Resepi Laksa Berkuah Sardin Dalam Tin

12:15:00 PM Noor Akma 0 Comments

Biasanya ramai orang buat laksa guna ikan segar yang beli di pasar. Kali ini di sebabkan en. suami kata ikan sekarang mahal dan tak berbaloi nak di beli. Jadi nak buat laksa, guna ikan sardin dalam tin tu ajelah. Tak jauh beza resepi laksa biasa dengan resepi laksa berkuah sardin dalam tin ini. Cuma cara buat laksa berkuah sardin ni dah jadi senang sikit. Iaitu tak payah nak siang ikan, cuci dan rebus. Juga tak perlu buang tulang dan kisar lagi. Senangkan... ?

Resepi Laksa Berkuah Sardin Dalam Tin
Resepi Laksa Berkuah Sardin Dalam Tin

Rasa tak jauh berbeza, cuma perlu keluarkan sos yang ada sekali dalam tin tu. Maksudnya tak pakai sos tu untuk buat kuah laksa ni. Tak perlulah basuh ikan tu cuma keluarkannya saja. Lagi satu ikan sardin dalam tin ni hanyir lebih sikit. Jadi lebihkan bubuh asam keping untuk mengurangkan rasa hanyir dan menyedapkan kuah laksa. 

Mari kita lihat cara-cara yang mudah membuat kuah laksa ini.... huhu!

Bahan-bahan: 

2 paket laksa 
1 tin besar sardin
4 biji bawang merah 
12 biji cili api 
2 sudu besar cili giling 
Seketul belacan (sebesar ibu jari)
secekak daun kesum 
8 keping asam keping (ikut masam yang di kehendaki)
5 cawan air 
Garam dan gula secukup rasa 

Bahan iringan:

3 biji telur rebus 
3 biji cili api 
1 biji cili merah
3 biji limau kasturi 
Sedikit timun dan bawang besar

Cara-cara : 

Laksa di celur sebentar sekiranya menggunakan laksa yang lembut. Sekiranya menggunakan laksa kering, laksa perlu di rebus sehingga lembut. Barulah boleh di keluarkan dan di makan bersama kuah laksa. Untuk memudahkan dan cepat, belilah laksa biasa yang biasanya di jual di pasar basah. Di pasaraya pun ada di jual di kawasan barangan basah.

Ikan sardin diasingkan dari sosnya, di kisar bersama secawan air. Bawang merah cili api, cili giling, dan belacan di kisar bersama sehingga lumat. Masukkan bahan kisar kedalam periuk dan didihkan. Masukkan sekali air dan semua bahan-bahan untuk buat kuah. Perasakan dengan garam dan gula.

Apabila nak di hidangkan, masukkan laksa ke dalam pinggan. Sendukkan kuah secukupnya untuk menenggelamkan laksa. Di makan bersama separuh telur rebus, hirisan cili api dan cili merah, hirisan timun, hirisan bawang besar dan sehiris limau kasturi yang di perah jusnya ke atas laksa.

Fuh.... sedap wa cakap lu!!! Kerja pun senang dan cepat, dah siap. Nak lihat resepi lagi dalam blog ni... boleh klik SINI

p/s:  Anak-anak suka makan laksa.. tak toleh kiri kanan dah... :)


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...