RAMADHAN BUFFET 1439H / 2018 Istimewa Citarasa Timur Tengah Dan Malaysia Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

3:25:00 PM Noor Akma 0 Comments

Istimewa untuk ramadhan yang akan menjelan tiba tak lama lagi, Grand Bluewave Hotel Shah Alam menawarkan Ramadhan Buffet 1439H / 2018 dan akan membawa tetamu ke Timur Tengah dengan suasana yang menawan seperti berada di sana di Royale Songket. Ini adalah cara yang baik untuk memperkuat hubungan dan berkongsi kegembiraan bulan ramadhan ini. Sepanjang bulan Ramadhan sempena Ramadhan Buffet 1439H / 2018 pakar masakan Hotel telah mencipta khas hidangan masakan untuk pelanggannya sepanjang bulan bulan mulia ini nanti.

RAMADHAN BUFFET 1439H / 2018 Istimewa Citarasa Timur Tengah Dan Malaysia Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
RAMADHAN BUFFET 1439H / 2018 Istimewa Citarasa Timur Tengah Dan Malaysia Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Untuk sambutan ramadhan ini Grand Bluewave Hotel Shah Alam menyediakan lebih dari 100 hidangan yang sedap-sedap dari  pelbagai perbezaan dan citarasa. Dari hidangan Melayu dan  Malaysia serta semestinya  hidangan dari negara-negara  Arab iaitu timur tengah pun ada di sediakan. Masakan Italy pun tidak di lupakan untuk pemggemarnya.

RAMADHAN BUFFET 1439H / 2018 Istimewa Citarasa Timur Tengah Dan Malaysia Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Antara makanan Malaysia,Timur Tengah dan Italy yang di hidangkan adalah  masak lemak ikan tenggiri, sambal tempe dengan jering, sweet and sour squid, pizza margarita, braised beef Wellington, pelbagai pilihan dim sum, meatballs sautee, bolognese, whole lamb, roasted beef, ayam golek, baba ghanoush, chicken shawarma, chicken makhbous beef ball kofta bersama tomato stew dan banyak lagi hidangan seterusnya.


Di samping itu, banyak lagi juadah kegemaran orang Malaysia iaitu rojak buah, sotong kangkung dan iemang pun ada seperti  lemang pulut /hitam,. Ketupat palas, serunding daging/ayam, lontong, kari ikan, asam pedas, roti chennai, murtabak, ayam tandoori dengan dengan roti naan pun boleh di nimati nikmati. Mee udang, asam laksa, nasi ayam hainan dan banyak lagi hidangan yang lazat untuk di  pilih dam di nikmati sepuasnya.


RAMADHAN BUFFET 1439H / 2018
RAMADHAN BUFFET 1439H / 2018

RAMADHAN BUFFET 1439H / 2018
RAMADHAN BUFFET 1439H / 2018

RAMADHAN BUFFET 1439H / 2018
RAMADHAN BUFFET 1439H / 2018

Makanan gorengan seperti goreng pisang dan keropok lekor pun ada disediakan. Juga tak lupa hidang pencuci mulut dari salad, buah-buahan, kuih muih dan kek pelbagai citarasa ada juga di sedikan. Pendek kata setiap hidangan kegemaran semua orang ada di sini.

Harga Ramadhan Buffet 1439H / 2018 bagi setiap orang dewasa di Grand Bluewave Hotel Shah Alam ialah RM125.00 nett dan RM65.00 nett bagi warga emas (60 tahun dan ke atas) dan kanak-kanak (4 - 11 tahun).

Promosi RAMADHAN BUFFET 1439H / 2018
Promosi RAMADHAN BUFFET 1439H / 2018

Diskaun istimewa untuk tempahan awal sebelum 30 April 2018. Dari Ramadhan ke-1 hingga ke-7, RM73.50 dan ke-8 hingga ke-29 Ramadhan harganya RM95.00 untuk 9 orang dan ke bawah, dan RM90.00 untuk 10 orang dan ke atas. Bayaran penuh diperlukan semasa tempahan. 

Buatlah tempahan awal untuk mendapatkan diskaun tu yer... Berbaloi tau!!

Harga :
RM125++  - dewasa 
RM 65++   - warga emas (60 tahun dan ke atas) dan kanak-kanak (4 -11 tahun)

Ramadhan 1 hingga ke-7
Harga :
RM73.50++  - dewasa 
RM 65++   - warga emas (60 tahun dan ke atas) dan kanak-kanak (4 -11 tahun)

Ramadhan 8 hingga ke-29
Harga :
RM95++  - dewasa (untuk 9 orang dan ke bawah)
RM90++  - dewasa (untuk 10 orang dan ke atas)
RM 65++  - warga emas (60 tahun dan ke atas) dan kanak-kanak (4 -11 tahun)


Untuk Tempahan :
03 5511 8811 ext 2612 atau 2613

Alamat :
Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...