Cara Buat Minyak Bawang Putih Yang Bagus Untuk Meredakan Batuk Anak Kecil

2:47:00 PM Noor Akma 2 Comments

Anak-anak kecil kalau terkena selsema dan batuk memang merunsingkan para ibu bapa. Macam-macam cara di lakukan untuk menghilangkan dan meredakan batuk mereka. Ada yag kata sapu minyak gas, minyak bawang putih dan macam-macam lagi lah. Kelmarin aku jumpa dalam FB cara nak buat minyak bawang putih tu... 

Cara Buat Minyak Bawang Putih
Cara Buat Minyak Bawang Putih 

Memang mujarab katanya bila menggunakan minyak bawang putih ni untuk di sapu pada anak-anak kecil. Caranya sapu di  tapak kaki, labu betis, belakang badan  dan dada. Aku pun baru tahu cara yuang betul buat minyak bawang putih ni. Biasanya tumbuk dan campur dengan minyak masak sahaja.



Sekarang ramai anak-anak kecil mengidap batuk. jadi mesti ramai yang nak tau cara buat minyak bawang putih yang di katakan bagus dan mujarab meredakan batuk pada anak-anak kecil. Cara buatnya taklah susah mana. Senang sangat. Ini saya kongsikan  caranya. Insyaallah boleh cuba buat... 


Cara Buat Minyak Bawang Putih Yang Bagus Untuk Meredakan Batuk Anak Kecil


Bahan-bahan:

Selabu bawang putih
(iaitu seketul bawang yang terdiri banyak ulas bawang putih)
Minyak masak secukupnya

Cara-cara :

- Bakar selabu bawang putih di dalam kuali dengan api yang perlahan. Tutup kuali denga penutupnya. Bakar sehingga terbit bau bawang putih  dan kulit bawang bertukar warna kekuningan coklat.

- Selepas tu di letakkan bawang tadi di dlam sebuah mangkuk. Siram bawang yang di bakar tadi dengan minyak masak. Biarkan lebih kurang 10 minit atau sehingga bawang bakar tadi sejuk.

- Picit dan lumatkan bawang putih bakar tadi di dalam minyak masak. Bawang sudah menjadi lembut dan senang untuk melumatkannya. Gaul sebati minyak bersama bawang putih itu.

- Minyak bawang putih sudah boleh di gunakan untuk  di sapu pada  tapak kaki anak kecil , di  labu betis, belakang serta dada dia. Insya'allah anak-nak  anda akan selesa daripada  batuk dan batuk akan segera sembuh dengan izin Allah.  Cuba lah, Mudah kan..

* Boleh guna minyak yang anak anda biasa gunakan. Minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun dan minyak masak pun boleh juga.... Biasanya orang guna minyak masak je...

Untuk tips dan informasi berguna klik SINI

p/s: Tak pernah dengar minyak sapu bawang putih di jual di kedai.... Ada ke...? Nak guna kena buat sendiri jugalah... heh!

#kredit FB Ct Ratu Jamu

2 comments:

Bagus minyak bawang putih ni, anak saya kalau selsema pun memang ini lah ubatnya

Ohh nanti boleh cuba ni. :) Mekasih sbb kongsi petua pasal minyak bawang putih ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...