22 December 2017

Resepi Ikan Tongkol Masak Kari.... Sedap!

Antara ikan yang paling aku suka adalah ikan tongkol. Di negeri-negeri pantai timur memang popular ikan ni. Orang belah sana suka buat nasi dagang. Tak ada ikan ini tak jadi lauk nasi dagang. Orang kampung aku panggil ikan ni, ikan kayu. Aku paling suka ikan tongkol ini buat masak kari dan masak kicap lada hitam. Memang sedap sesangat.... 

Resepi Ikan Tongkol Masak Kari.... Sedap!
Resepi Ikan Tongkol Masak Kari.... Sedap!

Ikan tongkol ni yang paling aku suka pada daging ikan yang berwarna hitam tu. Goreng macam tu saja pun boleh jadi sedap. Apatah lagi bila dah di buat masak kari. Gulai kari aku ni adalah gulai kari yang paling mudah aku rasa. Memang lain dari gulai kari mamak yang jual di kedai tu.

Banyak yang aku jumpa di kedai, rasa kari dia lain macam dari kari yang aku buat. Anak-anak kata kari ikan tongkol yang aku masak juga yang sedap. Entahlah, aku buat macam biasa je caranya. Ikut resepi turun temurun mak aku je.Tak terlebih dan terkurang cuma ada yang aku ubah cara sebab nak ringkaskan cara memasak je... hehe!


Resepi Ikan Tongkol Masak Kari.... Sedap!


Bahan-bahan:

Seekor ikan tongkol sederhana
1 paket kecil serbuk kari ikan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu makan cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
2 cawan santan pekat
2 -3 cawan air
7 biji bendi
1 biji tomato
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3 tangkai daun kari (sekiranya ada)

Cara-cara:

Ikan tongkol di potong-potong ikut suka nak berapa potong. Bawang, merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau. 

Masukkan cili giling dan tumiskan  sehingga garing. Masukkan serbuk kari ikan dan secawan air. Masukkan juga pes asam jawa dan daun kari sekiranya ada. Masak sehingga campuran serbuk kari pecah minyak. Setelah itu masukkan santan dan air. Pada waktu ni terpulang pada sendiri, samaada nak banyak kuah atau sikit.

Masukkan bendi yang telah di potong pangkal dan hujungnya. Masak sehingga bendi menunjukkan tanda bertukar warna. Masukkan pula ikan tongkol. Tunggu sehingga mendidih dan mata ikan nampak keputihan. Masukkan pula tomato yang di belah empat dan perasakan dengan garam dan gula.  

Selepas itu, bolehlah di angkat. Sedap di buat lauk tengahari dan makan malam. Boleh juga makan dengan roti. Inilah resepi mudah aku. Kalau ikut mak aku, serbuk kari tu di bancuh dengan air asam jawa. Aku terus masuk sahaja. Itu jelah bezanya.

Nak tengok resepi lain di blog ni... klik SINI

p/s: Inilah resepi mudah aku... campak-campak jer... hihi!

3 comments:

  1. Sedapnya kari tu.. Kalau ada sambal belacan lagi power.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Wah... kena belajar ni.Dah alang2 cuti SPM.hehe btw Hana follow blog ni! ^^ Salam Jumaat cik Blogger :)

    ReplyDelete
  3. SA masih failed bezakan ikan tongkol yang lembut..selalu beli dapat yang keras je

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...