Petua Masak Nasi Tak Berkerak

12:27:00 PM Noor Akma 3 Comments

Masak nasi ni walaupun nampak macam senang. Tapi yang senang itulah rumit juga sebenarnya. kalau tersilap masak iaitu nasi mentah, hangit atau berkerak ada lauk yang sedap pun dah tak berselera makan. Kali ni aku nak cerita petua masak nasi tak berkerak. Biasanya kerak nasi ni terjadi apabila nasi hangit. Jadi aku nak bagi tau macam mana nak buat nasi tak akan menjadi berkerak dan hangit la ni... 

Petua Masak Nasi Tak Berkerak
Petua Masak Nasi Tak Berkerak
Sekarang ramai yang masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik .. kan! Tapi jangan tak tau, guna periuk nasi elektrik pun nasi boleh jadi berkerak tau. Di sini aku nak bagi petua untuk yang guna cara lama iatu masak menggunakan dapur (tak kiralah dapur gas, dapur minyak tanah atau dapur kayu) dan menggunakan periuk elektrik.

Masak nasi cara lama (dapur gas, dapur minyak tanah, dapur kayu)


Kalau di dapur gas atau minyak tanah, masak macam biasa. Apabila air nasi dah kering keclkan api dapur ke paras yang paling kecil dan lapik periuk dengan tudung periuk lama. Ini di lakukan untuk proses haba tidak terus ke nasi. Jadi menghalang nasi dari berkerak. Dilakukan dalam anggaran 5 - 10 minit atau sehingga nasi masak.

Kalau guna dapur kayu pula, padamkan api dari kayu api dan biarkan cuma bara sahaja yang tinggal. Haba dari bara api itu akan meneruskan masak nasi dengan haba yang rendah. Seperti biasa dilakukan dalam anggaran 5 - 10 minit atau sehingga nasi masak. Sekarang jarang dah orang guna dapur kayu tapi kalau pergi berkhemah, memasak guna kayu, boleh ikut cara ini.

Masak nasi menggunakan periuk elektrik


Cara ini yang paling popular sekarang. Biasanya kalau memasak nasi menggunakan periuk elektrik, nasi tak berkerak. Tapi kadang-kadang ada juga terjadi sekali sekala. Ada juga jenis periuk yang tak berkualiti pun boleh terkena dan terjadi hal ni. Memang sakit hati di buatnya. Rugi nasi yang berkerak tu di buang begitu saja. Tak ada sesiapa pun nak makan.

Cara yang pertama adalah dengan menggunakan petua ini iaitu selepas mencuci periuk nasi, keringkan air peruk nasi dengan cara ini. Iaitu terbalikkan periuk nasi atas dapur gas yang di nyalakan dengan api yang paling perlahan selama beberapa minit. Dah tutup api, biarkan sejuk dulu sebelum di gunakan atau untuk di simpan. Cara ini juga boleh mengelakkan nasi cepat basi.

Cara yang kedua iaitu dengan cara memasukkan sesudu kecil minyak masak waktu memasak nasi. Beras di tanak seperti biasa. Sewaktu air sedang mendidih, masukkan sesudu kecil minyak masak. Kemudian di gaul rata. Insya'allah nasi tidak berkerak lagi. 

Itu je lah serba sedikit petua yang ada... nak lagi petua... klik SINI

p/s: Walau anak-anak dah besar, jarang aku benarkan anak-nak masak nasi tanpa pengawasan aku. En. suami cerewet kalau nasi yang di masak tak berapa menjadi.. Daripada membebel, baik aku je yang masak.... haish!


3 comments:

mamapp said...

Arwah mak mama mmg selalu lapik dgn tudung periuk so x delah kerak nasi

tak pernah lagi cuba petua ni. Nak try la nanti

susah sebenarnya tak nak bagi berkerak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...