11 May 2019

Cerita Awal Ramadan 2019 Seminggu Ini... Haihh!

Aku sekarang tiada mood nak menulis blog ini. Cuma sedikit nak cerita awal ramadan 2019 ini. Ini adalah ramadan terakhir kami di rumah atas kayangan ini. Tahun depan kami akan berpuasa di rumah baru yang pastinya di atas bumi yang rata tapi bukan berbukit-bukau. Cerita awal ramadan kali ini pada aku terlalu hambar, cuma yang menggembirakan hanya cerita selepas raya akan pindah rumah baru.

Cerita Awal Ramadan 2019 Seminggu Ini... Haihh!
Cerita Awal Ramadan 2019 Seminggu Ini... Haihh!

Sehari sebelum puasa aku sakit gigi. Jadi, tiap-tiap waktu bersahur kena telan ubat tahan sakit. Kalau tidak, tak tertahankan sakitnya. Aku tak faham dengan sakit tu. Gigi tak berlubang, tapi dah goyang. Mungkin tapak gusi tu dah tak kuat. Al maklum, umur dah meningkat, gigi nak luruh satu persatu gamaknya. Rasanya nak kena cabut gigi aku ni. Tapi kalau boleh tahan, aku tahankan dulu. Kalau boleh nak tahan sampai raya kot... 



Sebenarnya aku tak rasa teruja nak sambut raya kali ni. Lebih teruja nak pindah rumah lagi. Apatah lagi aku baru menapak buka bisnes jualan terbaru. Harap menjadi bisnes kecil-kecilan aku ni. Menulis entri merepek ini pun bagai tak bermaya saja. Letih dan di tambah gigi yang berdenyut. Itu yang membuatkan mood tak stabil.

Cerita Awal Ramadan 2019 Seminggu Ini... Haihh!


Masak pun dah rasa malas sebenarnya. Tak larat nak memasak lauk pauk pelbagai jenis yang di minta anak-anak. Tapi apakan daya, kuatkan jugalah diri mereka. Anak-anak aku ini jenis waktu berbuka lebih suka makan makanan lain selain nasi. Puasa pertama hari tu masak meehoon goreng. Puasa kedua aku masak char kuay teow,. Puasa ketiga aku buat mee sup. Hari ke empat aku masak nasi dengan kari ikan tongkol jer. Hari kelima semalam buat mee dan meehon padprik. 

Hari ini aku buat laksa. Buat laksa ini sebab permintaan anak perempuan balik dari asrama yang gemar makan laksa. Esok sudah nak balik. Jadi, sebelum dia balik, kenalah tunaikan permintaan. Letih sebenarnya tapi demi anak-anak, buat jugalah. Entah kenapa puasa kali ni aku rasa tak larat dan keletihan saja. Mungkin sindrom meningkat usia kot.

Esok lusa nak masak apa kena tunggu dan sesuaikan apa permintaan anak-anak lagi. Harap aku di berikan kesihatan yang baik dan berdaya untuk menunaikan permintaan anak-anak. Kalau dah tak terdaya nanti, fikirkanlah cara lain. 

Bazar ramadan memang  aku tak suka nak pergi membeli. Kalau anak-anak yang membeli, biasanya hanya kuih-kuih yang tak buat. Makanan lauk pauk seboleh-bolehnya di elak beli. Serik terkenangkan tragedi membeli di bazar ramadan masa aku meniaga di expo raya  beberapa tahun dulu. Habis satu rumah ceriii- beriii di buatnya.... hehe!

Aduyai, letih, pening dan skit gigi dah menjelma sekarang ni. Apalagi bacalah cerita merapu aku pada awal ramadan ini. Walau aku ada masak macam-macam, gambar pun tak larat nak snap. Kalau tidak, boleh juga di tampal dalam blog ni. Apa nak kata, dah letih tak bermaya... kan!

Nak baca cerita  dan catatan di blog ini... klik SINI

p/s : Moga aku larat menempuh hari-hari seterusnya, meluah rasa jer.. !

11 comments:

  1. Salam Ramadan dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. Sama ngan SA la kak..x larat sgt sbb gastrik dan darah rendah..kalau sblom puasa dulu darah tinggi..pening dibuatnya..semoga akak sihat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita sama2 sihat danboleh menunaikan ibadah puasa dengan jayanya :)

      Delete
  3. be strong akak n get well soon. ray singgah klik ads kat blog akak. i hope this will make you feel better too heee

    ReplyDelete
  4. Moga cepat sihat & Selamat menunaikan ibadah puasa..:)

    ReplyDelete
  5. Thanks dan Selamat menunaikan ibadah puasa juga :)

    ReplyDelete
  6. Syukur, dah beberapa hari tak ujan ari nie ujan KL sejuk sket...taklah terasa dahaga sangat...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...