Moh Ke Genting Highland kita... Destinasi Percutian Hebat Tu!!!

11:29:00 AM Noor Akma 2 Comments

Cuti sekolah bakal menjelang lagi. Kemana destinasi percutian korang kali ini? Buat mereka yang masih pening kemana destinasi untuk bawa anak-anak makan angin and habiskan masa bersama, aku nak mencadangkan korang untuk ke Genting Highlands. Genting Highlands merupakan antara pusat pelancongan paling terkenal di Malaysia. Dengan cuaca yang dingin dan mendamaikan, anda boleh mengambil peluang untuk menenangkan fikiran di kawasan yang jauh dari bandar. Selain itu, bagi yang ingin menikmati permainan di taman tema, anda boleh ke Genting Highlands Themepark yang menawarkan pelbagai permainan yang menarik ribuan pelancong ke sini saban tahun. 

Moh Ke Genting Highland kita... Destinasi Percutian Hebat Tu!!!
Moh Ke Genting Highland kita... Destinasi Percutian Hebat Tu!!!

Pendek kata, semuanya ada di Genting Highlands! Jadi, kalau korang nak datang tempat tumpuan pelancong seperti ini, perkara yang paling di risaukan adalah hotel. Mesti korang risau kalau hotel telah penuh di tempah kan? Kini, korang tak perlu risau lagi, korang boleh membuat tempahan awal dengan melayari traveloka.com  iaitu laman web tempahan hotel dan penerbangan yang terkenal dan di percayai untuk melihat senarai hotel yang disediakan untuk anda. 

Kalau korang masih pening memilih hotel best dan menarik di Genting Highlands ini, jangan risau. Aku cadangkan korang pilih First World Hotel. Haa, mesti korang pernah dengar kan pasal hotel ni. Nak pergi ke tempat tumpuan pelancong, hotel yang dipilih mestilah selesa dan strategik kan? Jadi, inilah tempatnya, segalanya ada disini. Apa yang menarik pasal hotel ni adalah ia pernah disenaraikan sebagai hotel paling besar di dunia pada tahun 2015. 

Moh Ke Genting Highland kita... Destinasi Percutian Hebat Tu!!!
Ke Genting Highland  ... First World Hotel

Hotel ini dibina bersama First World Plaza mempunyai keluasan kira-kira 500,000 kaki persegi. Hotel ini mempunyai beberapa jenis bilik untuk anda pilih iaitu bilik standard, bilik deluxe, bilik deluxe triple, superior deluxe dan beberapa buah bilik world club. Jadi, pilih bilik mana yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda dan tempahlah hari ini. 

Moh Ke Genting Highland kita... Destinasi Percutian Hebat Tu!!!

Destinasi Percutian Hebat.... Ke Genting Highland Tu!!!


Dah nama pun hotel terbesar dunia, mestilah terdapat banyak tarikan yang menarik boleh korang kunjungi dalam hotel ni. Tarikan utama pada  hotel mestilah taman temanya yang dibina dalam kawasan hotel ini. Jadi, yang datang bersama kawan-kawan atau keluarga, inilah masa untuk untuk meluangkan masa bersuka ria bersama-sama sambil menikmati pelbagai permainan yang sukar untuk korang rasai kat tempat lain. Ataupun untuk korang yang malas nak main dan memilih untuk rehat kat bilik, korang boleh lepaskan anak korang pergi sendiri sebab jaraknya hanya dalam kawasan hotel. Jadi, korang tak perlu risau lagi dah. 

Moh Ke Genting Highland kita... Destinasi Percutian Hebat Tu!!!

Selain itu, korang juga berpeluang untuk merasai pengalaman membeli-belah di Genting Highlands kerana hotel ini juga mempunyai pusat membeli-belah di kawasan First Wold Plaza ini. Kalau korang ada nak beli apa-apa, korang cuma perlu turun dan berjalan ke kawasan pusat membeli-belah  ini. Pusat membeli-belah ini selalunya memang meriah dan sibuk terutamanya pada musim cuti sekolah. 

Kalau dah menginap di sini, pasti korang rasa lapar kan? Korang tak perlu risau kerana kat bawah hotel ni, terdapat pelbagai kedai makan dan dining outlets untuk korang menjamu selera. Pendek kata, cakap je nak makan apa, makanan western, makanan tempatan dan pelbagai jenis makanan lain boleh anda dapati di sini. 

Moh Ke Genting Highland kita... Destinasi Percutian Hebat Tu!!!

Selain itu, apa yang menarik kat sini adalah terdapat juga Cineplax untuk korang tonton movie ketika menginap di hotel ini dan Video Games Park untk korang spend masa bermain video games sambil bercuti. Jadi tunggu apa lagi, buatlah tempahan anda hari ini dan buat tempahan anda di traveloka!. Destinasi First World Hotel menanti anda dengan menjanjikan keseronokan yang tiada batasan!

Moh Ke Genting Highland kita... Destinasi Percutian Hebat Tu!!!

Moh wehh... jangan bertangguh-tangguh lagi, musim cuti sekolah bakal menjelang kembali. Buat bajet percutian, mohon cuti cepat dan terus buat tempahan di traveloka. Tak perlu susah-susah lagi nak google. Terus klik di SINI. Anda akan terus di bawa ke laman web traveloka. Nak dapatkan tips percutian boleh klik SINI pula.

p/s : Percutian yang hebat selalu terjadi d tempat yang indah kan..... gittew, jom!

#pic fr google

2 comments:

Seorang Syed said...

Macam menarik pulak tengok genting ni since dah ada premium outlet semua sekarang ni. Best jugak melancong kat sana ni.

Abam Kie said...

x pernah sampai ke GH. Teringin sgt nak ke sana...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...