02 October 2017

Selesa Dan Bergaya, Bersantai, Jogging Serta Kemana Saja Dengan Hotpanst@Activpants Jonlivia

Sekali sekala sebagai seorang surirumah aku  akan keluar beriadah bersama keluarga. Kadang-kadang bersantai di taman permainan atau window shopping dan sesekali aku jogging sambil menikmati keindahan alam. Aktiviti itu semua itu pastinya memerlukan pakaian yang sesuai. Dan semestinya nak yang selesa dan bergaya. Akhirnya kini aku dah dapat  pakaian yang selesa dan bergaya serta sangat sesuai dengan aku yang sentiasa menjaga penampilan agar sentiasa  anggun jelita walau dalam situasi apapun.

Selesa Dan Bergaya Dengan  Hotpanst@Activpants Jonlivia
Selesa Dan Bergaya Dengan  Hotpanst@Activpants Jonlivia 

Iaitu seluar @ hotpant dari Jonlivia Active Hotpants S5+.  Mula-mula aku dapat bungkusan seluar ni, jadi cuak sekejap sebab tengok saiz yang di hantar tu jauh berbeza dengan saiz aku. Ngeri tengok saiz, takut terkoyak sebab takut tak muat.Tapi dek keterujaan dan memikirkan takkanlah diorang akan beri saiz yang salah, aku cuba jugalah dengan harapan yang menggunung agar boleh di pakai.

Selesa Dan Bergaya, Bersantai, Jogging Serta  Kemana Saja Dengan  Hotpanst@Activpants Jonlivia 


Eh.... bolehlah aku pakai. Sangat stretchable dan menakjubkan rupanya. Sedang elok saja dan sangat selesa dan ringan.  Tak seperti legging yang pernah aku beli bertahun dulu. Melekap, tersembul segala lemak di badan dan agak berat sedikit. Selepas tu aku  pakai pergi shopping bersama dengan kemeja labuh sebagai top. Cantik dan anggun sekali pemakaian aku ni. Puji diri sendiri... hehe!

Selesa Dan Bergaya Dengan  Hotpanst@Activpants Jonlivia
Selesa Dan Bergaya Dengan  Hotpanst@Activpants Jonlivia

Kelmarin aku pakai  Jonlivia Active Hotpants S5+ pergi jogging di Tasik Shah Alam pula. Mestilah dengan gaya muslimah juga bersama Tshirt yang  menutup punggung. Wah, memakainya aku merasa seperti mengalami perasaan yang sungguh bersemangat dan badan pun terasa ringan dan sangat bebeza masa aku jogging sebelum ni.

Apa tidaknya, hotpants ni memberi rasa selesa yang teramat sebab tak panas  dan tak rasa basah langsung akibat perpeluhan. Boleh pergi shopping pula selepas tu sebab tak terasa rimas dengan peluh selepas jogging. Kalau dah rimas, biasanya cepatlah balik ke rumah, Tapi kali ini, itu tidak berlaku. Boleh pula window shopping kat PKNS, SACC dan PAS. Lepas ni bolehlah rajin jogging lagi dan jalan-jalan sekali... yeayh!!

Rupanya Jonlivia Active Hotpants S5+ ini membantu membakar lemak di badan, peha dan betis melalui perpeluhan. Di perbuat dari 100% genuine neoprene yang sejenis kain yang tidak hanya bersifat lembut, tahan air dan elastik, tetapi kain neoprene ini juga mampu menahan hawa dingin dan memberikan rasa hangat terhadap tubuh kita.

Selesa Dan Bergaya Dengan  Hotpanst@Activpants Jonlivia
Selesa Dan Bergaya Dengan  Hotpanst@Activpants Jonlivia

Hotpants ini  membakar 2000 kalori hanya dalam 2 hingga 3 jam rutin senaman biasa. 3 kali lebih cepat dari mana- mana pakaian sukan seumpamanya. Canggih kan! Ada lagi.... Dengan ketebalan hanya 2.5mm ia sebenarnya ia mempunyai 4 lapisan tau. Iaitu external fabric, high performance neoheat fabric, internal fabric (fungsi menyerap dan selesa) dan special airy fabric (untuk mengawal aliran udara). 

Ia juga mempunyai jahitan yang kukuh. Tak perlu risau takut jahitan pecah dan koyak. Berlapis-lapis jahitannya tau. Semestinya memakai hotpants ni akan dapat menutup perut dan semestinya boleh mengempiskan perut sebab ia mempunyai garisan yang menutup perut sehingga ke atas pinggang. Bagusnya hotpants ni. Berbaloi-baloi membeli dan mendapatkannya. 


Satu lagi yang perlu di ketahui iaitu ada poket kecil di dalam hotpants ni. Boleh muat kunci kereta dan barang kecil. Kalau nak letak telefon bimbit 3x5 inch pun muat. Apa lagi, jom beli, jangan tak beli. Macam-macam aktiviti beriadah boleh di lakukan dengan memakai hotpants ni. Tak semestinya membuat latihan fizikal atau bersenam jeje. 

Menari, berlari, berbasikal, berenang, berzumba lagilah boleh. Pergi shopping pun boleh saja macam aku... hihi! Boleh order online di website jonlivia.com. Bukan hanya hotpant je ada.... macam-macam ada tau. Termasuk pakaian dalam. Boleh tengok-tengok dan membeli di situ. Untuk keterangan dengan lebih lanjut, bolehlah hubungi laman sesawangnya di bawah yer... 

Instagram       www.instagram.com/jonlivia/
Facebook        : www.facebook.com/jonlivia/
Website           : www.jonlivia.com/
No. Contact      : +6016 384 5358

p/s : Jonlivia.. you're great, making me become perfect... tq!

6 comments:

  1. bestnya bila pakai. boleh kurus tak? hehe

    ReplyDelete
  2. Bestnya! Boleh la beli nanti

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. Baguslah pant ni. Paling best bila Ada pocket tu

    ReplyDelete
  4. Interesting tu..Selesa nak workout kalau outfit selesa kat badan...

    ReplyDelete
  5. Sha pun suka selalu ni..patut miliki

    ReplyDelete
  6. done baca sini trima kasih info kak

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...