Cara Nak Buat Pokok Cepat Berbuah Dan Lebat

3:57:00 PM Noor Akma 1 Comments

Sekarang ini banyak di war-warkan di dalam sosial tentang pokok-pokok yang masih kecil dan di tanam di dalam pasu dah pun mengeluarkan buah, lebat pula tu. Di sini aku dapat informasi yang boleh di kongsi cara nak buat pokok cepat berbuah dan lebat. Cara nak buat pokok cepat dan lebat ini di dapati dari pekebun-pekebun Thailand.

Cara Nak Buat Pokok Cepat Berbuah Dan Lebat
Cara Nak Buat Pokok Cepat Berbuah Dan Lebat 

Dulu-dulu di kampung ada sebatang pokok tu, masa mula-mula di tanam, teringin sangat aku nak tengok pokok tu berbuah. Sampai bertahun-tahun hanpir 10 tahun tak sekalaipun pokok tu berbuah. Berbunga ada sekali sekala dalam setangkai ke tiga empat  tangkai tapi tak juga keluar buahnya. 

Akhirnya pokok itu di tebang kerana tempat pokok tu di tanam nak buat tangga batu dari kawasan bawah jalan besar ke halaman rumah. Lagi pun nak buat apa simpan pokok yang mandul tu. Kata bapa aku, pokok yang tak berbuah tu pokok laici. Entahlah, tengok pada pokoknya macam pokok mata kucing. Kempunan aku nak tengok buah dari pokok tu.  


Geram  tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hormon penggalak buah. Rahsianya adalah resepi hormon air kelapa muda yang di amalkan oleh pekebun Thailand.

Cara Nak Buat Pokok Cepat Berbuah Dan Lebat 


Bahan-bahan:

2 kg kulit telur di basuh bersih dan dikeringkan
2 kg gula perang
1 biji ragi tapai
1 botol yakult
2 kotak susu segar
2 biji air kelapa muda

Cara-cara:

Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur.

Gunakan 10 ml pati bersama 20 liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.

Bolehlah cuba cara ni sekiraya menanam pokok yang berbuah. Kalaulah aku dapat informasi ini dari dulu lagi, dah tentu dapat merasa makan buah laici dari pokok tu. Nanti jika berpeluang, aku nak tanam pokok laici dan gunakan cara ini biar pokok berbuah lebat... huhu!

Nak dapat tau pelbagai informasi Di blog ini.... klik SINI

p/s : Satu lagi cara yang Islam ajar ialah pokok nak  l ebat berbuah kena berkongsi dengat  jiran lagi lebat buahya. 

#kredit FB ladang muhammad
#pic fr google

1 comments:

Nak try lah nanti mana tahu menjadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...