dipecah masuk dan bernasib kerana isteri dan anak-anak tiada di rumah.


Sewaktu kejadian berlaku Zaquan berada di Sabah, manakala Ayu Raudhah, dan dua orang anaknya berada di rumah keluarga di Kuala Lumpur.

p/s : Banyaknya beg berjenama... tu sebab jadi perhatian orang tu... huhu!



1 comments:

Bila Tersedak Makanan @ Tercekik...

11:48:00 AM Noor Akma 0 Comments


Selalunya bila tersedak makanan atau makanan tersangkut ditekak atau tercekik.... minum air jer... tapi baru dapat info ni iaitu hanya perlu mengangkat tangan.

Entah betul ke tidak tidaklah diketahui.... sebab belum cuba iaitu belum tersedak lagi... tapi apa salahnya mencuba nanti sekiranya berlaku.... Tapi harap2 tak lah terjadi...

Ceritanya begini :

Di Atlantic City, New Jersey, AS, seorang anak berusia 5 tahun bernama A'Zir Spence dengan bijaknya telah menyelamatkan nyawa neneknya, dengan hanya perlu “mengangkat tangan”.

Satu hari, Shirldine Stewart berusia 56 tahun sedang menonton TV di rumahnya sambil makan jelly. Cucunya Spence turun ke bawah untuk menanyakan sesuatu kepadanya. Ketika nenek memalingkan muka untuk memandang cucunya, sepotong jelly tersangkut di kerongkongnya. 

Si nenek berusaha untuk melepaskan jelly yg tersekat dengan menekan bahagian perutnya, tapi gagal. Spence lalu bertanya: “Nek! nenek tersedak ke?”, namun nenek tidak mampu menjawab. “Saya rasa nenek tersedak. Nek! Cepat naikkan tangan nenek!” 

Nenek Stewart lalu mengangkat tangan di atas kepalanya dan ternyata jelly itu keluar dari kerongkongannya. Spence bagi tau kaedah ini dipelajarinya di sekolah.

Jadi cara menangani jika tersedak makanan adalah dengan hanya perlu 'mengangkat tangan'.

p/s : Itu kalau tersedak makanan, kalau  tercekik tulang ikan boleh ke buat macam ni.... hmmm...entah, belum dicuba...hehe!

0 comments:

Bermonolog Sendirian....

4:04:00 PM Noor Akma 0 Comments


Monolog seorang aku.....
Letih....
Terus bangun.....
Penat.....
Kena bangkit juga....

Untuk diri....
Untuk keluarga...
Untuk berjaya....
Mengubah nasib keluarga

Sampai bila nak ditakuk lama
Sentiasa tak berkecukupan....
Siapa yang ada menghulur tangan...
Diri sendiri je lah.

p/s : Suka2 berhuhahuha jer....^-^peace!





0 comments:

Fesyen Yang Entah Apa2...... Hihi!

12:02:00 PM Noor Akma 2 Comments


Saja tengok2 kat FB.... Jumpa fesyen ni.. Gelak sorang2 aku dibuatnya. Mana idaknya, kulit durian, rumput kering, daun pisang dan segala benda dipakaikan di badan. Haru dibuatnya.... huhu!

Daun2 pokok tu tak gatal2 ke kat badan. Bawak gi jalan2, boleh pengsan orang yang memandang.... kan!

Inilah yang dinamakan 'High Class Fashion'. Yang penting confident je...Gitteww....!

p/s : Ye ke.... macam balik  ke zaman pra sejarah...ada la.... aiyokk!

#kredit SINI


2 comments:

Ujian Ini Kerana Allah Menyayangi.....

12:41:00 PM Noor Akma 1 Comments


Secebis ayat....

Tazkirah hari Jumaat...

Untuk yang sudi hadir ke blog nih....

p/s : kepala ku tingtong sebab antara kurang tido atau faktor cuaca, haihh pening... :(


1 comments:

Kerja Sampingan Sambil Online, Crochet @ Mengait...

10:39:00 AM Noor Akma 1 Comments



Hari2 ku memang sibuk..... Nampak jer duduk rumah tapi tugas2 rumah memang sentiasa ada. Di tambah lagi kerjaya aku sebagai blogger dan dropshipper. Hari2 ngadap laptop dan henpon jer. Mesti la kan... Nak update yang semuanya terkini.

Tapi kadang2 laptop dan line internet punyalah slow macam siput. So, nak mengurangkan tekanan dek lama menunggu..... aku buatlah kerjatangan ni, iaitu mengait atau crochet... Buatlah sikit2... kadang2 ada orang order. Kalau tak ada order pun aku masih buat. 

Anak2 aku kengkadang buat jual kat sekolah....  Tak lah jual mahal pun. Takat lepas beli jajan je la. Dulu2 ada buat lapik meja, lapik tv dan segala bagai lapik lagi.... Tapi suami tak suka, mengumpul habuk jer.. Dah tak buat dah.... yang kecik2 ni senang... sekejap jer dah siap.

Kalau ada yang nak order brooch ke, keychain ke...Mini coin purse ke.... aku terima jer. Harga boleh runding ikut banyak mana yang dikehendaki. Murah2 jer.... tapi bagi masa sikit lah....

Itulah aku..... Kat depan aku ni ada laptop, henpon dan sekotak barang mengait. Tv plak kat sebelah. Bayangkanlah semua tu aku buat serentak bergilir sentiasa.... Tapi dah minat punya pasal, layankan ajelah... hihi!

p/s : Mini coin purse yang aku buat ni lah yg jadi hadiah GA aku tu... :)


1 comments:

Betul Ke Che Ta Pakai Seluar Koyak....

11:04:00 AM Noor Akma 0 Comments


Entahlarrrr.... Tapi nampak dalam gambar tu, real sungguh koyak rabak kat lutut seluar tu... Maybe tak koyak dan seluar tu dibuat macam ala2 koyak gitu. Yang warna kulit tu.... kain skin kaler agaknya..... atau pakai seluar skin kaler kat dalam kot.... musykil sikit...hehe!

Kalau ada seluar jeans yang nampak macam koyak rabak tapi tak koyak, teringin jugak nak beli... boleh pakai... Ala2 rockers jalanan gitu....  Kat mana lah dia beli... Kan!

"Awak rasa saya dah gila ke nak pakai seluar koyak tapi bertudung? Saya malas hendak jawab tentang perkara ini. Apa yang ingin saya tegaskan ialah saya tahu apa yang saya buat… itu yang penting." itulah kata Che Ta....

Retis la katakan.... Apa juga dibuat, lebih2 lagi kalau ada yang tak kena. Mestilah jadi perhatian ramai. Macam cerita Che Ta pakai boot dan seluar skin kaler... kecoh jugak tu....kan!

p/s : Ala... biasalah retis, nak jadi perhatian dan dapat perhatian.... hurm! ko hado....?


0 comments:

Kesan Penggunaan Air-Cond Pada Kesihatan, Yang Kita Tak Tahu.....

12:14:00 PM Noor Akma 0 Comments


Musim panas membahang sekarang ni, mesti ramai yang terfikir nak duduk dalam bilik yang sejuk beraircond 24 jam. Terbayang2 nikmatnya, sejuk dan nyaman jer...

Rupanya ada kesan buruk jugak aircond ni... Kesan pada kewangan pulak bil api melambung tinggi. So, tak payahlah membazir kan...!

Baca yer jangan tak baca... Kesan Penggunaan Penghawa Dingin (Air-Cond) pada Kesihatan.....

1. Sakit kepala dan keletihan.
Kajian mendapati bahawa bekerja pada bilik yang berhawa dingin secara terus-terusan boleh menimbulkan sakit kepala yang kronik. Selain itu, badan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit seperti lelah, batuk, flu dan selsema.

2. Kulit kering. (Penuaan kulit)
Tau macam mana air cond berkerja?Ia mengambil partikel-partikel air kat udara dan proses jadi udara dingin.Tak terkecuali air yang ada kat kulit korang,kat dalam mulut (kecuali air yang tersembunyi dan air yang susah nak tersejat macam air "duit").Jadi, bila air pada kulit tersejat,kulit jadi kering,maka proses penuaan mudah berlaku. Cara mengatasinya hanya perlu sapukan losyen agar liang-liang kulit tubuh tak terbuka dan menutup dari terkena udara. Yang paling penting, banyakkan minum air.

3. Sistem tubuh lemah atau manja.
Kebergantungan tubuh pada hawa yang selalu sejuk dan terjaga membuat kemampuannya menghadapi cuaca panas semakin menghilang. Jadi bila berada di tempat panas, tubuh akan mengalami stress kerana sukar menyesuaikan diri. Kesan paling teruknya boleh menyebabkan kematian.

4. Sakit makin parah.
Air cond juga menjadikan tubuh kita tak peka ‘merasakan’ sakit yang sedang dialami, hingga keadaan penyakit itu jadi makin parah baru dapat diketahui sakitnya.

5. Sakit pernafasan.
Udara yang berputar dalam sebuah bilik tertutup kerana penggunaan air cond menyebabkan bakteria dan mikro-organisma mudah membiak dan menjadi masalah pernafasan. Penyakit yang biasanya timbul adalah batuk, demam dan sebagainya.

6. Membuatkan kita gemuk
Ada penelitian mengatakan, udara yang selesa antara 10 penyebab kegemukan. .Kenapa? Bila dah sejuk, malas nak buat apa-apa..Lepas makan je,terus rasa ngantuk.Than tambah lagi air cond, confirm lelap sampai Maghrib..Tak payah hari-hari,cukup 3 kali seminggu.3 bulan lepas tu,leh daftar Biggest Loser.

7. Sick Building Syndrome
Sindrom ni merupakan akibat daripada pertukaran suhu secara tiba-tiba.Samada dari sejuk ke panas atau panas ke sejuk.Sebagai contoh, kita baru lepas berpeluh-peluh sebab panas kat luar,than tiba-tiba masuk rumah,bukak ari cond 16c.. Badan kita tak boleh nak berkompensasi (err,macam sesuaikan diri la), jadi akan timbul lah sakit kepala, rasa sesak nafas dan macam-macam lagi..

8. Senang terserang jangkitan kuman
Biasanya,ruangan yang dilengkapi air cond adalah ruangan tertutup, dan mempunyai pengudaraan yang minimum..Dan korang tau ada berapa banyak kuman kat udara? Belum tambah bila bersin lagi, yang kita bawak dari luar lagi (plus bau yang harum bak kasturi lagi)..Dan kalau sesorang terkena jangkitan virus,sangatlah mudah untuk berjangkit dalam ruangan ari cond (kalau selsema,jangan duduk dalam bilik ada air cond).

p/s :  Eleh ...  dah tak mampu pasang air-cond tu.... banyak la cerita... haha!

0 comments:

Cuti Semester Dah Bermula..... Punggah Barang Lagi!

12:01:00 PM Noor Akma 0 Comments



Kelmarin... dah jadi rutin sejak 2 tahun kebelakangan ni, inilah akan berlaku.... punggah masuk dan punggah keluar barang2 anak yang menjadi mahasiswi di UITM Alor Gajah Melaka. Rajin la aku bertandang ke Melaka......pada setiap masuk dan keluar semester.  Dah tu, sesekali ambil peluang jenjalan kesana...

Kali ni cuti semester yang ke empat. Akan datang semester ke lima iaitu semester terakhir.... Bidang yang anak perempuan ku belajar disana....pengajian  komunikasi dan media atau nama glamournya.... mass com. Nak jadi wartawan penyiaran nanti , katanya....... insya'allah!

Anak perempuan ni biasalah.... macam nak pindah rumah dibuatnya. Punyalah banyak barang..... 3 - 4 kali turun naik tangga baru habis angkut barang.... Tingkat 3 pulak tu. Kena ada stamina yang kuat jugalah....  Yang ironinya rumah kitaorang pun tingkat 3 jugak. Maka dah nak dekat 10 kali la naik turun tangga... Haish!

Macam2 barang ada... Dari rice cooker hinggalah stok barang dapur. Belum lagi pakaian yang beraneka jenis....  Kasut2 yang segerabak dan buku2 yang berat giler... Layan kan ajela.... 

Tiap kali ke sana.... ole2 yang mesti aku cari adalah cencaluk dan dodol. Dah jadi kegemaran kami sekeluarga kecuali en. suami. Nak buat macammana...? Takkan nak paksa dia rasa....  tak mau dia... hihi!

p/s :  Masuk semester depan, angkut barang lagi..... dah nak puasa plak tu.... hmmm!






0 comments:

Kenapa Aku Tidak Setawakkal Itu?

10:39:00 AM Noor Akma 0 Comments


Pic ini peniup semangatku untuk berusaha tanpa jemu dan putus asa..... Selagi terdaya, akan ku teruskan usaha. Walau ada halangan dan rintangan..... jangan mengalah.... !

Hurm..... don't worry, be happy!

p/s : Huhu... redho jer la...


0 comments:

GIVEAWAY APRIL 2016 By Mezquitalifestyle

10:12:00 AM Noor Akma 1 Comments

Assalamualaikum....


Tujuan Utama GIVEAWAY APRIL 2016 By Mezquitalifestyle 


*Mengeratkan silaturahim sesama blogger lama atau baru 
*Dapat mengenali dan mengambil kira tip-tip yang dikongsikan dalam blog
*Penambahan follower dari kalangan rakan-rakan yang menyertai GIVEAWAY ni. ( jika rajin follow lah mereka yang menyertai )

Bye..... ^-^peace!



1 comments:

Apam Balik..... Kuih Yang Biasa Beli Di Pasar Malam.....

11:14:00 AM Noor Akma 2 Comments


Inilah kuih yang paling biasa en suami ku beli di pasar malam. Kiranya dah jadi satu kemestian juga lah. Sampai anak2 tegur, asyik2 kuih ni jer.... Tap bila dah ada depan mata... ngap je la.

Rasa pun boleh dikatakan sedap.... Pernah nampak dalam tv dah ada apam balik pelbagai perisa. Tapi kat tempat aku belum ada lagi. Kalau ada.... nak juga mencuba....

Tak pernah buat sendiri.....  Beli lagi ok, tak payah susah2 kat dapur... makan sepotong dua.. dah kenyang..hahaha!

p/s : Entah kenapa rasa apam balik sekarang tak sesedap masa aku kecik2 dulu.... atau mungkinkah tekak aku yang dah memilih...? 

**gambar kutip kat google


2 comments:

Ikhlas Bekerja Mencari Redha Allah....

10:28:00 AM Noor Akma 0 Comments



Sebagai muslimah, letakkan keikhlasan sebagai faktor utama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Orang yang ikhlas akan bekerja atas dorongan takwa. Dia berpegang teguh kepada konsep bahawa setiap hamba Allah perlu menjalankan amanah yang diberikan kepadanya sebaik mungkin kerana kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di hari akhirat nanti.

Bekerja kerana mengharapkan pujian, sanjungan, penghargaan dan pengiktirafan dan bukannya mencari redha Allah adalah ciri manusia yang tidak ikhlas dalam pekerjaan. Apabila ujian datang menimpa dalam pekerjaannya dia boleh menjadi tidak keruan dan hilang punca kerana janji manis dan pengiktirafan manusia bila-bila masa sahaja boleh ditarik. Bila menempuhi suasana sedemikian dia akan mudah berputus asa dan merosot prestasi kerjanya kerana hilangnya keistimewaan yang selama ini menjadi dorongan motivasi dalam bekerja.

Manakala bagi hamba Allah yang sentiasa merasakan dirinya dalam permerhatian Allah, dia akan gigih bekerja walau pun dilanda rintangan dan lautan api sekalipun. Jadi tetapkan hati terus beramal dan bekerjalah dengan memeriksa keikhlasan kita dan sentiasa mengingati tanggung jawab kita kepada Allah. Pedulikan kata orang tentang kita, yang penting adalah apa yang dinilai oleh Allah. Hendaknya kita tidak termasuk dalam kategori pekerja yang bekerja semata-mata untuk mengambil hati orang demi mendapatkan ganjaran dunia sahaja.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “ Barang siapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia , nescaya dia dicukupkan oleh Allah segala keperluannya; dan barang siapa mencari keredhaan manusia dengan kemarahan Allah nescaya dia akan diserahkan oleh Allah kepada manusia.”..........

p/s : Ku ikhlaskan dan redha atas segalanya....... aminnnn! (Gambar hanya hiasan)


0 comments:

Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

1:35:00 AM Noor Akma 5 Comments

Assalamualaikum.....

5 comments:

Resepi Mee Kuning.... Berangan2 Nak Buat Sendiri Ni....

10:16:00 AM Noor Akma 1 Comments


Dah lama berangan2 dan bercadang nak buat mee kuning sendiri. Tak pernah aku buat lagi. Dapat tahu ada kena bubuh satu bahan tu baru menjadi..... tu yang tak berani nak buat takut tak jadi.

Tengok bahan2 ni senang ..... bahan2 pun simple jer. Tak ada pun bahan tu.... namanya 'air abu' ... Entahlah itu yang aku dapat tahu... Tapi yang ni mesti boleh jadi.. kan! Lepas tu boleh lah makan mee goreng.... Yeayh!

BAHAN-BAHAN:
450gm tepung gandum
1 biji telur saiz ‘C’
Air secukupnya untuk menjadikan doh lembut
Sedikit kunyit serbuk dan sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung, serbuk kunyit, dan garam ke dalam mangkuk dan buatkan bulatan di dasarnya. Kemudian, pecahkan telur.
2. Gaul tepung bersama telur dan air sehingga membentuk doh.
3. Rehatkan doh di dalam peti ais selama 20 minit.
4. Bentukkan mi kuning menggunakan mesin pasta.
5. Didihkan air dan masak mee cara 'al dente'.

*Untuk mengelakkan mee dari melekat selepas dibentukkan, tabur tepung diatasnya sebelum dimasak.

p/s : mesin pasta memang dah lama ada.... beli mesin cadang nak buat karipap, tapi jarang2 buat. terperuk je la... elok la gunakan!

#kredit SINI

1 comments:

Detox Air Lemon Bagus Tapi Ada Kesan Sampingan Jika Berlebihan....

10:53:00 AM Noor Akma 3 Comments




Air lemon bagus untuk detox, lebih2 lagi pada yang sedang berdiet. Ia menjadi sebahagian minuman untuk tujuan detoks membuang toksin yang juga salah satu cara untuk menurunkan berat badan. 

Botol air berisi hirisan lemon ini selalunya bekalan wajib mereka yang berdiet hingga kadang-kadang ada yang membawa beberapa botol besar untuk minuman seharian di tempat kerja.

Tapi tahukah anda bahawa air lemon ini kalau diminum berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh badan.

Tiga perkara berikut mungkin anda alami jika mengambilnya terlalu banyak. Perlu dikurangkan pengambilannya jika kesan ini sudah anda rasai.

1. Hakisan gigi
Terlalu banyak mengambil makanan atau minuman berasid seperti air lemon bergelas-gelas akan menyebabkan gigi turut kerap diselaputi asid. Ia mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas. Bagi melindungi gigi ketika minum minuman berasid sebaiknya gunakan straw.

2. Pedih ulu hati
Minum air lemon juga boleh mencetuskan pedih ulu hati. Ia akan menjadi lebih serius jika anda pernah mengalaminya sebelum ini. Pedih ulu hati ini akan menyebabkan rasa panas dan juga sakit di bahagian dada. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman berasid untuk mengelak serta mengurangkan simptom pedih ulu hati.

3. Kerap buang air dan dehidrasi
Ini juga salah satu kesan sampingan yang mungkin anda alami jika terlebih minum air lemon. Buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Nutrien ini memang bersifat diuretik yang bermakna ia meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang untuk membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan cepat. Sekiranya anda merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, haus, pening kepala atau mengantuk segera kurangkan pengambilan air lemon.

Hampir tiap pagi aku minum air suam dengan sehiris kecil lemon untuk detox. Dengan kuantiti yang sedikit..... tak adalah memudaratkan. Sebiji lemon tu boleh aku guna dalam 10 hari. Berjimat tanpa perlu berlebihan dan dah tentu jauh dari terkena kesan sampingan.... kan!

Apa-apa makanan pun kalau diambil berlebihan tak elok, jadi bersederhanalah. jangan kerana nak sihat, nak kurus, penyakit lain pula yang datang.

p/s : Buah lemon mahal jugak tu... Dalam RM1.50 sebiji.

#kredit SINI


3 comments:

Periksa Tarikh Luput Kosmetik Anda...

10:57:00 AM Noor Akma 2 Comments


Produk kosmetik tidak boleh dipisahkan dengan kaum wanita. Bahkan tercatat sejak zaman Mesir kuno, aneka ramuan atau produk kosmetik sudah lama menjadi amalan. Seperti makanan, kosmetik juga mempunyai tempoh luput. Rawat produk kosmetik dengan tepat supaya kekal lama dan selamat digunakan.


SIMPAN DI TEMPAT YANG TEPAT

Setelah dibuka, simpan produk kosmetik di tempat yang sejuk dan kering. Hindari tempat yang lembap atau terkena sinar matahari secara langsung. Produk kosmetik akan mudah mencair manakala di tempat lembap, tekstur kosmetik akan mudah rosak sehingga tidak boleh digunakan lagi.


KEBERSIHAN

Kesan sentuhan secara langsung boleh menyebabkan alahan akibat kuman, bakteria mahupun sel kulit mati yang melekat pada produk dan barangan kosmetik. Adalah disarankan agar berus sintetik dibersihkan setiap dua kali sehari. Gunakan cecair pembersih solekan atau sabun wajah.


ASAH DENGAN BETUL

Beberapa alat solek perlu diasah sebelum digunakan. Antaranya seperti pensel gincu, atau pensel alis. Masukkan alat solek ke dalam peti sejuk setengah jam sebelum diasah. Hasilnya tentu anda puas hati!


TEMPOH MASA KOSMETIK

Periksa tarikh luput pada kemasan produk. Sebaiknya patuhi informasi yang tertera. Sebagai gambaran, rata-rata tempoh masa kosmetik seperti berikut :

· Gincu dan penggaris bibir : 1 tahun
· Maskara dan penggaris mata : 3 bulan
· Bedak padat dan pembayang mata : 2 tahun
· Bedak asas : 1 tahun
· Span : Ganti bila sudah kotor

p/ s : pastikan yer.... nanti berkurap plak wajah nanti... hehe!

#kredit SINI



2 comments:

SEGMEN : 1st Simple Giveaway by CIKNA136

11:02:00 PM Noor Akma 0 Comments

Assalamualaikum.....


Done join.....

Bye..... :)


0 comments:

Gambar Di Majlis Harijadi Sepasang Kembar Tak Seiras, Zafran Zafira.....

11:24:00 AM Noor Akma 0 Comments


Cerita malam minggu kelmarin.... Pergi makan2, sambut harijadi sepasang kembar tak seiras (Zafran dan Zafira) di Bukit Bandaraya, Shah Alam. Emak si kembar tu anak saudara en suami. Kiranya kembar tu pangkat cucu lah dengan aku.

Seronok jumpa anak buah ramai2 ni. Diorang semua sibuk beranak kecil lagi. So, dorang sibuk menghidang dan menyiapkan makanan.... aku pun tolong2 pangku anak dorang yang merengek2 nak nak minum susu dan nak di kendong.... hehe!

Lepas tu feeling2 jaga cucu.... Dah lama takde anak kecil, takkan feeling ada anak lagi plak.... Malam tu ada 3 orang baby kecil.  Baby yang besar sibuk main roller blade kat laman. Yang aku pangku dalam gambar tu Rayqal dan ada 2 lagi sepasang kembar seiras....Haziq dan Hazim.

Makanan malam tu pun sedap sangat.... masih terasa kesedapannya. Kambing dan ayam bakar bersama sos blackpaper tu memang sedap. Kek brownies pun sedap..... Kerang rebus dan sambal kicap pun ada.... apa lagi suka la anak2ku.... Peberet dorang tu...!

Terima kasih pada aboy dan farah.... susah2 jer ambil dan hantar kat rumah. Kalau tidak, tak dapatlah datang....en suami @ pak ngah diorang kerja malam...  Pada adil dan aleena serta suami...terima kasih lah ajak dan prihatin dengan mak ngah sekeluarga. Pun pada liza dan linda..... best jumpa korang. .... :)

p/s : Dah rindu plak rasa dengan baby rayqal.... pun dengan baby kembar seiras tu..hehe!


0 comments:

Motivasi Pagi Minggu....

11:10:00 AM Noor Akma 2 Comments


Opps..... busy, busy, busy!
Dan 
Nak rehat.....

Kita bermotivasi je la....
Layan.....
zassss......

p/s : rasa x sihat pun ye.... x cukup tido kut!


2 comments:

Pre-Loved Fixi Novel Giveaway

1:19:00 AM Noor Akma 3 Comments

Assalamualaikum........


Dah join.... ^-^peace!

3 comments:

Bunga Carrot, Cantik Dan Sedap Di Buat Sup....

11:26:00 AM Noor Akma 0 Comments


Sesekali bila masak menggunakan lobak merah ada jugak buat gini.... tapi selalunya lupa jer. Biasanya potong bulat2 dan belah empat,  Kalau kecil tu, belah dua. Orang berseni mesti tak akan lupa. Tapi aku ni tak berseni dan skil memasak pun tak seberapa. Asyik lupa jer la....

Sesekali masak sup buat carrot berbunga2 ni mesti nampak sedap semacam jer kan! So, lain kali kena ingatkan diri sendiri nak buat cenggini. Anak2 mesti cakap..... wahhhhh .... huhu! 

p/s :  Idea dan gambar kutip kat google jer!




0 comments:

Jom Sama2 Ikut Sunnah Hari Jumaat....

10:14:00 AM Noor Akma 2 Comments


Sekejap je dah sampai Jumaat.....
Baru jer Isnin menjenguk....
Melangkau Selasa, Rabu dan Khamis...

Esok Sabtu  datang.....
Lusa, Ahad... dah hujung minggu....
Akukah yang tercepat atau waktu yang berlari pantas...

Apapun.... Jom sama2 memuliakan hari Jumaat yang indah ini......
^-^peace!


2 comments:

Mini Segmen by Syaidah Seha

11:42:00 PM Noor Akma 5 Comments


Assalamualaikum....


Dah join....
Segmen bermula pada hari ini 6 April 2016 hingga 6 Mei 2016.
Bye.... :)

10 Famous Quotes You Might Have Seen On The Internet… But Do You Know Who Said Them?


5 comments:

Cara Hilangkan Kesan Kuning Bawah Ketiak Baju...

11:00:00 AM Noor Akma 0 Comments


Biasanya kalau kita jenis yang pakai deodorant, ketiak baju mesti jadi kuning, keras dan kasar. Tambah pula kalau anda pakai baju warna putih, lagi berisiko. Bahan deodorant akan melekat dan jadikan baju di bahagian ketiak anda berwarna kuning dan tak cantik lagi.

Inilah yang akan rosakkan pakaian anda, nak pakai dah tak relevan lagi. malulah ada kesan kotor kat ketiak tu. Kadang-kadang dan selalunya walau telah dicuci, kesan kuning tetap ada.

Ok, kali ini anda mungkin boleh guna cara yang sangat mudah untuk hapuskan kesan kuning di baju. Hanya satu bahan iaitu  cuka. Bukan cuka getah ya, cuka makan tau...!

1. Campurkan cuka makan dan air dengan menggunakan nisbah 3:1.

2. Kemudian ambil campuran cuka dengan span kering dan gosokkan di bahagian kesan kuning.

3. Biarkan lebih kurang 5 minit. Kemudian bilas dengan air panas.

4. Agak nampak masih kurang bersih, ulangi cara yang sama.

5. Jika masih kurang bersih, rendam bahagian yang kuning dalam air cuka dalam 30 minit atau lebih. Lepas tu bilas seperti biasa.

Insya'allah walau masih ada kesan kuning tu, tapi tidakla terlalu ketara. Bolehlah di pakai lagi sekali-sekala..... :)

p/s : Sayangkan.... kalau jadi macam tu pada pakaian yang kita suka....haihhh!

#kredit SINI

0 comments:

Jom Tambah Followers

9:17:00 PM Noor Akma 4 Comments

Assalamualaikum......


TIPS TAMBAH FOLLOWER :-

1. Rajin update blog 

2. Entry yang bagus dan berinovasi

3. Kerap blogwalking blog kengkawan dan komen

4. Join giveaeay, contest & segmen

5. Anjurkan giveaway, contest & segmen

Segmen ini akan bermula dari 1 April 2016-15 April 2016

Bye.... :)


4 comments:

Fareeda.... Oh Fareeda... Dah Lama Orang Pakai Tudung Design Tu.....

10:47:00 AM Noor Akma 2 Comments



Kantoi sudahhhhh.......Tau takpe......  Entah kenapa orang berebut tudung ni, aku masih tak faham. Lebih2 lagi keluaran terbaru ni. Tak ekslusif langsung. Corak2 tudung2 tu nampak biasa sangat. Dah ramai pakai corak macam tudung2 tu dan dah lama berlambak di pasar malam. Murah plak tu... Bukan la corak terbaru...

Mungkin tudung tu dah dibuat siap sedia pakai kot........ atau dipanggil instant shawl. Nak jadikan tudung tu instant tu.... semudah abc jer....   Jahit lurus ditempat tertentu.... dah siap.  Entah apa2 je la kan. Buat rugi duit jer beli mahal2. Dekat Fareeda dapat satu.. kat pasar malam boleh dapat lebih 10 helai tau....

Dan paling hot sampai jadi viral kisah berebut beli tudung fareeda ni..... Nasibla aku tak pernah minat tudung Fareeda ni. Tak boleh pakai pun... Pendek tudung ni... Tersangkut kat leher je rasanya. Budak2 umor 10 tahun je sesuai pakai.... hihi!

p/s : Tudung berjenama jerr, tak berbaloi....  kecoh lebih!


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...