Kuih Buah Melaka @ Onde-onde @ Buah Kelepung, Suka Kuih Ni...

11:09:00 AM Noor Akma 2 Comments

Kuih buah melaka ini biasa jumpa pada bulan ramadan. Hari-hari biasa orang tak buat kuih ni. Kalau ada yang buat akan rasa pelik. Ada banyak nama juga rupanya. Aku kenal kuih ni sebagai kuih buah melaka tapi anak buah aku maknya orang Johor panggil kuih ni onde- onde. Keluarga sebelah suami aku orang Rembau, Negeri Sembilan panggil ni kuih buah kelepung... hahaha!

  Kuih Buah Melaka @ Onde-onde @ Buah Kelepung
Kuih Buah Melaka @ Onde-onde @ Buah Kelepung

Tak kiralah kuih ni nak di panggil apa... Pada aku mula-mula aku belajar buat kuih ni, di zaman kecil aku dulu, aku fikir kuih ni ada kuasa magik. nak tau sebab apa... Sebab kuih ni boleh beritahu bila dia dah masak dengan mengapungkan diri. Memang masa tu rasa seronok sangat bila dapat tangkap kuih buah melaka ni terapung dengan tapis teh. 

Selepas tu golek-golek kuih tu dalam kelapa parut. Bila makan, paling best bila kuih ni terasa meletup dalam mulut dan meresap dengan kemanisan gula melaka yang menjadi intinya. Memang sedap dan tak boleh berhenti menjamahnya apabila terhidang depan mata. Kalau tak mengenangkan ramai yang nak merasa... boleh habis sepinggan tu. 

Kuih ni paling senang nak membuatnya. Bahan pun tak banyak. Tapi mesti ada gula melaka. Kalau tidak, dah tak jadi kuih buah melaka. Jadi kuih lain la pulak. Buat kuih ni main agak-agak jer. . Tak ada resepi khusus sebenarnya. Tapi pada yang tak pernah buat dan tahu makan je, aku selit jugalah resepi tu di sini....

Kuih Buah Melaka @ Onde-onde @ Buah Kelepung


Bahan-bahan:

1/2 paket tepung pulut
Gula melaka secukupnya
Kelapa parut secukupnya
Air secukupnya
Sedikit garam
Pewarna hijau
Daun pandan, jika ada

Cara-cara:

Bancuh tepung pulut dengan air dan pewarna hijau. Bancuh dengan memasukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk menjadi doh yang lembut. Bulat-bulatkan adunan sebesar guli dan lubangkan di tengahnya untuk memasukkan ketulan kecil gula melaka yang di potong dadu. Selepas tu tutup lubang itu kembali sehingga meliputi gula melaka dan menjadi bebola kembali.

Panaskan seperiuk air bersama 2 helai daun pandan yang di simpul sehingga mendidih. Masukkan bebola melaka kedalam air mendidih. Tunggu sehingga bebola timbul ke permukaan air. Sendukkan bebola yang timbul dengan tapis teh. Selepas tu masukkan bebola kedalam bekas berisi kelapa parut yang telah di bubuh sedikit garam.

Golek-golekkan bebola sehingga kelapa parut.meliputi keseluruhan permukaan kuih buah melaka. Buatkan banyak-banyak dan letakkan dalam pinggan untuk hidangan. Seterusnya kuih buah melaka sedia menanti untuk menjadi hidangan pemanis mulut berbuka puasa. 

Nak resepi lagi... klik SINI

p/s: Dulu-dulu nak buat kuih buah melaka pakai air daun pandan. Terus wangi dan bewarna hijau. Sekarang ni bubuh pewarna je  dan kalau nak bau pandan, letak daun dalam air je lah.... simple gituuu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...