Tempahan Cookies Dan Brownies Dengan Norazah Cookies, Shah Alam...

11:33:00 AM Noor Akma 2 Comments

Di era sekarang tak seperti zaman dulu-dulu iaitu orang makan  biskut @ cookies hanya pada hari raya saja . Biskut raya atau kini di sebut cookies boleh di dapati dan di makan  sepanjang tahun. Jika anda tinggal di Shah Alam atau kawasan sekitarnya, boleh buat tempahan cookies dengan Norazah Cookies ni. Rasanya seperti di buat di rumah sendiri atau homemade. Cookies sedap dan terbaik serta di jamin berpuashati. 

Tempahan  Cookies Dan Brownies Dengan Norazah Cookies, Shah Alam...
Tempahan  Cookies Dan Brownies Dengan Norazah Cookies, Shah Alam...

Cookies yang di tawarkan untuk tempahan adalah seperti biskut kelapa, biskut semperit dahlia, Biskut semperit biasa pun ada. Selain tu, tart nenas pun boleh di tempah. Boleh pilih samada tart gulung, tart inti atas atau tart buah durian. Rasa cookies @ biskut  ini  memang  sedap untuk di kunyah dan cair di mulut saja.

Tempahan  Cookies Dan Brownies Dengan Norazah Cookies, Shah Alam...


Selain tu, ada juga brownies leleh yang melimpah dengan coklat dan nutella. Coklat dan nutella yang di gunakan adalah dari coklat yang bermutu tinggi. Melimpah ruah  coklat yang di gunakan. Tak kedekut langsung Norazah Cookies ni demi kepuasan pelanggan. Rasanya mestilah yang terbaik, sedap  dan sungguh lazat hingga menjilat jari.

Tempahan  Cookies Dan Brownies Dengan Norazah Cookies, Shah Alam...
Tempahan  Cookies Dan Brownies Dengan Norazah Cookies, Shah Alam...

Norazah Cookies sedia  terima tempahan cookies dan brownies ikut keperluan pelanggan. Harga biskut kelapa dan biskut semperit adalah dalam RM15 sebotol. Tart nenas pula ikut jenis dan kuantiti. Harga permulaan dalam RM30 sebotol. Harga brownies pula bergantung pada saiz. Ada 2 jenis saiz yang di jual oleh Norazah Cookies iaitu kotak kecil RM15 sekotak dan kotak besar RM35 sekotak.

Sedikit biodata tentang founder Norazah Cookies iaitu di miliki oleh Puan Norazah Samad. Beliau mula menceburi secara serius dalam bidang pembuatan cookies dan brownies ini pada awal tahun ini. Sekarang beliau membuat cookies ini secara sepenuh masa di rumah beliau di Padang Jawa, Seksyen 17, Shah Alam.


Sekiranya berminat, boleh buat tempahan dengan Puan Norazah Samad di no. 010-3421022 . Jikalau membuat tempahan dengan kuantiti yang banyak, deposit adalah di perlukan. Boleh datang ke Padang Jawa, Shah Alam untuk yang self pick-up atau delivery dengan sedikit kos tambahan iaitu di kawasan Shah Alam dan kawasan sekitarnya sahaja.

Nak baca cerita lagi di blog ini.... klik SINI

p/s : Jom... kalau nak buat majlis, jangan segan-segan tempah cookies dan brownies yer!

2 comments:

sedapnyaaaaaaaaaaaaa

Sekarang tak payah tunggu raya pun dah boleh makan cookies.. tak macam dulu.. Memang mudah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...