11 July 2018

Resepi Sambal Tumis Terung

Apabila di sebut sambal tumis biasanya sinonim dengan ikan bilis dan udang. Ataupun yang biasa di buat adalah sambal tumis petai campur dengan ikan bilis atau udang.. Selain itu, sayur-sayuran jarang di buat sambal tumis. Namun begitu ada sejenis sayuran yang sedap di buat sambal tumis iaitu terung. Dari dulu lagi aku suka sambal tumis terung. Jom masak sambal tumis terung. Nikmatilah kesedapannya. Sedap wooo.... !

Sambal Tumis Terung
Sambal Tumis Terung

Terung yang sedap dan biasanya di buat sambal tumis adalah terung yang panjang berwarna ungu tu. Jangan pula guna terung bulat sebab ia keras dan hanya sesuai buat masak kari atau dalca. Selain terung panjang terung pipit atau terung rembang yang kecil berwarna hijau  itu pun sedap di buat sambal tumis.

Terung ini bagus untuk kesihatan jantung dan berkemampuan menurunkan paras kolesterol. Ada satu kajian  menunjukkan bahawa terong mengandungi striknin, skopolamin, skopoletin dan skoparon yang boleh menghindari serangan sawan, gugup atau kekejangan saraf. 


Selain itu, terung yang dikisar dan diminum dikatakan dapat melawaskan kencing. Terung juga baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan. Bagi yang menjaga kecantikan muka, terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat dan memelihara kejernihan kulit muka.

Banyak juga khasiat dan kebaikan terung ni. Jadi, elok sangatlah banyakkan makan sayuran termasuk terung yang mempunyai pelbagai khasiat. Masakan terung ni sama sahaja dengan resepi sambal tumis yang biasa. Cuma bahan asasnya adalah terung. Resepinya di bawah ya... !

Resepi Sambal Tumis Terung


Bahan-bahan:

4 biji terung panjang saiz sederhana
1/2 cawan ikan bilis
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Sedikit air
Sedikit belacan (jika suka)

Cara-cara:

- Terung di potong-potong serong dan di goreng sehingga empuk dan layu sedikit. Ikan bilis di bersihkan dan di goreng garing. Bawang merah dan bawang putih di tumbuk  atau di cincang halus. 

- Tumiskan bahan tumbuk di dalam kuali bersama sedikit minyak. Bila bahan tumbuk dah wangi dan kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sehingga cili giling hampir garing. 

- Masukkan sedikit air dan pes asam jawa. Jika nk letak belacan, hancurkan dan masukkan sekali. Kacau sehingga hampir kering. 

- Perasakan dengan garam dan gula. Seterusnya masukkan terung dan ikan bilis yang telah di goreng tadi . Kacau sehingga semua bahan bergaul sebati. 

- Tutup api dan bolehlah di hidangkan untuk juadah tengahari dan malam.

Resepi ni mudah sangat. Ala-ala resepi sambal tumis petai. Kalu teringin makan sambal tumis tapi tak ada petai, boleh masak lauk ni. Petai pun mahal gila sekarang ni. Mesti bertambah-tambah nasi di pinggan bila makan. Diet mesti terbang ke laut di buatnya. Dah tak hinggat  diet dah... keh keh keh!

Nak cari resepi mudah di blog ni, ..... klik SINI

p/s:  Macam biasa, olahan resepi ni main agak-agak dan campak-campak je yer.... 

6 comments:

  1. Wahhh, sedapnyaaa sambal tumis terung :) Tapi Nad kena belajar makan terung dulu heheh.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya lahai. Nak cuba la nanti. Done follow sis 😊

    ReplyDelete
  3. aduhai, sedapnya. Dah la saya suka terung, mesti cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  4. SA suka..sedap sangat kan..dapat terung macam ni jenis pendek2 pun sedap kak..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...