Tips Tulis Artikel Dalam Blog....

8:57:00 PM Noor Akma 6 Comments


Apa yang diperlukan dalam artikel blog


Antara perkara yang sangat menggusarkan ialah bila kengkadang idea tak datang. Berhempas pulas juga memikirkan cerita yang boleh menarik perhatian pembaca. Dah dapat idea, kena susun ayat elok-elok dan sehabis baik dan sampai kepada pembaca iaitu di fahami pembaca.

Bila nak karang cerita tu boleh ikut citarasa sendiri dan sesedap rasa kita. Luahkan kata-kata biar dari jiwa yang ikhlas. Struktur artikel susun lah elok-elok mengikut susunan yang teratur. Biar ada rangkap dan rangkai kata yang sempurna. Tapi ada kalanya aku terbabas juga dengan ayat-ayat syok sendiri.... hahaha..!

Tips Tulis Artikel Dalam Blog....

Di awal bicara, ada pengenalan, kemudian perenggan penerangan, dan penutup. Boleh juga terus masuki isi penting. Pilihlah apa yang kita rasa sesuai dan selesa. Semasa menulis artikel, perlu di pastikan artikel di tulis dengan menggunakan perenggan. Setiap perenggan hanya 4 @ 5 baris... usah terlalu panjang, lebihkan perenggan tidak mengapa. (aku buat 3 @ 4 baris je biasanya....)

Hal ini pada aku paling penting. Setiap artikel wajib mempunyai gambar, sekurang-kurangnya satu gambar dan setiap 3 atau 4 perenggan, tambah satu lagi gambar untuk keseimbangan. (kalau tak ada gambar aku rasa macam orang tak berbaju... bogel.. hihi!) 

Gunakan ejaan yang betul. Tak boleh lah tulis ejaan singkat macam tulis pada message dan whatssap. Tulisan ala-ala hipster yang trend kat whatssap memang sangat tidak sesuai sama sekali. Kita mesti menulis untuk kefahaman pembaca, jadi sangat  perlu permudahkan proses untuk membaca. Sebab itu penting untuk kita gunakan ejaan yang betul. 

Apa yang diperlukan dalam artikel blog

Bukan semua orang boleh faham singkatan perkataan ni. Pastikan tiada singkatan digunakan kecuali kata nama khas. Ejaan yang betul menyebabkan semua kelompok akan boleh membaca artikel kita termasuk yang menggunakan translator. Maksudnya pembaca dari luar negara yang akan menterjemahkan artikel kita ke bahasa dia.

Inilah serba sedikit tips yang aku dapat dari group whatsssap tips blogger. Walau kadang-kala group tu macam senyap krik-krik sahaja. Info ni dari Eizil, blogger tua berkongsi pengalaman, katanya. Walau siapa pun dia... aku ucapkan terimakasih atas tips yang bermakna ni....

p/s : Bagi aku la.... tulis ikut bahasa percakapan seharian... bukan macam di sekolah, nak kena jaga ayat tergantung, ayat pasif, ayat aktif dan kata sendi lagi. Tak ada siapa nak pangkah dan tanda pen merah... hehe!


6 comments:

Nak Kulit Yang Lembut, Gebu Dan Licin Bak Sutera Ikut Cara Ini....

5:54:00 PM Noor Akma 1 Comments


Nak Kulit lembut, gebu dan licin bak sutera...


Ramai wanita menginginkan kulit yang lembut, gebu licin bak sutera. Selain dengan pemakaian produk kecantikan yang sesuai.... tabiat dan gaya hidup kita seharian juga wajar di ambil kira. Barulah mendapat hasil yang sempurna. 

Menggunakan produk kecantikan yang sesuai dengan kulit merupakan satu faktor. Tetapi faktor kecantikan dalaman dan tabiat semulajadi yang di amalkan amat perlu dititik beratkan. Barulah terserlah tona kulit lembut, gebu dan licin bak sutera yang di idamkan tu.

Di antara tabiat dan gaya hidup yang menjadi amalan orang yang berkulit yang lembut, gebu licin bak sutera.....


1. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari
Jikalau anda pernah tidur lewat dan bangun pada keesokkan harinya disambut dengan dark circles dan eyebag di bahagian bawah mata, anda sendiri telah menyumbang kepada celaan wajah.

2. Menghindarkan diri dari gula berlebihan
Pengambilan gula secara melampau bukan sahaja mendorong badan bertambah berat, ia juga dapat mempercepatkan proses penuaan wajah.

3. Rehat yang cukup dan menjauhkan stress
Stress sememangnya memberi kesan negatif secara fizikal dan mental, di samping mewujudkan jerawat dan jeragat berlebihan. Berehat bukan sahaja dapat memberi tenaga kepada tubuh, ia juga dapat mengembalikan seri wajah seseorang

4. Melindungi kulit dari pancaran cahaya matahari
Walaupun bintang terbesar di sistem solar kami memberi Vitamin D dengan mudah dan cepat, pancaran matahari secara eksesif membawa lebih padah dari kebaikan.

5. Mengunakan moisturiser setiap hari
Mengekalkan muka yang lembab sangat penting bagi mengelakkan kekeringan pada kulit berlaku. Moisturiser memainkan peranan penting bagi mengelakkan wajah menjadi kusam!

Ambillah inisiatif menjadikan 5 tabiat di atas menjadi tabiat semulajadi kita seterusnya. Dan tinggalkan tabiat yang tidak mendapat dan mendatangkan kebaikan. Insya'allah dengan penjagaan yang betul, kita akan boleh mendapatkan kulit lembut, gebu dan licin bak sutera yang di idamkan tu.

p/s : Tips yang sangat bermanafaat... :)

#kredit SINI

1 comments:

3 days Giveaway by Hanis Masturina

11:14:00 PM Noor Akma 4 Comments

Assalamualaikum...

 "3 days Giveaway by Hanis Masturina" . Giveaway ini akan berlangsung selama 3 hari ...
Namun , giveaway ini berdasarkan TOP REFERRAL and RANDOM..

Terma & Syarat
1) Warganegara Malaysia dan tinggal di Malaysia serta mempunyai blog.
2) Wajib follow blog HANIS dan add Google+ di sidebar blog ini .
3) Wajib follow instagram @hanismasturina dan @ajhaircare
4) Wajib buat entri dengan sertakan banner, hadiah dan testimoni serta backlinekan ke entri ini
5) Letak link entri anda diruangan komen DIBAWAH

HADIAH

3 days Giveaway by Hanis Masturina

3 days Giveaway by Hanis Masturina

3 days Giveaway by Hanis Masturina

3 days Giveaway by Hanis Masturina

TOP REFERRAL (1) : 1 set trial AJ HAIR CARE (shampoo,conditioner,serum) + 1 NOVEL
TOP REFERRAL (2) 1 set trial AJ HAIR CARE (shampoo,conditioner,serum) + 1 PERFUME PEN
RANDOM 3 PESERTA : 1 PERFUME PEN + 2 Trial AJ HAIR SHAMPOO

Testimoni AJ HAIR CARE

3 days Giveaway by Hanis Masturina

3 days Giveaway by Hanis Masturina

Sesiapa nak trial AJ HAIR CARE percuma boleh usahakan untuk jadi TOP REFERRAL !!! CEPAT GIVEAWAY INI BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI SAHAJA ! Jangan lepaskan peluang ini !


4 comments:

Dah Merasa Anak-anak Makan Korean Food....

6:02:00 PM Noor Akma 1 Comments

Dah Merasa Anak-anak Makan Korean Food....

Makan-makan Korean Food


Inilah 3 anak gadis aku... Beria-ria diorang selfi di restoran makanan korea. Masa ni baru lepas order dan nak tunggu makanan sampai. Di sebabkan tergila-gila dan sangat terpengaruh dengan cerita-cerita korea dan lagu-lagu korea la ni... Sanggup diorang meredah komuter dari Shah Alam ke KL. Kakaknya belanja tu... dapat elaun kerja outstation ritu.

Entahlah apa rasa makanan korea tu. Bagi diorang yang dah fanatik sangat ni...... semua makanan korea diorang kata sedap. Yeke... sedaplah sangattt. Restoran yang diorang pergi tu kat Times Suquare. Diorang order toppoki, Gimbab, ramen dan bulgogi. Tak taulah apa kebendenya tu, macam pelik je namanya... hehe!

Dah Merasa Anak-anak Makan Korean Food....

Inilah antara gambar yang ada.... nampak sedap jugak. Hmmm..... penangan cerita running man jugak la tu. Tengok hero-hero running man tu makan kat dalam tv macam sedap je.  Itu le pasal.. Kalau dah tayang cerita running man kat tv.... janganlah nak tukar channel lain... mau gaduh besar di buatnya. 

Dah Merasa Anak-anak Makan Korean Food....

Sedap ke Korean Food ni?


Dalam gambar di atas gimbab dengan sayur timun je aku kenal. Yang lain tu tak biasa tengok. Elok juga lah si kakak belanja adik-adik.... dengan siapa lagi kakak nak belanjakan duit gajinya. Dapatlah adik-adik menghilangkan bosan asyik duduk kat rumah je cuti-cuti ni. 

Gaji akan datang boleh ajak kakak bercuti pulak. Nak suruh kakak belanja tidur chalet tepi pantai. Kalau jadilah... Itu pun kalau tak ada aral melintang. Tak larat nak merancang awal-wal dah... asyik tak jadi je. Makan kat restoran korea ni tak rancang pun.. dah jadi!

p/s : Aku tak ikut diorang pergi makan ni.... ada hal lain. Lagipun tak larat nak turun naik komuter tu... :)


1 comments:

Mempelam Cicah Kicap Cili Api...

5:55:00 PM Noor Akma 2 Comments

Mempelam Cicah Kicap Cili Api...

Buah-buahan Dari Kampung...


Semalam mak bapak dan adik beradik aku sekeluarga datang dari kampung. Diorang datang ke Shah Alam sebab nak menghadiri majlis perkahwinan sepupu yang di adakan di sini. Singgah ke rumah aku hantar buah nangka, pisang dan mempelam. Lepas tu aku ikut dorang sekali makan kenduri.

Seronok dapat ole-ole dari kampung. Balik dari kenduri malam tu aku dah terliur dan teringin nak makan buah mempelam cicah  kicap cili api. Kata orang, tak boleh malam-malam makan buah asam nanti sakit perut. Kami anak-beranak kebal sikit, tak ada yang sakit perut hari ni..... hehe!

Mempelam Cicah Kicap Cili Api...

Buah mempelam telur


Rasa buah mempelam telur ni masam tak hengat le... kalau yang masak mengkal tu ada la sikit rasa masam manis. Dah banyak makan, ngilu gigi dibuatnya dek kemasaman yang menyengat tu. Cicah kicap, gula dan cili api ditenyeh sekali.... Pergh, sedap wehh... Kalau ditambah belacan bakar lagi terangkat tapi mengenangkan ada yang elegik pulak. Terpaksa abaikan yang tu.....

Buah-buahan yang lain masih belum masak lagi. Kena peram dulu. Nanti dah masak, aku buat cerita kat sini lagi berkenaan buah-buahan tu. Nangka tu boleh tahan besarnya. Kalau cempedak boleh buat goreng. Nangka ni tak tau nak buat apa selain makan begitu je.... buat bubur kot.. entahhhh!

p/s : Tapi yang tak bestnya mak bapak aku tak dapat masuk ke rumah aku, tak larat diorang nak memanjat tangga rumah aku di tingkar 3. Entah bilalah rumah baru aku tu nak siap.... haihhh!


2 comments:

No. Pin Adsense Dah Dapat Tapi Blog Ni Takde Adsense... Hurm!

5:16:00 PM Noor Akma 4 Comments

No. Pin Adsense Dah Dapat Tapi Blog Ni Takde Adsenss... Hurm!

Dapat No. Pin Adsense


Semalam sampai surat dari Google Adsense berisi nombor pin adsense. Hurm.... dah siap pasang sudah no. pin tu pada akaun google adsense aku. Dah hilang dah garisan merah yang suruh verify akaun tu.  Harap-harap boleh dapat beribu-ribu lemon usd nanti. Tapi seciput demi seciput berjalannya.... haihhh!

Akaun Hosted Dan Non Hosted Adsense


Kenapa ada akaun adsense tapi blog tak ada pun iklan adsense... pasti ada yang tertanya-tanya. Sebenarnya sebelum blog aku ada domain sendiri iaitu dot com, aku dah dapat akaun adsense tapi hosted akaun sahaja. Bila dah ada domain sendiri kena apply balik akaun sebab kena dapatkan non hosted akaun. Tak boleh pakai hosted akaun. Kod akaun hosted tu letak kat blog ni... tak keluar iklan... kosong jer...

Akaun Hosted Dan Non Hosted Adsense
Ini akaun hosted...  Non hosted tiada perkataan bertulis merah tu...

Akaun non hosted ni lagi bagus... USD lagi tinggi ratenya. Dah cuba apply berkali-kali. Tapi entah kenapa masih tak approved. "insuficent content'" jawapannya. Tapi tak apa lah. Akan cuba perbaiki apa yang patut. Lepas tu apply balik nanti. Aku takkan berputus asa... yeahh!

Nasib baik aku ada beberapa blog lagi yang masih blogspot.my. Di situlah aku tepek iklan adsense hosted akaun ini. Walau yang aku dapat tu amat sedikit tapi seperti kata pepatah "sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit". Sabar ajelah. Kalau ada rezeki tak kemana perginya... ahak!! (pujuk hati sendiri).

p/s: Nak terus cuba dan cuba sampai dapat... takkan mengalah!



4 comments:

Bersedekah Bagi Wanita Yang Tidak Berkerjaya...

1:36:00 PM Noor Akma 5 Comments

CARA WANITA BERSEDEKAH...

Informasi dan tazkirah ini aku dapat dar group kawan-kawan. Bagus untuk kita ikuti dan mendapat sedikit ilmu pada hari Jumaat yang barakah ini. Bait-bait penyampaianya dapat menyentuh hati kita. Walaupun kita tak punya apa-apa...  sedekah itu satu yang perlu di tunaikan...

CARA WANITA BERSEDEKAH...


Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah surirmh dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan? Apabila kita sebagai wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, kita merasa sedih dan berandaikan dgn berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW  bersabda:
"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya?Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan hanya pd harta shj. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Bersedekah Bagi Wanita Yang Tidak Berkerjaya...

Sedekah itu beraneka ragam...


1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.
2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.
3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.
4. Bukalah WA, LINE, FB, BBM anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan2 yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.
5. Senyum anda kepada suami dan anak2 anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.
6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.
7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.
8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.
9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.
10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.
11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.
12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.
13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.
14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.
15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia...


Kaedah Penting:
Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun... Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa; "Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api". Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk anda, dengan izin Allah. Aamiin Ya Robbal 'Alamin....  (mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah). Wallahu a'lam...

Semoga tazkirah ini bermanafat pada semua pembaca blog... Juga rajin-rajinlah bersedekah. Sentiasa mengukir senyuman manis pun satu sedekah juga.... :)

p/s: Salam jumaat..... salam sayang muaah... muaah!


5 comments:

Kecoh Love Bite Di Leher Yuna, Kena Gigit Labah-labah Rupanya...

3:03:00 PM Noor Akma 3 Comments

Lebam di leher Yuna di sangka love bite @ gigitan cinta

Lebam di leher Yuna di sangka love bite @ gigitan cinta


Kelmarin ternanpak satu post di FB, kisah Yuna dan gambar lebam dilehernya. Macam-macam andaian oleh para nitezen ada.... bikin kecoh semua. Siap dengan sessi tuduh menuduh dan mempertikaikan akidah Yuna. Cara Yuna mengenakan tudung juga sering menjadi pertikaian dan cemuhan.

Tak payah kecoh-kecoh.... dari sumber BH Online, Yuna menyatakan kesan lebam tersebut merupakan kesan gigitan labah labah ketika dia mengadakan persembahan di Alabam, Amerika Syarikat kira kira lima minggu lalu.

Yuna mengakui masih tahu akan batas agama...


“Bukan saja di leher tetapi lengan, dahi dan hidung. Itu yang nampak lebam dan kesannya hinggalah sekarang. Janganlah sangka yang bukan-bukan,” jelasnya.Yuna menyifatkan tuduhan lebam tersebut  berpunca dari gigitan cinta, atau yang  selalu sebut love bite adalah kelakar selain mengakui masih tahu akan batas agama yang perlu dijaga.

Yuna mengakui masih tahu akan batas agama...

“Ketika itu saya sedang mengikuti siri jelajah mempromosikan produk seni saya. Bangkit saja daripada tidur, saya baru saya sedar ada kesan lebam dan bengkak di dahi, leher, tangan dan kaki Awalnya ia nampak seperti bisul, sehingga ke hari ini masih nampak kesannya. Sekarang tinggal parut sahaja. Mungkin kulit saya alergi dengan serangga,” katanya. Jadi, buat warga laman sosial semua, jangan risau, Yuna bukan digigit lelaki ya, tapi digigit labah labah.

Oleh itu pada jangan berprasangka yang bukan terhadap Yuna. Doakan biar dia terus berjaya dengan kariernya di persada antarabangsa. Sejauh pemakaian tudung, doakan agar Yuna dapat meyempurnakan pemakaian tudungnya selaras dengan tuntutan agama Islam.

p/s : Minat dengan Yuna sebab suka dengan cara dia nyanyi.... bersahaja!

#kredit SINI


3 comments:

Gurauan Anak2 Kecil Sesama Sendiri Yang Boleh Membawa Padah...

3:18:00 PM Noor Akma 3 Comments


Panduan ibu bapa agar gurauan sesama sendiri anak- anak tidak mendatangkan bahaya


Pada keluarga yang mempunyai ramai anak-anak kecil, mereka mesti selalu bergurau sesama sendiri. Kadang2 gurauan menjadi kasar dan agak ganas tanpa disedari. Anak-anak kecil masih belum faham erti bahaya kalau bergurau. Apa yang mereka tahu cuma kegembiraan dan keseronokan yang dialami.

Namun, gurauan sesama adik-beradik kadangkala boleh membawa kepada bahaya. Jadi, ibubapa amat perlu memantau semasa anak-anak bergurau bersama. Ada cerita seorang ibu terpaksa berdepan saat mencemaskan apabila anaknya mengalami sesak nafas, sawan dan hampir koma selepas bergurau dengan adiknya yang berbadan besar.



Gurau senda yang membawa padah


Seorang kawan pernah mengalami hal yang hampir. Apabila si adik bergurau memanjat belakang si abang. Mula-mula elok sahaja bergurau-senda tetapi secara tiba-tiba si abang mencampakkan adik yang berada di bahunya. Beberapa hari tiada apa-apa tetapi selepas tu si adik tiba-tiba pengsan dan koma. Ada darah beku di kepala.

Nasib baik selepas pembedahan tiada apa-apa tetapi kesannya si adik terpaksa pakai tiub di kepala sebab air di kepala tak dapat dikeluarkan secara semulajadi. Tak pasal2 si adik terpaksa jadi  semacam OKU bila tiub melintang di dada. Tak tau lah sekarang. Dah lama tak jumpa kakak tu sejak sama2 berpindah dari kediaman lama.

Menjadikan kisah tersebut sebagai pengajaran, ibu bapa mungkin boleh jadikan tip ini sebagai panduan dan iktibar...


Tips dan panduan...


Sentiasa ingatkan anak tentang isu keselamatan
Biarpun anak anda masih kecil tapi tak salah mengingatkan mereka tentang faktor keselamatan semasa bergurau. Mungkin boleh tunjukkan kepada mereka kisah/gambar kejadian yang pernah berlaku. Sebagai peringatan!

Tetapkan had gurauan
Sebagai ibu bapa, anda berhak menentukan cara gurauan sesama anak. Beritahu mereka apa yang boleh dan tak boleh dilakukan semasa bergurau untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku.

Buat aktiviti
Kadangkala anak-anak suka bergurau senda sebab tiada aktiviti hendak dilakukan. Jadi, untuk mengelakkan mereka asyik bergurau dan boleh mengundang risiko, apa kata anda sediakan banyak aktiviti. Bila sibuk kuranglah mereka hendak bergurau.

Sebagai ibu bapa kena jaga keselamatan anak-anak dari segenap aspek yang ada.  Bahaya sentiasa ada di sekeliling kita. Sayangi anak-anak kita dan jauhkan dari risiko. Jaga keselamatan keluarga kita seluruhnya. 

p/s : Malang tak berbau... pantau sentiasa dan berterusan untuk elak kejadian yang tak di ingini... :)


3 comments:

Buat Sendiri Jamu Gentel Buang Angin Dalam Badan

1:43:00 PM Noor Akma 4 Comments


Buat sendiri jamu homemade...


Nak belajar buat jamu sendiri...? Mudah sangat sebenarnya dan tak payah membazir duit membeli jamu yang jual di pasaran tu. Jimat dan berbaloi-baloi. Jamu ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Tapi tak sesuai untuk perempuan mengandung. Bahan semulajadi yang biasa ada di dapur rumah kita.... tanpa bahan perapat tau...

Sangat bagus untuk ibu lepas bersalin. Lebih bagus lagi untuk ibu2 yang bersalin melalui pembedahan. Ia amat digalakan untuk makan jamu ini kerana bersalin pembedahan selalunya tak bertungku di bahagian perut dan angin banyak berkumpul berbanding bersalin normal .

Fungsi utama adalah buang angin dan kempiskan perut


Juga boleh diamalkan oleh yang dah lama tak bersalin, yang tua, yang muda, para gadis dan teruna. Yang tak boleh mengamalkannya cuma ibu hamil dan anak-anak kecil sahaja. Fungsi utama jamu ini adalah buang angin dan kempiskan perut. Ibu yang menyusukan anak boleh amalkan tapi kena tengok  ketahanan anak, jika ada kesan sampingan pada anak. Biasanya tak ada apa-apa.

Bahan-bahan:

3cm halia
3 sudu besar halba
15 biji lada hitam
3 ulas bawang putih

Cara-cara: 

Tumbuk halba sampai hancur. Lepas tu masukkan halia dan bawang putih dan tumbuk lagi. Akhir sekali masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur lumat semua.

Dah siap ditumbuk lumat... Gentel bulat-bulat kecil sebesar biji saga.  Keringkan... samada di jemur atau keringkan dalam oven dengan suhu paling kecil.

Boleh juga atas tudung periuk di dapur gas pada api yang paling kecil. Sewaktu mengeringkan itu sentiasa balik-balikkan agar kering sekata.


Simpan di dalam bekas. Makan 2 biji hingga 4 biji setiap hari mengikut ketahanan dan keperluan badan. Jika banyak angin makanlah lebih dari 2 biji.

Tak akan rasa apa pun bila dimakan dengan segelas air. Telan sahaja.... lepas tu tunggu, perut akan bergegar. Asyik kentut dan sendawa. Itulah kesannya dan selepas itu anda akan rasa lebih lega, ringan dan sihat.

Dapat  info bermanafaat ini dari group whatssap kawan-kawan....

p/s :  Nak cari halba.... nak buat.... hihi!

4 comments:

Tip Rancang Percutian Yang Menjimatkan Kos...

1:51:00 PM Noor Akma 3 Comments


Tips percutian biar apa yang di rancang berjalan dengan sempurna dan gembira...


Dah sampai hujung tahun.... Cuti sekolah, nak habiskan cuti tahunan dan hilangkan stress bila dah penat bekerja sepanjang tahun. Mesti sudah ramai yang  merancang nak kemana-mana. Dalam negara atau luar negara... ikut bajet dan kemampuan diri. Apapun kenalah juga serba sedikit berjimat cermat... biar percutian yang di rancang berjalan dengan sempurna dan gembira.

Apapun  dan di manapun percutian anda nanti.... anda harus tahu bagaimana berbelanja di sana agar tidak menyulitkan sumber kewangan anda selepas pulang daripada percutian itu. Justeru, ikuti tip berikut untuk jimat sambil bergembira...

Makanan

1. Sebelum ke tempat percutian, rancang tempat makan yang sesuai untuk anda. Kenal pasti restoran mahupun kedai runcit yang ada. Bagi penganut Islam, ambil tahu di mana ingin mendapatkan makanan halal atau restoran sayur-sayuran.

2. Memasak sendiri makanan ketika bercuti sememangnya dapat menjimatkan wang anda. Selain itu, ia memberi pengalaman baru yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan perkakas dapur, barang mentah dan juga suasana negara yang berbeza.

3. Jika mahu, cuba elak menikmati sarapan di hotel kerana ia lebih mahal dan kadangkala tidak menyelerakan langsung! Anda boleh berjalan di pagi hari sambil mencari kafe tempatan yang menghidangkan sarapan resipi tradisional dengan harga yang jauh lebih murah.

4. Sarapan dan makan tengahari dalam kuantiti yang lebih daripada makan malam kerana harga untuk hidangan makan tengahari lebih murah dan banyak pilihan. Selain itu, ia dapat memberi anda lebih tenaga pada waktu siang untuk meneroka tempat percutian.

Pengangkutan

1. Dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan kereta api atau bas berbanding teksi kerana harga yang lebih murah. Anda juga dapat berjalan sambil menikmati keadaan di jalanan dan belajar mengenai negara orang.

2. Mengapa tidak buat pertimbangan untuk mengambil pakej tiket penerbangan dan tempat penginapan sekali gus?

3. Sesetengah negara menawarkan diskaun untuk perjalanan pergi-baliktidak kira untuk pengangkutan awam mahupun penerbangan antarabangsa. Buat rujukan mengenainya agar memudahkan perjalanan anda.

4. Pertimbangkan cadangan menggunakan kereta sewa. Jika tempat percutian anda mempunyai sistem pengangkutan awam yang sistematik, mengapa perlu bersusah payah dalam kesesakan jalan raya?



Tempat Yang Nak Di Lawati


1. Pusat tumpuan pelancong tidak semestinya menarik untuk dilawati. Tambahan pula, harga barangan di kawasan sekelilingnya lebih tinggi daripada biasa. Rujukan penting untuk dibuat sebelum anda ke tempat percutian. Lawati tempat yang bertepatan dengan kehendak dan personaliti anda.

2. Jika tempat dituju hanya beberapa kilometer daripada tempat penginapan, berjalan kaki membolehkan anda menikmati pemandangan sekeliling dan mengambil gambar sepuasnya.

3. Tidak salah untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan mahupun pemandu teksi atau bas. Kongsi pengalaman dan pengetahuan mereka. Jika anda bertuah, mereka boleh menunjukkan tempat menarik untuk dilawati dan tumpuan makanan lazat dengan harga yang menjimatkan!

4. Sememangnya, berlibur pada waktu cuti persekolahan mahupun perayaan menjadikan percutian anda lebih mahal daripada hari-hari biasa.

5. Sesuaikan tujuan percutian anda dengan keperluan penginapan. Jika masa percutian anda lebih banyak dihabiskan di luar, elak menginap di hotel mewah bagi mengelakkan pembaziran. Pilih bilik asrama, motel mahupun jenis bed & breakfast adalah pilihan terbaik.

Jika ingin percutian yang benar-benar menjimatkan, apa kata bercuti di dalam negara. Ada pelbagai lokasi percutian yang belum pernah anda tuju dan mungkin lebih hebat daripada di luar negara. Tepuk dada tanya selera dan tepuk poket juga.... segalanya pilihan ditangan anda. Selamat bercuti!

p/s : Semoga percutian anda akan memberi beribu-ribu memori indah nanti....!

#kredit SINI


3 comments:

Kehidupan Dan Rezeki Jangan Jadikan Perbandingan....

3:22:00 PM Noor Akma 4 Comments


Setiap manusia  rezeki tidak sama....
Ada yang dapat kerja awal...
Ada yang dapat jodoh awal...
Ada yang dapat peluang sambung belajar tinggi...
 Ada yang murah rezeki, sentiasa untung...
Cukup semua keperluan dan macam2 lagi yang Allah bagi... 
Tapi jangan sombong... 
Sebab itu semua hanya pinjaman dan pemilik sebenar adalah Allah SWT...
 Ingat, kesenangan juga adalah suatu dugaan...

p/s : Bertabahlah dan redha atas apa adanya.... hurm!

#pic SINI

4 comments:

Lesung Batu Dah Pakai Baju Perisai.... Huwarghhhh!

12:35:00 PM Noor Akma 2 Comments


Lesung Batu @ Lesung Tumbuk


Bila ternampak je gambar ni di wall FB aku.... aku gelak tak tertahankan sampai berair2 mata dan hidung aku. Very2 kreatif sungguh dorang ni... Terkenang anak2 bila di suruh menumbuk cili siap pegang tudung periuk untuk dijadikan perisai lindung mata. Kengkadang pakai spek hitam en. suami. Kalau tak jumpa atau en suami bawa pergi kerja... tudung periuk jadi perisai lah jawabnya.

Iyalah jugak... nak elak mata terpercik tu sudah semestinya. Kalau terkena, mengelupur jawabnya. Pedih tak terkira sangat-sangat. Tu yang dicari macam2 cara untuk mengelakkan terkena mata. Ada yang kata... apa susah, pakailah blender. Tapi tak semua bahan masak boleh dikisar... tak betul2 hancur dan tak sedap!

Sambal Belacan Tumbuk Lagi Sedap


Kalau nak buat sambal belacan..... lagi sedap di tumbuk. Kalau kisar, kesedapannya kurang dan tak menyerlah rasanya. Nanti nak tumbuk sambal... boleh guna cara dan petua dulu2 ni. iaitu kalau terpercik juga kat mata, selain cuci dengan air yang banyak, basuh kaki. Jika terpercik mata kiri basuh kaki kanan. Begitulah sebaliknya.

Kalau terpercik kedua2 mata, basuhlah kedua2 kaki. Dah pernah cuba, berkesanlah... atau mungkin hanya kebetulan. Sukahati lah koranglah nak kata apapun..... tapi cara menumbuk ni memang win, lawak dan kreatif giler. Aku bagi lima bintang.... huiyyyo!

p/s : Teringin plak makan sambal belacan, jom buat... jangan lupa pasang perisai...hihi!

2 comments:

Jangan Berhenti Mengharap Dan Teruskan Berdoa...

1:06:00 PM Noor Akma 6 Comments


Jangan Pernah Berhenti Mengharap


Dalam liku kehidupan, ada kemahuan yang sangat jauh untuk di capai dan ditunaikan. Tapi telah di tetapkan hati untuk bersabar dan jangan pernah berhenti mengharap. Redha dengan segala ketentuanNya. Betapa tingginya nilai kesabaran dan harapan itu dan akan teruskan berdoa... insya'allah.

Sabarlah Dalam Berdoa


Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Doa para hamba akan senantiasa dikabulkan, selama tidak berdoa yang isinya dosa atau memutus silaturrahim, selama dia tidak terburu-buru." 

Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksud terburu-buru dalam berdoa?" Beliau bersabda, "Orang yang berdoa ini berkata, 'Saya telah berdoa, Saya telah berdoa, dan belum pernah dikabulkan'. Akhirnya dia putus asa dan meninggalkan doa." (HR. Muslim dan Abu Daud)

Sebagian ulama mengatakan: "Saya pernah berdoa kepada Allah dengan satu permintaan selama dua puluh tahun dan belum dikabulkan, padahal aku berharap agar dikabulkan. Aku meminta kepada Allah agar diberi taufiq untuk meninggalkan segala sesuatu yang tidak penting bagiku."

p/s : Salam jumaat... banyakkanlah berzikir dan berdoa setiap hari... 


6 comments:

Melania Trump, Bekas Model Ke Wanita Pertama AS

2:36:00 PM Noor Akma 1 Comments


BAKAL WANITA PERTAMA AS


Aku mula mengenali Trump ni dari rancangan realiti AS iaitu Apperentice yang pernah disiarkan di TV3 beberapa tahun dulu. Salah satu rancangan kegemaran aku waktu tu. Suka tengok Trump marah2 dan mengamuk dan cakap 'you fired' hahaha!

Memang bila dia mengamuk tu very real dengan begitu bergaya sekali. Tak taulah nanti bila dah presiden, habis semua ahli kongres tu yang tak menepati citarasa dia akan di amuknya... 'you fired' ... tak dapatlah ku bayangkan kecoh satu Amerika dan satu dunia... hihi!

Dah panjang lebar pulak cerita pasal Donald Trump. Sebenarnya aku nak cerita pasal isterinya yang cantik jelita iaiti Melania Trump. Dulu sebelum berkahwin dengan Trump, merupakan seorang model peragaan berasal dari Novo Vesto, Slovenia. Melania atau Melanija Knavs dilahirkan pada 26 April 1970 di Novo Mesto, Slovenia.

Bapanya adalah peniaga kereta, manakala ibunya pereka pakaian kanak-kanak. Memulakan kerjaya peragawati pada umur 16 tahun, Melania menandatangani perjanjian dengan sebuah agensi di Milan dua tahun kemudian. Beliau pernah menyambung pelajaran dalam bidang reka bentuk dan seni bina Universiti Ljubljana, Slovenia namun, menggugurkan pengajiannya selepas setahun untuk mengejar kerjaya sebagai model.

Kerjaya Sebagai Model Peragaan


Pada awal kerjayanya, Melania bekerja di Milan dan Paris, sebelum berpindah ke New York pada tahun 1996. Sejak itu, trek kerjayanya sebagai model menjadi lebih stabil. Beliau pernah muncul dalam beberapa iklan komersial Aflac yang dianjurkan bersama di The View dan terlibat dalam rancangan realiti NBC suaminya, Celebrity Apprentice.

Perkenalan yang disulam selama tujuh tahun akhirnya diikat dengan tali pertunangan pada tahun 2004. Setahun kemudian, pasangan tersebut berkahwin dalam sebuah majlis mewah di kediaman Trump di Florida, Amerika Syarikat. Dikurniakan seorang cahaya mata, Barron Trump, 10, penampilan Melania dilabelkan persis isteri bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-35, John F. Kennedy, Jackie Kennedy versi moden. Seperti Jackie, Melania juga boleh bertutur dalam empat bahasa iaitu Slovenia, Perancis, Jerman dan Inggeris.


Dari Seorang Model, Sekelip Mata berubah Menjadi Isteri Kepada Billionair Terkenal Kini Automatik Menjadi Bakal Wanita Pertama AS


Apabila Trump mengumumkan niatnya untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat, Melania mendapat tempias apabila sejarah hidupnya sepanjang menjadi model didedahkan semula oleh pihak media. Salah satunya adalah imej kontroversinya di dalam majalah GQ British 2000 yang memaparkan beliau berbogel sambil baring di atas selimut bulu. Ia sekali gus menjadikan beliau sebagai isteri presiden pertama yang pernah beraksi bogel di majalah.

Tampil elegan pada malam pengumuman Presiden baharu Amerika Syarikat, Melania turut menjadi perhatian ramai dan pujian media-media di sana apabila mengenakan jumpsuit putih tanpa lengan dengan potongan serong bahagian atas. Meskipun terpalit dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi, Melania dilihat bakal menjadi Wanita Pertama yang menarik perhatian ramai atas penampilannya.

Itulah sedikit cerita mengenai bakal wanita pertama AS yang cantik jelita. Katanya dia akan tampil berbeza berbanding mana-mana  Wanita Pertama AS yang lain. Nantikanlah penampilan Melania nanti bila Trump disahkan sebagai Presiden AS Januari depan.

p/s : Ingat Trump... ingat Mc Donald. Ehh... korang tak tau ke Mc Donald. tu Trump punya... Dalam rancangan apperentic ada cerita peserta buat tugasan di restoran Mc Donald.

#kredit SINI


1 comments:

DIY Tanam Bawang Dalam Botol Plastik Besar...

2:11:00 PM Noor Akma 3 Comments


Proses Penanaman Bawang Cara DIY


Ari ni nak kongsi cara2 menanam pokok bawang dalam botol plastik besar. Sedap daun bawang ni bila digunakan sebagai perencah dalam masakan terutamanya berasaskan sup dan salad. Dijadikan salah satu bahan dalam kuih cucur udang pun sedap. Boleh buat ulam juga.

Apa kata kita tanam sendiri pulak. Bila nak digunakan boleh terus petik jer. Kalau ada lebihan, boleh bersedekah pada jiran tetangga. Mesti mereka suka.  Bahan yang asas diperlukan amat mudah sekali. Hanya menggunakan botol plastik yang besar. Boleh kitar semula botol air mineral yang 5 liter tu. 

Bahan DIY tanaman bawang yang diperlukan :



Botol plastik besar - 5 liter
Tanah hitam
Bawang - untuk dijadikan benih
Cutter 

Cara2 membuatnya :

Mula2 cara menyediakan tapak penanaman dahulu iaitu botol. Buatkan lubang bulat di sekeliling botol. Pastikan lubang itu sedang elok buat dengan sebiji bawang. Tanah  hitam yang nak digunakan boleh dibeli di nursery atau pasaraya. 

Pastikan tanah tu campuran tanah hitam, pasir, dan sabut kelapa. Ini adalah untuk pengaliran air dan pertumbuhan yang baik. Gunakan kreativiti dan sedikit peralatan untuk memasukkan tanah kedalam botol dan menyusun bawang sedikit demi sedikit. Setelah siap, siram dengan air secukupnya. 

Cantik Di sudut Tumbuhan Herba


Letakkan di tempat yang mendapat cahaya matahari setakat 50 peratus sahaja. Tempat yang sesuai seperti di balkoni atau di tepi tingkap dapur. Cantik dan bergaya kalau dapat di suiaipadan di sudut tumbuhan herba di laman dapur anda. Bila nak digunakan hanya petik sahaja. 

p/s : Banyak dapat idea dari projek DIY dari internet. Insya'allah akan dipraktikkan nanti.....

#kredit SINI

3 comments:

Caj Hospital Kerajaan Tak Naik Untuk Rakyat Marhaen....

3:15:00 PM Noor Akma 2 Comments


Caj Hospital Kerajaan Naik 50%? 


Bila dapat tau caj hospital ada perubahan dan kenaikan sikit kelmarin bikin orang ramai kecoh dan panik. Memamg ada perubahan caj rawatan perubatan di hospital kerajaan sebanyak 50 peratus yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya kemungkinan pada 1 Januari tahun hadapan.

Tetapi ia bukan melibatkan keseluruhan caj yang sedia ada. Golongan marhaen yang kurang berkemampuan tidak terkesan  langsung dengan  kenaikan  ini. So, apa  yang  perlu  di kecohkan tentang  kos rawatan  dan perubatan di klinik dan hospital kerajaan.

Ikuti pencerahan itu di bawah ini.....


Pertama sekali perlu difahami, Caj RM1 untuk pesakit Am dan RM5 untuk jumpa doktor Pakar adalah KEKAL. Kata mudahnya, Caj Pesakit Luar tidak berubah.

Kedua, Hospital dan Klinik Kerajaan tidak mengenakan sebarang caj untuk ubat-ubatan. Ini juga KEKAL. Maknanya, bayar RM1 atau RM5, ubat tetap diberikan berkepuk-kepuk sebagaimana biasa. KKM belanja RM2 billion setahun untuk beri ubat pecuma kepada rakyat.

Apa sebenarnya yang berlaku ialah KKM sedang kemaskini kadar caj pesakit warganegara berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 yang dicadangkan berkuatkuasa 1 Januari 2017. Harga ubat, peralatan perubatan dan khidmat doktor meningkat di seluruh dunia namun kadar caj pesakit tidak pernah disemak di Negara kita sejak 34 tahun lalu. 


Pengemaskinian yang dicadangkan hanya melibatkan pesakit yang memilih untuk masuk ke wad Kelas 1 dan Kelas 2. Ya, mereka pilih sendiri untuk masuk ke wad kategori ini.

Pengemaskinian di wad Kelas 1 akan melibatkan caj wad, rawatan, siasatan, ujian makmal dan pembedahan. Pengemaskinian Wad Kelas 2 pula hanya melibatkan caj wad sahaja. Kadar baru ini akan dimaklumkan setelah diputuskan.

Wad Kelas 3 langsung tidak terlibat dengan pengemaskinian ini. Kebiasaannya golongan kurang berkemampuan akan ditempatkan di wad ini.

Sebagai makluman, kadar caj wad semasa di Hospital Kerajaan adalah seperti berikut:


Kelas 1: RM30 - RM80 sehari (1 bilik seorang)
Kelas 2: RM20 sehari (Kongsi beberapa orang)
Kelas 3: RM3 sehari (Terbuka)

Jika dilihat dalam skop yang lebih besar, sebenarnya peratusan jumlah pesakit yang akan terlibat dengan kadar caj baru ini sangat kecil. Dan mereka yang akan terlibat ini adalah atas pilihan sendiri. 

Dalam setahun, anggaran 2 juta pesakit diwadkan di Hospital Kerajaan. Anggaran pecahan mengikut wad seperti berikut:

Kelas 1: 16,000 orang  (0.8%)
Kelas 2: 16,000 orang (0.8%)
Kelas 3: 1,968,000 orang (98.4%)

Kesimpulannya, golongan kurang berkemampuan langsung tidak terkesan dengan pengemaskinian ini. Malah golongan ini akan mendapat manfaat yang besar kerana pengemaskinian ini akan membolehkan pendapatan yang diperoleh dari wad Kelas 1 dan 2 “dipindahkan” kepada mereka dalam bentuk ubat dan peralatan.

p/s : Golongan berkemampuan biasanya ada insuran kesihatan dan buat rawatan  hospital swasta. Aku ni perbelanjaan harian jenuh berkira2,  tak ada lebihan nak beli insuran... bila sakit rawat kat hospital kerajaan ajelah...

#kredit  FB Kementerian Kesihatan
#kredit gambar dari pakcik google


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...