Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips Mudah Minum Air Kosong Untuk Turun Berat Badan Dan Awet Muda

3:28:00 PM Noor Akma 1 Comments

Ramai yang dah tahu cara yang paling mudah untuk turun berat badan dan awet muda adalah minum air kosong yang secukupnya setiap hari. Namun begitu, ramai yang mengabaikan hal ini. Susahlah dan tak ada masa lah itu alasan biasa yang di berikan untuk minum air kosong. Tapi beria-ia hari-hari menyapu pelbagai krim muka untuk nampak lebih muda dan cantik. 

Tips Mudah Minum Air Kosong Untuk Turun Berat Badan Dan Awet Muda
Tips Mudah Minum Air Kosong Untuk Turun Berat Badan Dan Awet Muda

Dah banyak bukti yang di tunjukkan di media sosial bahawa dengan minum air kosong boleh menjadikan seseorang itu awet muda. Contoh terbaik adalah seorang wanita berumur 40an di Taiwan  nampak macam seorang pelajar lepasan sekolah dengan rajin mengamalkan minum air kosong. Jadi, jomlah kita minum air kosong untuk kesihatan yang baik, turun berat badan dan pastinya awet muda.


Aku memang mengamalkan minum air yang banyak setiap hari. Aku boleh habiskan hingga 4 -5 liter sehari. Sebotol air sentiasa ada di sisi aku walau berpergian kemana-mana sekali pun. Ikuti cara mudah yang aku amalkan untuk turun berat badan dan awet muda... huhu!


Tips Mudah Minum Air Kosong Untuk Turun Berat Badan Dan Awet Muda


- Minum dalam botol yang cantik dan cute
Nak galakkan diri kita minum air banyak ialah dengan menggunakan botol yang cantik dan comel. Semangat sikit kita nak minum air banyak

- Minum air menggunakan botol yang kecil
Tips ni selalu di amalkan bila aku berada di luar rumah. Nak bawak botol air besar susah sikitkan. Selalu aku akan bawak botol air 500ml. Habis air, topup air dari botol besar masuk dalam botol kecil.

- Minum air menggunakan botol straw
Bila kita minum air menggunakan botol berstraw, tanpa kita sedar air akan cepat habis kita minum. Ya lah sedut punya sedut tengok-tengok dah habis kan.

- Atur masa untuk minum air
Kita boleh atur masa kita untuk habiskan minum air 3-4L sehari. Tak adalah nanti kita akan rasa sesak nafas bila minum air yang terlalu banyak dalam satu masa. Misalnya kita mula minum air kosong pada jam 7 pagi kan. Jadi dari jam 7-9 pagi kita cuba habiskan 500ml air tu. Maksudnya setiap 2 jam kita habiskan 500ml. Menjelang 7 petang kita dah berjaya minum 3L kan. Mudah ke mudah?

- Jadikan botol air sebagai kawan baik kita
Yang ni memang membantu untuk aku minum air kosong. Ke mana sahaja  pergi dan duduk, memang akan bawa botol air berisi air kosong. Jadi aku tak akan lupa untuk minum air.

- Tukar air manis kepada air kosong
Yang ni memang sentiasa  amalkan selama ini. Bila pergi makan di kedai makan atau kenduri, aku memang akan minum air kosong. Kalau tergoda dengan air yang bewarna tu, minumlah seteguk dua.  

Selain untuk turunkan berat badan dan awet muda, aku dapat menghindari diri dari mengalami sakit tekak yang akhirnya menjadi demam, batuk dan selsema. Anak-anak pun aku galakkan minum air kosong ini. Manafaatnya mereka sejak dari kecil jarang mengalami sakit dan demam. Boleh menjimatkan kos juga tu. 

Untuk mendapatkan lebih informasi terkini... klik SINI

p/s : Botol air comel berwarna purple transparent aku ni, dah hampir 7 tahun menjadi peneman setia. Masih setia di sisi, di meja tulis aku ini. Walau dah luntur gambar kelilingnya ia tetap ada menemani untuk aku meneguk air di dalamnya.. huh!

#kredit FB Coach Ina Fitlife

1 comments:

Sedang amalkannya ... ia sangat baik utk org yang ada diabetes macam saya ni. Kena sangat banyak minum air kosong.

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...