19 June 2017

Kicap : Penyedap Makanan Yang Mesti Ada Sewaktu Makan Nasi...

Makanan ni kalau tak ada, tak jadi makan di buatnya. Sesedap mana pun hidangan yang di sediakan, kicap penyedap makanan tu mesti ada kat sebelah. Masa makan tu, percik-percik kicap dalam nasi lepas tu baru ambil lauk pauk... baru terasa lauk pauk tu. Kalau tidak, hambar jer rasa hidangan tu. Entah kenapa, tak tau lah kenapa kicap penyedap hidangan mesti ada. Dah terbiasa atau memang kicap tu sedap sangat... haihh!

Kicap : Penyedap Makanan Yang Mesti Ada Sewaktu Makan Nasi...
Kicap : Penyedap Makanan Yang Mesti Ada Sewaktu Makan Nasi...

Sekarang ni apa yang aku rasa tentang kicap ni, dah jadi ikutan anak-anak pula. Tak ada kicap memang tak sah nak makan. Juga, bila  buat masakan berasaskan kicap macam ikan black pepper atau ayam blackpeper memang dah jadi peberet diorang. Macam itu jugalah dengan masakan yang di masukkan kicap seperti nasi goreng, mee hoon goreng, kuey teow goreng dan seangkatan dengannya. 

Kicap : Penyedap Makanan Yang Mesti Ada Sewaktu Makan Nasi...


Aku, makan nasi berlaukkan ikan goreng dengan kicap pun dah rasa sedap sangat. Masa kecik-kecik dulu itulah lauk kengemaran aku. Tak nak lauk lain dah. Dapat pulak ikan goreng tu ikan kembung rebus... sedap! Anak-anak dah terbiasa suap nasi berlaukkan kicap masa kecil, mana tidaknya mengikut lah di suka makan. 

Di sebabkan semua kat rumah suka makan kicap kecuali en. suami tapi dia dah boleh terima sekarang ni.... dalam seminggu mesti 2 - 3 kali masak lauk berasaskan kicap. Kalau tak ikan, ayam, daging atau pun telur. Dah semua suka, buat saja lah. nak masaknya pun senang. Tak gittew...!

Pendek kata, tak ada kicap tak berserilah kehidupan. Kicap kat rumah aku sebotol biasa tu tak sampai seminggu dah habis. Jadi, tiap-tiap minggu beli kicap je kerjanya. Kicap ada dua jenis.. kicap masin dan manis tapi aku suka yang masin je. Yang selalu di beli yang masin. Jenis manis tu sekali sekala sahaja aku beli. 

Jenama aku sebenarnya tak kisah... mana-mana pun boleh. Tapi en. suami rajin beli yag berkipas tu. Kalau kat kampung bapak aku beli yang gambar ayam. Kilang kicap tu satu daerah dengan kampung aku. Dah semestinya jenama itu yang paling senang jumpa di sana. Apa-apa je lah asalkan kicap.... kan!

Nak baca cerita lagi.... klik SINI

p/s:  Ada sekali tu order mee kicap kat restoran..  Dapat mee berkuah kicap tabur daun bawang dan bawang goreng jer.  Memang mcm tu ke rupanya mee kicap...  tertanya-tanya.. ? 


2 comments:

  1. kicap ni kalo letak bwg besar, cili padi dan perah limau nipis dah sedapppp

    ReplyDelete
  2. adik lelaki sy selalu gaul kicap di nasi 👍👍👍 x sah kalau xda kicap 😂

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...