Buat Perabot Dan Peralatan Rumah Dari Kayu Pallet

1:23:00 PM Noor Akma 3 Comments

Aku dalam perancangan nak buat rumah hujung tahun ni. Harap-harap boleh menjadi kenyataan. Asyik bertangguh saja dalam beberapa tahun ni. Bila di fikirkan, buat rumah dah banyak kos yang di belanjakan. Bagaimana dengan perabot dan peralatan rumah nanti....? Termenung sekejap aku. Akhirnya aku dapat idea nak buat perabot dan peralatan rumah dari kayu pallet. Canggih juga idea buat perabot dan peralatan rumah dari kayu pallet ni apabila aku godek google dan dapat banyak informasi. Cantik-cantik belaka idea dari internet ni.

Buat Perabot Dan Peralatan Rumah Dari Kayu Pallet
Buat Perabot Dan Peralatan Rumah Dari Kayu Pallet

Di atas ni antara gambar-gambar yang aku dapatkan setelah aku google untuk menjadi rujukan aku nanti. Aku jenis suka perabot jenis yang mudah-mudah je. Tak nak perabot yang besar, berat dan sarat. Apatah lagi yang penuh dengan ukiran. Lagi bagus kalau perabot tu jenis yang kecil  dan ringan. Senang nak di alih- alihkan dan di ubah suai padan. 


Buat Perabot Dan Peralatan Rumah Dari Kayu Pallet


Kayu pallet ini biasanya boleh ditemui di kawasan perindustrian atau pasar raya besar. Ia digunakan sebagai tapak barangan yang akan memudahkan diangkat oleh forklift, pallet jack atau front loader dari kapal, kontena atau lori. Jadi, strukturnya memang kuat kerana dibina untuk tampung benda berat. Biasanya ia dibuang selepas digunakan.

Buat Perabot Dan Peralatan Rumah Dari Kayu Pallet
Buat Perabot Dan Peralatan Rumah Dari Kayu Pallet

Jadi senanglah nak cari kayu pallet ini nanti. Aku ingat nak suruh tukang buat rumah tu sekali buatkan masa buat rumah aku tu. Senang cerita iaitu buat sekali harung. Kalau nak en. suami yang bertukang tak mungkin. Dia tak ada minat ke arah tu. Nanti aku ingat nak design ikut contoh-contoh dari internet dan ubah suai ikut kesesuaian rumah. 

Rumah flat yang aku diami sekarang pun hampir tak ada perabot. Rumah flat ini hanya tempat persinggahan kami sekeluarga. Jadi memang tak beli perabot pun. Tinggal di rumah sendiri nanti baru aku fikir nak buat atau membeli perabot. Itu yang aku merancang nak buat perabot dengan kayu pallet tu. Lebih praktikal dan menjimatkan banyak belanja.

Doakanlah impian aku merealisasikan perancangan masa depan membina rumah hujung tahun ni menjadi kenyataan. Dah sekian lama merancang, mengerjakan dan membersihkan tapak rumah tu... harap-harap dapat menjayakannya. Selepas tu boleh mula buat rekabentuk perabot dan peralatan rumah dari kayu pallet pula.

Lihat berbagai informasi dari blog ni dari SINI

p/s: Puas mengira kos perbelanjaan yang masih belum berkecukupan... camneee!!

#pic fr google


3 comments:

Assalamualaikum . SInggah baca blog ni. Pada pendapat saya. Design berdasarkan kaYu pallet ni dah lama wujud cuma kurang diketengahkan tapi restoran dah banyak guna idea pallet ni dalam memeriahkan lagi perniagaan mereka. Design pallet yang simple dan semulajadi tu, memang ohsem kalau buat rumah. Masalahnya di Malaysia ni terlalu banyak serangga dan kalau buat pun tak mampu rumah nak tahan 10 tahun hahaha...melainkan dah prepare siap2 apa patut buat bila bhadapan dengan anai2 dan sbgnya. Apapun serius cantik!..idea yg menarik.

Miza Talib said...

Dah musim sekarang ne orang pakai perabut dari kayu pallet. Cantik

in shaa Allah. pelan-pelan kayuh bak kata org.
masok umah baru / buat umah baru memang kos tinggi.
aida doa kan moga murah rezeki ekk :-)
minat jugak dgn perabot pallet.
cuma umah aida ni hah penuh dah 😊

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...