19 September 2019

Resepi Kuih Kaswi Gedik Comel Dengan Lesung Pipit Tembus Ke Dalam, Gittew!!

Minggu lepas aku buat kuh kaswi ni. Aku buat sebab teringin pula nak makan kuih kaswi gedik lama yang lembut-lembut dan masin-manis di salut kelapa parut yang lemak-lemak masin ini. Sudah lama tak buat. Kuih kswi gedik ini juga di sukai en. suami tapi jangan di letak kelapa parut. Dia tak suka kelapa parut. Entah kenapa... haihh!

Kuih Kaswi Gedik Comel Dengan Lesung Pipit Tembus Ke Dalam, Gittew!!
Kuih Kaswi Gedik Comel Dengan Lesung Pipit Tembus Ke Dalam, Gittew!!

Resepi ni adala resepi yang aku biasa gunakan. Sudah banyak kali aku cuba. Menjadi dengan jayanya. Pernah guna resepi lain, agak kurang garis kejayaan kegedikannya gitu. Jadi, aku setia dengan resepi yang ini. Resepi ini aku kutip dari blog Yatie Memories, Sinar Kehidupan. Blog dia ni dah lama terpendam dan terbenam tapi resepinya masih relevan dengan suasana semasa... huahua!



Walau sudah selalu buat, tetap kena tengok resepi juga. Bukan apa, tak dapat nak mengingati akan sukatannya. Tak berani main agak-agak saja. Bukan macam masak lauk gulai yang boleh di campak-campak saja gerenti jadi. Nanti terlembik dan tak boleh di potong akan terbuang dan membazir pula kuih yang aku buat ni.

Kuih Kaswi Gedik Comel Dengan Lesung Pipit Tembus Ke Dalam, Gittew!!


Bahan-bahan :

1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras (saya tambah 2 sudu besar lagi)
sedikit garam
3 sudu besar air kapur
1 sudu besar coklat emulco (untuk kuih nampak gelap)
Daun pandan
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut campur sedikit garam

Cara-cara :

Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan. Ayak semua tepung.Tambahkan selebihnya 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula. Masukkan air kapur.

Seterusnya masukkan coklat emulco. Tapis air gula ke dalam tepung. Gaul rata dan tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul. Kacau seketika di atas api yang kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji atau gam, sentiasalah di kacau guna whisk dalam 3 minit lebih kurang.

Sapu loyang atau acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan. Kukus loyang atau acuan dahulu tanpa isi. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 25 ke 45 minit bergantung pada acuan atau loyang sehingga masak.

Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai  tisu dapur dan letakkan dan lap sedikit di permukaan kuih agar air itu dapat diserap. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan atau di potong. 

Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.

Gambar Kuih Kaswi Gedik Comel Dengan Lesung Pipit Tembus Ke Dalam Tu..
Gambar Kuih Kaswi Gedik Comel Dengan Lesung Pipit Tembus Ke Dalam Tu..

Aku buat dalam mangkuk acuan kecil-kecil. Jadi amat terserlah lesung pipitnya yang tembus ke dalam. Memang nampak sangat sedap tau. Begitulah juga rasanya yang melting mencair di mulut. Sangat-sangat marvelous pada sesiapa yang suka kuih sebegini.

Tapi yang sedihnya, anak-anak aku tak begitu gemar kuih yang lembik-lembik sebegini. Mereka lebih suka kuih lama yang bergoreng. Rasanya ramai anak-anak muda sekarang yang tak berapa gemar kuih lama. Nak buat macam mana tekak orang muda sekarang berbeza. tapi aku sangat suka kuih-kuh lama macam ni.... Lazatttt!

Nak pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Nanti nak buat lagi kuih lama sebegini... Kalau kita tak membuatnya, siapa lagi, mengundang nostalgia tau!!

4 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...