11 February 2017

UITM Shah Alam.... Dapat Dah, Yeahhh!

Semalam, pukul 3 petang dapat perkhabaran ni, sambung degree di UITM Shah Alam. Dapat pulak seperti di cita-citakan. Kursus kewartawanan tuhhh. Sesuai sangat dah ni...  Yang paling mengujakan UITM Shah Alam ni sepelaung je dengan rumah.... huhu!

UITM Shah Alam.... Dapat Dah, Yeahhh!
UITM Shah Alam.... Dapat Dah, Yeahhh!
Waktu diploma yang lepas di UITM Lendu, Melaka. Sampai dah faham dah jalan-jalan di Melaka tu dan dah pandailah kiranya makan cencaluk... hahaha! Kini di tempat sendiri, senang sikit dan boleh lah berjimat cermat. Boleh cari kerja sambilan waktu cuti hujung minggu. Semester pertama ni kena duduk hostel dulu. Akan datang fikir kemudian.

UITM Shah Alam.... Dapat Dah, Yeahhh!
UITM Shah Alam.... Dapat Dah, Yeahhh!

UITM Shah Alam.... Dapat Dah, Yeahhh!


Sebenarnyaa, bukan aku lah.... anak perempuan sulung aku ni.... Anak yang pergi belajar mummy dia yang sangat-sangat teruja. Rasa nak lompat bintang berkali-kali wehh! Bukannya apa... seronok tengok anak berjaya. Semoga pencapaian kakak akan menjadi pemangkin semangat pada adik-adiknya untuk berjaya.

Persiapan akan dilakukan seterusnya untuk mendaftar awal bulan depan. Tapi ari ni nak pergi berjimba-jimba dulu. Dapat jemputan media gathering di sebuah hotel 5 bintang. Bolehlah meraikanya sekali dengan kejayaan anak ni. Macam tau-tau jelah.... Olala!

Nak baca cerita lagi.... klik SINI

p/s : Jom siap-siap,  ada sesiapa yang dapat jemputan tak....  jumpa disana...!


8 comments:

  1. Tahniahh! Seronoklaa bila dapat kos yang memang minat dekat dengan rumah pulaktu~ Hihi

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tahniah sis :* semoga sukses! ramai kawan kawan elsa dapat dekat sana jugak hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah! semoga terus berjaya ya :)

    http://anothersyed.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. tahniah awak.. bestnyeee.. Nurul pun ada cite2 nak sambung degree dekat uitm shah alam.. :D

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah .. tahniah ..diucapkan.. mujur lah tu dapat course yang diidamkan :))

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. tahniah.. tmpat lama sy dulu ni shah alam. hehe. study situ jgk.

    ReplyDelete
  7. TAHNIAH !! Aril pun student UiTM Shah Alam jgk .. Next sem, sem 2 baru .. see u there .. Done follow blog ni .

    ReplyDelete
  8. tahniah, slmt menempuh kehidupan sebagai mahasiswi di u 😄 sebarkan ilmu yg dipelajari

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...