Cerita Event EXTRAVAGANZA GALA NIGHT 2K18 by ILHAM QASEH, Jenama Tudung Knitted Terunggul Di Malaysia

6:07:00 PM Noor Akma 4 Comments

Baru-baru ini, hari minggu yang lepas menghadiri event EXTRAVAGANZA GALA NIGHT 2K18 by ILHAM QASEH. Tema malam gala nigjt ni memang havoc giler. Temanya black tie dam glam serta  mengerlip-gemerlap blink-blink gitu. Meriah sungguh malam itu dengan suasana EXTRAVAGANZA GALA NIGHT 2K18 by ILHAM QASEH tu. Tapi aku bergaya simple sahaja. Tak berani nak berlebihan, apa yang ada sahaja lah... kan!


Cerita Event EXTRAVAGANZA GALA NIGHT 2K18 by ILHAM QASEH , Jenama Tudung Knited Terunggul Di Malaysia
Cerita Event EXTRAVAGANZA GALA NIGHT 2K18 by ILHAM QASEH , Jenama Tudung Knited Terunggul Di Malaysia

Majlis ini adalah majlis Ilham Qaseh Boutique meraikan para dealer, stokis seterunsnya pelanggan setia Ilham Qaseh Boutique. Seronok tengok para tetamu bergaya sakan di dalam majlis ini . Apatah lagi founder kepada Ilham Qaseh iaitu Puan Rosnizan Md Nawi. Sekali pandang persis tak tumpah macam pelakon jelita Che ta tu... huhu!

Meriah berbahang majlis, terasa macam pergi ke majlis anugerah artis-artis terkenal pula. Macam-macam acara pun ada di sediakan . Di hoskan oleh artis yang di kenali ramai iaitu Zahid dan Nadia serta persembahan nyanyian oleh beberapa orang artis. Makanan yang ada pelbagai pilihan dan dan berpuashati. 

Cerita Event EXTRAVAGANZA GALA NIGHT 2K18 by ILHAM QASEH
Cerita Event EXTRAVAGANZA GALA NIGHT 2K18 by ILHAM QASEH

Ilham qaseh ini adalah satu jenama shawl knitted yang ekslusif terunggul di Malaysia. Telah bertapak sejak tahun 2011. Butik terletak di kawasan Shah Alam. Selain shawl, butik ini ada juga menawarkan instant shawl dan aksesori wanita. Segalanya di reka dan di pilih sendiri oleh foundernya dengan rekaan yang berkualiti dan terkini.


Serius aku katakan, buat pertama kali ini aku mengenali tudung daripada kain knitted ni. Biasanya tudung atau shawl yang aku pakai adalah dari kain chiffon, crepe, satin atau seumpamanya. Kain tudung shawl by Ilham Qaseh ini amat lembut, ringan dan gebu. Kebiasaannya kain sebegini di buat pakaian untuk bayi, stokin atau baju panas untuk musim sejuk. Tak terfikir boleh buat tudung atau shawl.

Shawl knitted  by ILHAM QASEH
Shawl knitted  by ILHAM QASEH

Pengalaman pertama memakai shawl knitted ini amat berbeza. Aku dapat rasakan tudung ini ringan, mudah di bentuk. Kainnnya pun sejuk di pakai dan tak rimas. Efek memeri tu membuatkan ia selesa di pakai dan melekap kemas di kepala. Tak adalah asyik mengelebeh dan senget sana sini apabila terlasak sikit.

Patutlah nampak di event tu ramai yang selesa sahaja dengan pemakaian shawl Ilham Qaseh mereka walaupun di pakai stail turban atau sarang lebah. Aku selalu bayangkan mesti berat atas kepala tu. Rupanya dengan shawl knitted by Ilham Qaseh ni ringan sahaja. Terasa tak pakai apa-apa di kepala... hiyyu!!

Mulalah aku berangan nak pakai dan jadikan koleksi shawl knitted by Ilham Qaseh ini nanti. Bukannya jauh pun butik tu dengan kawasan rumah aku. Masih dalam satu daerah sahaja. Tapi bagi sesiapa yang jauh tapi ingin membeli shawl by Ilham Qaseh ini masih boleh membeli secara online. Nanti aku bagi laman web dan FB Ilham Qaseh itu di bawah ini yer... :)

Antara lain produk yang di jual oleh Ilham Qaseh adalah :

- Qaseh Instant Shawl
- ‎Qaseh Wide Shawl
- ‎Qaseh Easy Shawl
- ‎Qaseh Twist Shawl
- Swarovski Brooch

Detail tentang Ilhan Qaseh :

FACEBOOK: 

IG:

WEB:

ALAMAT: 
ILHAM QASEH
16-02, Persiaran Bandaraya,
Pusat Perdagangan Azalea,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


p/s : Antara kenangan indah tahun ini sebagai blogger... huh!!

4 comments:

Menariknya tudung tu..nampak melekap cantik je

irra yyan said...

Tak aci kak dapat feveret kaler irra..hahahaha..IQ ni macam pashmina kan. Tapi pashmina tu kasar. Berat. Panas. Irra tak suka. Tapi macam dah jatuh cinta dengan IQ ni

Nice. Nanti boleh terjah butik diaorg. Bkn kita kn jauh pun. Hehe, kena ajak encik suami ni..

nampak kemas akak pakai shawl ni..mmg senag nak pakai kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...