Cara Nak Download Lagu Dari Youtube

8:32:00 PM Noor Akma 1 Comments

Irama dan lagu tak dapat di pisahkan. Jadi, lagu dah jadi semacam halwa telinga yang mesti nak di dengar setiap hari. Dulu-dulu dengar lagu di peti nyanyi yang bercorong tu.Selepas tu dengar di radio dan kaset serta cd. Sekarang ni seiring perubahan zaman, download lagu dari youtube je. Nak tahu cara nak download lagu di youtube? Mari belajar kat sini. Yang dah tau, tengok diam-diam yer!

Cara Nak Download Lagu Dari Youtube
Cara Nak Download Lagu Dari Youtube

Sebelum tu, boleh pilih lagu yang nak di download. Macam-macam lagu dari seluruh dunia, dari pelbagai zaman iaitu zaman 50an dengab lagu R Azmi, zaman 60an dengan lagu P. Ramlee dan Pop Yeh-yeh. Juga lagu zaman retro Sharifah Aini, Uji Rashid dan Hail Amir. 80an dengan Jamal Abdillah dan rock kapak Amy search. Huh, banyak sungguh lagu tu....

Bagi aku, pilih lagu yang sedap di dengar, evergreen sepanjang zaman. Tak kiralah lagu melayu, Inggeris atau Hindi. Ikut kesukaan masing-masing dalam memilih lagu kegemaran. Selepas download lagu di handphone, bolehlah dengar lagu sambil melayani whatssap.... atau melayani mata untuk tidur hihi!


Cara Nak Download Lagu Dari Youtube


Bila dah pilih lagu, dengar dulu samada lagu tu tak tersekat-sekat atau apa saja yang menyebabkan lagu tidak sempurna. Selepas tu, lihat di bawah video lagu dan tekan share. Dari situ pilih pula copy link dan tekan untuk copy.

Selepas tu pergi ke chrome dan cari fail mp3juice. Dah dapat, pastekan kod link tadi di ruangan search. Seterusnya pilih menu download dan tekan. Sekiranya keluar macam-macam iklan, keluar dari situ, padamkan iklan yang menyemakkan tu dan bermula kembali cari fail mp3juice... yer!


Buat sampai menjadi. Bila dah siap, lagu yang di download akan terus ke fail music di handphone. Selepas ni, boleh dengar lagu berulamg kali. Sekiranya nak kongsi dengar lagu-lagu ini dengan sesiapa saja, boleh send ke kawan-kawan dan group whatssap atau telegram dengan klik lagu di music dan pilih send dan hantar. Senang kan...!

Sekarang ni tak perlu susah-susah nak beli kaset atau cd. Semua tu dah lapuk dan ketinggalan zaman. Yang di perlukan cuma sebuah handphone dan data atau wifi yang laju. Tak pernah terfikir dek aku dulu, nak dapatkan lagu hanya di hujung jari sahaja. Kaset dan cd dah jadi barangan bersejarah dan antik apatah lagi dengan piring hitam.

Nak baca pelbagai informasi dari blog ni.... klik SINI

p/s: Terasa dah ketinggalan jauh berzaman dengan teknologi aku ni... hehe!

1 comments:

Abam Kie said...

As salam.
Wah! Segalanya mudah skrg. Download je sampai lebam!

P.S. Jemputlah join SPM Fever Giveaway yang sedang berlangsung di blog Abam Kie sehingga 30 Nov 2017. Terima kasih.

http://www.zukidin.com/2017/11/spm-fever-giveaway.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...