02 December 2017

BEST COOK IS AT HOME By Pacific West And Tefal

Baru-baru ini aku menghadiri sebuah acara, iaitu Best Cook Is At Home Cook Show bersempena Tefal Carnival.  Satu jenama peralatan dapur dan rumah iaitu Tefal telah bekerjasama dengan Pacific West, satu produk sejuk beku dari makanan laut segar dan ideal untuk segenap isi rumah di seluruh dunia berkerjasama mengadakan  acara Best Cook Is At Home Cook Show oleh Pacific West dan Tefal Carnival yang meriah juga menyeronokkan.

BEST COOK IS AT HOME By Pacific West And Tefal
BEST COOK IS AT HOME By Pacific West And Tefal 
Pacific West yang di tubuhkan di Australia pada 1995, kini berkembang di seluruh dunia menjadi antara produk makanan laut segera yang di minati oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Ia telah  menjadi pilihan keluarga dengan gaya hidup yang lebih mementingkan masa yang berkualiti kerana mudah dan cepat di sediakan. 


BEST COOK IS AT HOME By Pacific West And Tefal 


Pada acara itu, memasak menggunakan peralatan Tefal dan menyediakan makanan dari produk terkini Pacific West yang telah di perbaharui iaitu Cheezy Fish Fillets oleh Chef Leong. Di tunjukkan juga cara menyediakan bekal makanan tengahari yang mudah, cepat dan semestinya sedap. Sesuai untuk bekalan di tempat kerja dan untuk bekal sekolah anak-anak. 

BEST COOK IS AT HOME And Pacific West By Chef Long
BEST COOK IS AT HOME And Pacific West By Chef Long 

Chef Leong meyediakan masakan iaitu Trio Canape Cheezy Fish Fillets, Cheezy Fish Wholemeal Sandwich and Cheezy Fish, Casesar Salad and Cajun Crisp Onion Flower. Semunya makanan lengkap berkhasiat bersama sayuran. Serta merta aku terbayang produk Pacific West ini sesuai di buat bento pelbagai rupa untuk bekal sekolah anak-anak.. kan!


Selain itu, Dr. Ezani (Pemenang Master Chef Malaysia) dan Chef Bryan dari Yum Yum Publication adalah Chef jemputan untuk menunjukkan dan menyediakan beberapa resepi sihat, mudah dan cepat di sediakan menggunakan produk Pacific West dan peralatan dapur dari Tefal.

BEST COOK IS AT HOME And Pacific West By Dr Ezani
BEST COOK IS AT HOME And Pacific West By Dr Ezani
Dr Ezani telah menyediakan kombinasi masakan melayu dengan menggunakan produk Pacific West iaitu Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillets dan Salt & Pepper Squids with Tiga Rasa Sauce. Dengar menunya pun dah sedap. Apatah lagi dengan aromanya yang telah memenuhi ruangan dewan memasak tu... huhu!

BEST COOK IS AT HOME And Pacific West By Chef Bryan
BEST COOK IS AT HOME And Pacific West By Chef Bryan
Chef Bryan pula telah menunjukkan cara penyediaan masakan yang tak kurang hebatnya iaitu Crispy Calamari with Pickles dan Tempura Fish Fillets and Mixed Vege Spring Rolls. Sedap dan menyelerakan nampaknya masakan-masakan ini. Sesuai di bawa pergi berkelah makanan macam ni. 

BEST COOK IS AT HOME By Pacific West And Tefal
BEST COOK IS AT HOME By Pacific West And Tefal
Setelah melihat dan merasa sendiri produk Pacific West ini, aku bagi 5 bintang untuknya. Masih terasa kesegaran daging makanan laut walaupun telah di sejuk beku. Tepung yang menyalut makanan laut pun sedap dan rangup. Apatah lagi boleh di masak pelbagai cara selain di goreng begitu saja. 

Win Your Dream Holiday by Pacific West
Win Your Dream Holiday by Pacific West
Pada sesiapa yang berminat, Pacific West ada mengadakan contest 'Win Your Dream Holiday'. Hadiahnya, berpeluang mengunjungi Perth (4D3N) atau Pulau Bali (4D3N) , caranya mudah sahaja hanyalah dengan membeli sekurang-kurangnya satu (1) produk Pasific West. Tarikh tutup pada 15th Januari 2018.

BEST COOK IS AT HOME By Pacific West And Tefal
BEST COOK IS AT HOME By Pacific West And Tefal 
Produk Pacific West boleh didapati di semua pasaraya utama di Malaysia seperti Cold Storage, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sam Groceria,  Sunshine, Grocer Village dan banyak lagi. Boleh dapatkan produk ini di sana.

Untuk mendapat lebih info, dan keterangan lanjut boleh lihat di :



p/s: Sepetang bersama Pacific West dan Tefal yang happening... gittew!!!

1 comment:

  1. peralatan dapur dan produk sejuk beku..pandai dia pilih partner untuk kerjasama. sama niche :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...