Sampai Ke kampung Dan Kembali Semula Ke Perantauan Dengan Selamat...

12:02:00 AM Noor Akma 1 Comments

Wahhh,... saat ini ada yang dah sampai ke kampung, ada yang baru kemas baju nak balik esok dan lusa.  Pada yang dalam perjalanan tu, hati hati di jalanraya. Ingat keluarga yang di sayangi di mana saja mereka berada... jangan jadikan jalanraya tempat berendam air mata. Semoga sampai  ke kampung dan kembali pulang ke perantauan dengan selamat.

Sampai Ke kampung Dan Kembali Semula Ke Perantauan Dengan Selamat...
Sampai Ke kampung Dan Kembali Semula Ke Perantauan Dengan Selamat...

Kami sekeluarga dah lama tak tempuh kesesakan pulang berhariraya ke kampung. En. suami kata, biar orang lain beraya dulu.. ... Hmmm, setiap kali raya pertama dan kedua aku dan anak-anak beraya sesama kami di rumah saja. Raya ketiga di subuh hening, barulah kami sekeluarga bertolak ke kampung. Di saat lebuhraya lengang dengan kenderaan. 

Kiranya aku sekeluarga dah lali dengan cara begini sejak hampir sedekad ini. En. suami suka bagi cuti raya dia pada kawan sekerja sebab tak nak tempuh kesesakan lebuhraya. Apa nak kata, redha sajalah. Asalkan dapat juga pulang ke kampung jumpa ibubapa dan keluarga di kampung.

Sampai Ke kampung Dan Kembali Semula Ke Perantauan Dengan Selamat...


Apapun aku nak bagi sikit peringatan untuk yang pulang berhariraya ini.... 

-  Jangan lupa periksa dan servis kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

-  Keadaan tayar paling penting supaya pemanduan stabil.

- Pastikan penumpang sebelah tak tidur iaitu dengan berbual untuk mengelakkan bosan dan mengantuk. 

-  Berhenti tepi kalau rasa mengantuk, ingatlah orang yang tersayang dan juga sayangi nyawa sendiri.

- Pasang lagu-lagu kegemaran untuk menghilangkan bosan dan karaoke bersama-sama penumpang.

- Sentiasa pakai seatbelt dan patuhi peraturan jalan raya.

Selebihnya aku nak bagi ingatan lagi... rancanglah perjalanan korang dengan selamat dan betul. Kalau boleh, elakkan berhenti di perhentian lebuhraya. Dah banyak di ceritakan dalam FB, cerita yang tak enak di dengar gara-gara berhenti di perhentian lebuhraya. Ada yang kena rompak, kereta di rosakkan, kehilangan kereta dan tertinggal penumpang pun ada.

Kalau tak betul-betul kecemasan, tak perlulah berhenti yer... korang. Kalau nak berhenti juga pastikan ada yang menunggu di kereta agar kereta tidak di rosakkan dan di curi serta  jangan biarkan anak-anak dan isteri ke tandas berseorangan. Takutnya kena rompak atau kena tinggal. Bahaya... kena rompak tu dah ada yang kena... ! Dan kena tinggal tu kalau berteman, tak lah jadi terlupa.

Akhirnya selepas puas berhari raya di kampung kena rancang penjimatan juga apabila ongkos dah tinggal cukup-cukup sahaja nak sampai ke hujung berikutnya kecualilah yang poketnya sentiasa tebal dan rezekinya asyik melimpah. Ingat tu, rancang juga perbelanjaan dengan berhemah. Semoga hari raya korang semua penuh kemeriahan tahun ini... !

Nak baca cerita lagi di blog ni... klik SINI

p/s : Aku... tak terasa macam nak beraya... persiapan pun ala kadar saja untuk mengembirakan anak-anak. 


1 comments:

Nour Adieb said...

Berhati2 di jalan raya, ingatlah orang yang menyayangi diri anda 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...