21 March 2018

Cara Mendidik Dan Menjaga Tingkah Laku Anak-anak Secara Psikologi...

Mendidik dan menjaga tingkah laku anak-anak bukan tugas sehari dua. Banyak yang perlu di titik beratkan oleh para ibu bapa. Zaman sekarang pelbagai panduan mendidik anak dan menjaga tingkah laku anak-anak boleh di dapati di internet. Cuma di ingatkan sebelum itu jagalah tingkah laku sendiri kerana ibubapa adalah cermin pada anak-anak. 



Sebagai ibubapa, kita perlu berhati-hati dalam mendidik  anak pada masa kecil dan remaja  kerana setiap didikan kita mempunyai pengaruh besar bagi kehidupan anak-anak di masa depan. Tunjukkanlah kasih sayang dan contoh teladan yang baik pada anak -anak agar anak-anak membesar dengan cerminan yang terpuji akhirnya.


Aku tidaklah bercadang  memberi tunjuk ajar  pada para ibu bapa. Aku dapat sebuah petikan ini dari sebuah laman FB. Jadi aku nak kongsi ilmu yang bermanafaat untuk kita semua yang menjadi ibu bapa. Ada ilmu yang sangat berguna yang boleh di praktikkan kepada anak-anak. 

Cara Mendidik dan Menjaga Tingkah Laku Anak-anak Secara Psikologi... 


- Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

 - Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

- Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

-  Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita solat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

- Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

- Tinggalkan telefon bimbit  seketika, dan matikan juga tv.. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain di atas itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita. Insya'allah akan jadi mudah untuk kita mendidik anak-anak nanti. 

Nak lihat pelbagai informasi dan tips di blog ini klik SINI

p/s : Anak-anak biasanya mudah terpengaruh dengan kawan kawan dan perkara negatif. Ibu bapalah benteng utama untuk mereka bagi mendapat informasi tentang jalan kebaikan yang patut mereka pilih.. Ingat tu.... hurm!

#kredit FB Ladang Muhammad

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...