Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping Online atau Offline, Yang Mana Korang Suka?

1:50:00 PM Noor Akma 2 Comments

Seiring dengan kemajuan teknologi, nak shopping apa saja barang hanya di hujung jari. Tapi ada juga yang tak suka dengan gaya hidup shopping online ini. Ini bergantung pada seseorang individu itu. Pada aku, kedua-duanya aku suka, samaada shopping online atau offline ikut pada keperluan dan barangan yang hendak di beli itu.

Shopping Online atau Offline, Yang Mana Korang Suka?
Shopping Online atau Offline, Yang Mana Korang Suka?

Kedua-dua pilihan membeli secara offline mahupun online kedua-dua mempunyai kelemahan dan kelebihan. Membeli secara offline terasa  menyeronokkan tapi penat. Kemungkinan berlaku kes penipuan juga sukar kerana semuanya cash and carry. Membeli secara online pula terbatas sebab tak dapat melihat barang secara langsung, namun sebenarnya lebih mudah, mengikut budget, jimat masa dan tenaga.


Shopping Online atau Offline, Yang Mana Korang Suka?


Untuk pembelian offline pembeli selalunya terpaksa bersesak di jalan raya semata untuk mendapatkan tempat letak kereta. Atau akhirnya akan meletak di kawasan yang agak jauh dari tempat membeli belah. Orang yang terlalu ramai sehingga boleh mendatangkan pelbagai isu keselamatan, kebersihan dan kesihatan. Amatlah tidak sesuai untuk membawa anak-anak kecil ke tempat awam yang terlalu ramai orang ini.

Juga belum tentu pembeli akan dapat membeli barang yang diingini. Mungkin kehabisan warna, saiz dan sebagainya. Oleh kerana tidak mahu mensiakan kesusahan datang ke sini, pembeli seakan terpaksa juga membeli. Membeli lebih dari apa yang perlu akibat rambang mata dengan pilihan yang ada. Ditambah pula apabila anak-anak diberi peluang untuk membuat pilihan sendiri. Dari satu barang boleh bertambah menjadi dua, tiga dan seterusnya.

Budget harga yang asalnya mahu membeli pada harga sekitar RM50, oleh kerana terpedaya dengan pakej belian mahu pun diskaun melampau untuk barangan yang lebih mahal, boleh memikat hati pembeli untuk membeli barangan yang harga lebih tinggi. Membeli barangan yang tiada kaitan. Ini juga perkara biasa apabila berada di tempat-tempat jualan murah, segalanya nampak murah.

Kelemahan membeli secara online pula adalah reputasi penjual yang tidak  bagus dan tidak memberangsangkan. Ini menimbulkan rasa curiga pembeli kepada penjual dan kemungkinan untuk ditipu itu ada. Kurang yakin  kerana tidak dapat pegang, rasa,cub dan hidu barang. Hanya dapat melihat dan faham melalui penerangan berbentuk ayat oleh penjual. 

Dan kadangkala ia boleh menimbulkan salah faham antara penerangan penjual dan kefahaman pembeli. Juga merasakan kos penghantaran adalah sesuatu yang membebankan. Kemungkinan untuk barang lambat tiba atau tidak sampai juga ada.

Semua yang di atas aku dah rasa sewaktu membeli secara offline dulu. Lebih-lebih masa nak raya. Penat jangan di kira lagi lah. Heret anak-anak nak cuba baju raya punya pasal. Masa tu tinggal semangat nak raya saja. Pusing keliling shopping kompleks mencari satu persatu baju yang sesuai untuk anak-anak. Haihh...!


Sekarang sejak beberapa tahun ini aku dah pandai beli barang dan baju secara online. Lebih banyak pilihan dan sudah tentunya boleh mencari barangan yang sesuai mengikut bajet yang di ingini. Aku bukanlah bijak sangat membuat pembelian tapi setakat ini setakat ini semua pembelian aku secara online atau shopping online semuanya sukses tanpa ada apa-apa masaalah.

Untuk itu ada beberapa tis yang boleh di ikuti. Sebelum membeli dari laman web atau seller online, kenalpasti siapa mereka. Selidiki sebanyak mungkin profil seller terlebih dahulu. Penting juga kenalpasti barangan yang hendak di beli. Adakah berbaloi untuk membeli barang yang di ingini itu secara online. Caranya, selidik harga jualan secara offline juga. Yang ni kena rajin window shopping sekali sekala... hihi!

Seterusnya pembelian untuk pakaian pula, kenalpasti saiz yang sesuai. Ukur dengan tepat setiap ukuran ahli keluarga untuk mengelakkan kesilapan. Untuk itu, dapatkan pita ukuran dan simpan satu di rumah. Bukan tukang jahit sahaja memerlukan pita ukuran. Para pembeli pakaian online pun memerlukannya. Cara ukur, google ajelah... hehe!

Pembeli juga harus ada sedikit ilmu berkenaan jenis-jenis kain untuk lebih lebih memudahkan membeli secara online. Kalau ke pusat beli belah tu rajin-rajinlah tanya promoter tentang jenis kain yang ada. Sekiranya semua ini di praktikkan, risiko di tipu atau kesilapan dalam pembelian menjadi lebih rendah atau tiada.

Jadi, aku buat kedua-duanya iatu offline dan online. Yang mana bagus beli offline aku teruskan dengan cara itu. Sekiranya amat berbaloi beli online, pun aku lakukan juga. Kengkadang di kedai lebih murah dan adakalanya pembelian secara online pula dapat diskaun. Jadi pilih mana yang ssepatutnya. Yang penting aku boleh berjimat dan boleh shopping lagi dan lagi... 

Nak baca macam informasi dan cerita di blog ini, klik SINI

p/s: Dan yang pasti aku tak nak buat kerja yang tak munasabah macam dulu-dulu. Tawaf keliling pusat mebeli belah dekat sepuluh kali mencari baju raya... letih woooo!


#kredit SINI

2 comments:

PeRdU cINta said...

Mengikut keperluan dan kesesuaian...

offline suka,online pun saya suka. offline tu kalau ada orang offer nak drive bawa ke tempat shopping, memang best hahaha.

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...