Cara Buat Scrub Mudah Dari Bahan Dapur Rempah Halba Untuk Awet Muda

1:55:00 PM Noor Akma 0 Comments

Banyak produk scrub di jual di pasaran. Harganya boleh tahan. Apatah lagi kalau yang berjenama. Mau koyak poket kalau setiap bulan nak membelinya. Apa kata buat sendiri scrub mudah dari bahan dapur. Banyak bahan buat scrub mudah dari bahan dapur boleh di gunakan tapi kali ini memggunakan rempah halba yang biasa di gunakan dalam masakan. 

Cara Buat Scrub Mudah Dari Bahan Dapur
Cara Buat Scrub Mudah Dari Bahan Dapur

Scrub ni kebiasaannya di gunakan untuk kulit wajah. Tapi boleh juga di gunakan untuk seluruh badan. Apabila di amalkan penggunaaan scrub halba ni, kulit wajah dan badan akan terasa halus, mulus, gebu dan anjal sahaja. Boleh menjauhkan jerawat dari tumbuh di wajah juga.

Cara Buat Scrub Mudah Dari Bahan Dapur Rempah Halba Untuk Awet Muda


Bahan:

Halba
Putih telur

Cara-cara: 

Kisar halba menggunakan blender kering hingga lumat dan menjadi serbuk. Masukkan serbuk halba ke dalam putih telur yang telah di asingkan kuningnya. Kacau rata.

Sapukan ke seluruh wajah, Juga boleh di sapukan ke tangan dan leher serta seluruh badan. Biarkan sehingga kering. barulah di cuci bersih. Seeloknya bilas dengan air suam.

Amalkan seminggu sekali. Akan terasa keanjalan kulit yang ketara bila di amalkan selalu sekurang-kurangnya 3 bulan secara berterusan.

Untuk penggunaan harian, boleh gunakan bersama pembersih wajah seperti biasa 2 kali sehari. Gunakan rempah halba ini saja pun boleh. Lagi mempercepatkan keberkesanannya. Caranya basahkan muka, selepas itu sapu serbuk halba kat muka. Gosok perlahan-lahan ke seluruh muka lebih kurang 3 minit. Kemudian, bilas. Terasa kulit begitu anjal sekali selepas menggunakannya.


Biji halba berkhasiat untuk kulit iaitu mengandungi protein, vitamin C, niasin, kalium, dan diosgenin (yang merupakan sebatian yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan estrogen). Komponen komponen aktif lain dalam halba adalah alkaloid, lisin dan L-tryptophan serta saponin.

Serbuk halba ni dapat membantu melembutkan kulit serta mengelakkan kulit menjadi kering. Untuk masalah jerawat mujarab sangat tau. Jadi, apa yang perlu di fikirkan lagi. Jom kita buat scrub awet muda dengan menggunakan rempah halba ni... Berbaloi-baloi...!

Nak tau tentang tips kecantikan di blog ni klik SINI

p/s : Mudah, senang dan jimat sungguh ni... kan!

#kredit FB Sumaiyah Abdullah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...