Cara Untuk Cantik : Wap Muka Untuk Mengeluarkan Kotoran

1:06:00 PM Noor Akma 3 Comments

Masa remaja dulu tinggal di rumah sewa beramai-ramai bersama adik, anak buah dan sepupu, rajin diorang wap muka untuk mengeluarkan kotoran. Aku pun tumpang sekaki... nak cantik lah katakan. Inilah cara mudah untuk  mengeluarkan kotoran pada kulit muka ala-ala di spa. Yang ada masalah kulit berminyak hingga jerawat tak henti-henti naik boleh cuba cara wap muka ni. Hasilnya menyegarkan  dan memuaskan. Buat 2 kali seminggu dah cukup.

Cara Untuk Cantik : Wap Muka Untuk Mengeluarkan Kotoran
Cara Untuk Cantik : Wap Muka Untuk Mengeluarkan Kotoran

Kelebihan wap muka ni, dapat keluarkan kotoran-kotoran yang ada pada wajah. Masa muka diwapkan, pori-pori akan terbuka. Inilah masanya untuk membuang segala kotoran yang tak nampak pada wajah. Muka pun jadi licin berseri dan jerawat makin sukar nak tumbuh di sebabkan kulit bersih hingga ke liangnya.

Cara Untuk Cantik : Wap Muka Untuk Mengeluarkan Kotoran


Cara-caranya:

1. Panaskan air, tuang air panas tadi ke dalam mangkuk atau apa-apa bekas yang bersesuaian.
2. Hadapkan muka atas bekas tu dan tutup kepala dengan towel/kain.
3. Anggaran masa ialah 10-15 minit sahaja.
4. Bilas semula dengan air sejuk untuk tutup semula pori muka.

Sangat mudah kan? Masa aku buka pusat rawatan kecantikan dulu pun ada buat macam ni. Tapi aku buat lebih sikit. Dalam air panas tu aku letak saffron dan rempah seperti kulit kayu manis dan bahan-bahan lain. Dah lupa dah apa ke benda yang lain tu.... (dah lama). Kalau ada saffron dan serbuk kulit kayu manis bolehah letak sekali untuk memberi lebih khasiat dan keberkesanan... Kan!

Sebelum proses wap tu, boleh juga di lulur muka dengan sehiris limau nipis untuk melembutkan segala daki dan kotaran serta minyak-minyak yang ada di muka. Ini akan lebih memberi kesan yang bagus untuk yang mempunyai gatal-gatal muka akibat resdung. Inilah antara perawatan resdung yang pernah aku buat di pusat rawatan kecantikan aku dulu.

Selepas bilas dengan air sejuk bolehlah di sapu krim dan mekap macam biasa. Nak lebih bagus, bilas dengan air ais. Ini akan mempercepatkan pori-pori tertutup dan melancarkan pengaliran darah. Justeru mengurangkan radang kulit dan mengecutkan jerawat dengan lebih cepat. Wajah pun akan rasa segar dan nyaman. 

Nak lebih informasi kecantikan di blog ni... klik SINI

p/s: Nak cuba cara ini... jaga-jaga jangan muka tersemban dalam mangkuk air panas sudah...!

#pic fr google

3 comments:

Amanda Suria said...

Haah mudah..tapi nak start buat tu vitamin M lebih..huhu...nanti nak buat la weekend ni

Anonymous said...

Patutlah sentiasa cantik..

anzra rizal said...

masa ada masalah jerawat yang teruk ada akak tu suggest buat wap muka , untuk mematikan jerawat , seminggu 2x jugak buat , kurang lah sikit. Tapi bila dah masuk kelas skincare sebenarnya negara kita tak sesuai buat wap muka sebab cuaca kita panas , boleh buat kulit kita lagi teruk..tapi terpulang kepada masing-masing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...