Buat Bekas Makanan Kucing Bila Bercuti... DIY Dari Balang Kuih Dan Bekas Aiskrim

11:59:00 AM Noor Akma 11 Comments

Pada yang membela kucing, saat yang paling cuak adalah apabila nak pergi bercuti atau balik kampung. Terpaksa tinggalkan kucing d rumah. Kalau bela seekor dua tu boleh pergi bawa bercuti balik kampung sekali. Penyelesaiannya buat sendiri bekas makanan kucing yang boleh di tinggal berhari-hari. Canggih juga bekas makanan kucing ni. Buat DIY dari balang kuih dan bekas aiskrim.

Buat Bekas Makanan Kucing Bila Bercuti... DIY Dari Balang Kuih Dan Bekas Aiskrim
Buat Bekas Makanan Kucing Bila Bercuti... DIY Dari Balang Kuih Dan Bekas Aiskrim

Kesian sangat kucing kalau di tinggalkan tuannya berhari-hari tanpa makanan dan minuman yang secukupnya. Puas jugalah kucing-kucing tu mengiau kelaparan dan kehausan Jadi sebagai tuan kucing kenalah cari cara yang sesuai agar kebajikan kucing peliharaan mereka tak terabai. Kalau di letak dalam bekas macam biasa, sekali hadap jelah. Seterusnya habislah tumpah bila di langgar dan di pijak oleh kucing tu. 

Boleh beli cat feeder yang ada jual di pet shop. Tapi boleh di buat sendiri. Jimat dan senang sangat untuk membuatnya. Hanya memerlukan balang kuih raya, bekas plastik aiskrim dan pelekat tape. Tebuk satu sudut di bawah balang kuih tu. Selepas tu selaraskan kedudukannya dengan bekas plastik aiskrim yang di potong sedikit bahagian hujung. Lepas tu lekatkan tape dengan ketat. 

Buat Bekas Makanan Kucing Bila Bercuti... DIY Dari Balang Kuih Dan Bekas Aiskrim


Dah siap bekas makanan kucing tu, boleh digunakan dengan memasukkan makanan kucing  dalam balang tu. Nanti makanan akan keluar sikit-sikit dalam bekas plastik aiskrim tu apabila makanan dalam bekas berkurangan apabila dimakan kucing. Amat memudahkan apabila makanan tu keluar secara terus sedikit demi sedikit. 

Kalau bekas makanan di diletakkan dalam sangkar, seeloknya lekatkan balang kuih tu pada dinding sangkar untuk mengelakkan balang terbalik bila makanan dah tinggal sedikit. Al maklumlah kucing bukan dikiranya apabila dah lapar. Terbalik dan tunggang langgang nanti.

Bekas air pun boleh di buat dengan cara ni cuma balang kuih tu boleh di ganti dengan botol air minuman. Bekas air tu kena bekas yang kecil sikitlah. Selepas ni taklah susah lagi nak tinggalkan kucing di rumah. Dulu aku pernah beli sampai 9 ekor kucing. Seronok sangat masa tu tengok keletah kucing-kucing tu. 

Sebenarnya sekarang seekor pun tak ada. Yang ada pun cuma kucing-kucing jalanan yang tinggal di flat aku ni. Kalau datang ke rumah aku, mesti aku bagi makan. Kucing aku dah hilang apabila terlepas keluar dari sangkar. Bila dah terlepas, kesian pula nak masukkan balik. Mula-mula tu ada je dekat-dekat rumah aku ni. Bila panggil datang je dia. Lepas sebulan dua dah hilang lesap.

Sekarang menumpang kasih dengan kucing-kucing jalanan jelah. Nanti bila pindah ke rumah baru aku nak bela kembali  kucing. Sekarang berangan-angan je lah. Apabila dah ada kucing nanti, bila nak di tinggalkan boleh guna cara yang di tunjukkan ni... He he!

Boleh tengok tentang DIY di blog ini.... di SINI

p/s :  Teringat-ingat  dengan kucing aku yang putih gebu-gebu tu.. si utih... hurm!

#kredit FB Aida Mazli


11 comments:

Mrs. A said...

Wah! bagus idea ni jimat belanja.

Mrs. A tak kreatif ada jenis lebih kurang ini tapi beli je di Lazada.

kreatifffffffffff

Wah menariknya, disebabkan CCL tak mmbela kucing, so CCL boleh try diy ni pada arnab CCL . Nampak mcm mudah ,jimatkan

Irni Suhana said...

Wah kreatif nye.. Makanan kucing nk makan tu sentiasa fresh lah.. :)

Jun Zie said...

jimat dari segi pembaziran bekas2 mknn & jimat duit xpayah beli cat feeder dekat luar, sb harga xsama ikut size. buat sdiri, suka hati nak buat size cmna pun =D

mamapp said...

untunglah kucing2 adanya menda ni.senang juga tuannya nak pergi jalan2. takyah riso dah nak tinggalkan dia

Cukup kreatif..
Boleh buat nanti..
terima kasih share ilmu ini..

Ikhlas Dari
Along Misuari

SalbiahM said...

memang kreatif. sebab kerap berjalanlah saya dah tak bela kucing sekarang ni.huhu

senang je xyah beli mahai2 kan.. atoto kucing.. kucing..

Uyul Rosli said...

kreatifffff nyaaaa tapi uyul takda bela kucinggg hehehe
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

kreatif.
senang ati sebab kucing cukup makan kan :-)
alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...