Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikhtiar Hamil Dengan Susu Kambing Dan Kurma

12:51:00 PM Noor Akma 1 Comments

Apabila meningkat usia dari remaja ke dewasa, perkara yang di tanya oleh saudara terdekat apabila berjumpa mesti bila nak tamatkan zaman bujang @ berkahwin. Bila dah berkahwin di tanya pula bila nak mendapat zuriat. Kalau lambat sikit mendapat zuriat selepas berkahwin siaplah di katakan mandul. Jadi kenalah mencari ikhtiar hamil sehabis mungkin. Kali ini aku  kongsikan cara ikhtiar hamil yang mudah dengan susu kambing dan kurma.

Ikhtiar Hamil  Dengan Susu Kambing Dan Kurma
Ikhtiar Hamil  Dengan Susu Kambing Dan Kurma

Aku dulu merasa juga di katakan mandul dan tak boleh mendapat zuriat. Ini disebabkan masuk 4 tahun berkahwin baru di kurniakan zuriat. Masa tu, mula-mula tak adalah apa sangat ikhtiarnya sangat. Hanya berjumpa doktor dan mendapat sedikit nasihat darinya. 


Tapi memang di beritahu yang aku ada masaalah sikit. Cuak juga masa tu. Apabila di anjurkan buat rawatan yang mahal dah tentu aku tak mampu. Akhirnya aku berserah pada Allah dan mencuba beberapa petua orang dulu-dulu dan pemakanan sihat. Salah satunya yang inilah iaitu amalkan susu kambing dan kurma. Alhamdulillah, sekarang aku dah ada 4 orang cahayamata.

Ikhtiar Hamil  Dengan Susu Kambing Dan Kurma


Bahan-bahan: 

14 biji urma 
(Seeloknya kurma yang liat - kurma mariami)
2 gelas susu kambing segar

Cara-cara:

Kurma di buang biji dan di blender bersama susu kambing. Kisar samapai betul-betul hancur. Bila dah hancur, tuang dalam 2 gelas berasingan.

Isteri minum segelas dan suami pun segelas. Amalkan setiap pagi sebelum memulakan tugas seharian. Sebelum minum seeloknya berniat dan baca surah mariam ayat 1 - 12. 

Amalkan setiap hari meminumnya. Lebih-lebih lagi sewaktu isteri sedang subur iaitu hari ke 7 period hingga hari ke 13. Nak amalkan setiap hari pun boleh, lagi afdal. 

*Ada yang menyarankan ambil segenggam seorang antara suami dan isteri baru di kisar kurma tu. Terpulang pada masing-masing lah... yer!

Insya'allah kita hanya beriktiar, yang menentukan hanya Allah ta'ala. Dialah sebaik-baik perancang kehidupan kita dan tahu mana yang terbaik untuk kita. Jadi bersabarlah dan redha dengan ketentuan yang diberikan. Kalau Allah sudah berkehendak, bila-bila masa sahaja boleh termakbul doa. Jadi, jangan putus berdoa... yer!

Untuk berkongsi informasi dan petua di blog ni... klik SINI

p/s: Aku dulu amal pelbagai petua itu ini, sekejap-sekejap je. Tau-tau dah mengandung... Entah petua yang mana satu mujarab, dah tak dapat kesan dah... hehe!

1 comments:

PeRdU cINta said...

PC pun sedang berusaha..mohon doakan ya..

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...