15 August 2017

Tips Mudah Membeli Ayam Segar Di Pasaraya

Membeli barangan basah adalah satu rutin yang melecehkan juga. Jika tak berhati-hati nanti terbeli barangan yang tidak segar iaitu yang sudah lama, dan hampir busuk atau layu. Biasanya peniaga bila nak habiskan stok lama yang lama tu di letakkan bahagian yang mudah di capai pelanggan. Barang-barang baru letak jauh sikit. Ari ni nak bagi tips mudah membeli ayam segar. Apabila  pergi ke pasar mestilah nak dapatkan membeli ayam segar dan baru di proses.


Sekarang ini harga ikan tak menentu dan harganya tak masuk dek akal bila di bandingkan dengan harga terdahulu. Harga ayam pun mahal juga tapi kalau dah harga ikan dah serupa dengan harga ayam, lebih baik beli ayam dan masak lauk ayam. Apatah lagi anak-anak lagi suka makan ayam dari ikan. Lebih-lebih lagi ayam goreng. 


Daging ayam adalah salah satu sumber protein yang penting untuk tubuh badan kita.  Jadi, menu ayam sentiasa ada hampir setiap hari. Nak pilih ayam yang nak di masak kenalah betul. Tak naklah terambil yang dah tak elok. nanti masakan pun jadi tak sedap dan rosak. Mari kita tengok tips yang mudah ini...

Tips Mudah Membeli Ayam Segar Di Pasaraya


- Warna daging segar selalunya berwarna putih kekuningan. Kalau ada tanda-tanda kebiruan itu sudah semestinya ayam lama.

- Warna lemak seharusnya putih kekuningan dan merasa di bawah kulit ayam. Bila di rasa masih kenyal dan tidak lembik dan lembut.

- Jika daging ayam yang anda pegang berlendir dan lembut, bermakna ia tidak lagi boleh dikategorikan sebagai daging ayam yang segar.

- Bau daging segar, jika anda berbau yang kurang menyenangkan, lupakan saja niat untuk membeli ayam tersebut. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

- Apabila dagingnya ditekan, daging yang segar akan kembali ke bentuk asal. Berbanding dengan daging ayam yang tidak segar, kesan jari anda akan kelihatan untuk beberapa ketika sebelum kembalik ke bentuk asal.

- Tidak ada bekas lebam kecuali lebam akibat pendarahan ketika penyembelihan. Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

- Kulit ayam perlu kelihatan cantik. Tidak kelihatan robek atau terlalu banyak kesan luka. Pastikan juga kulit ayam yang anda pilih bersih dari sebarang bulu halus. Selalunya bakteria mudah terkumpul pada bahagian ini. Oleh kerana itu, adalah baik jika anda membuang kulit ayam sebelum dimasak.

Inilah serba sedikit tips yang boleh memastikan ayam yang kita beli di pasar basah dan pasaraya segar atau tidak. Nak menjadikan makanan yang kita makan seharian itu darah dan daging kita mestilah yang terbaik tak semudah itu saja. Kalau tidak, di masa hadapan berbagai penyakit akan singgah di tubuh kita. 

Harap ia memberi manafaat kepada sesiapa yang membaca. Nak dapatkan tips dan informasi di blog ini klik SINI dan SINI

p/s : Anak-anak memang suka makan lauk ayam, lebih-lebih lagi ayam goreng macam upin dan ipin.. hihi!

#pic fr google

2 comments:

  1. Oh ingatkan kalau kuning2 tu tak segar.. segar rupanya.. terima kasih.. saya memang suka makan ayam

    ReplyDelete
  2. alaaaa....part kulit ayam tu yang sedap....hahaha...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...