08 August 2018

Cara Menghilangkan Bau Mulut Tak Sedap

Bila merasakan mempunyai bau mulut yang tak sedap atau dengan kata lain pasti akan mengurangkan keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang. Lebih-lebih lagi situasi pekerjaan memerlukan berjumpa dengan ramai orang. Banyak cara menghilangkan bau mulut tak sedap yang di alami. Ada cara moden dan ada juga cara tradisi. Jadi pilihlah di antara yang sesuai dengan diri.

Cara Menghilangkan Bau Mulut Tak Sedap
Cara Menghilangkan Bau Mulut Tak Sedap

Kebiasaannya yang empunya diri tak menyedari dia mempunyai bau mulut yang tak sedap. Hanya orang yang di sekeliling saja waktu itu yang mengetahuinya. Cara terbaik untuk mengetahui bau mulut sendiri adalah dengan menjilat tangan dan biar seketika. Kemudian bila hampir kering, hidu baunya. Itulah bau sebenar mulut sendiri ketika itu.



Banyak sebab yang menyebabkan mulut berbau. Antaranya adalah makanan yang di makan, gigi yang berlubang, terdapat banyak karies gigi, mulut kering akibat kekurangan air liur, kurang minum air  dan pelbagai lagi. Jadi, kena lebih menjaga kesihatan gigi dan mulut dengan betul.

Cara Menghilangkan Bau Mulut Tak Sedap


- Membersihkan gigi setiap hari

- Membersihkan lidah setiap hari juga

- Minum air secukupnya

- Mengunyah gula getah tanpa gula

- Sentiasa menjalani pemeriksaan gigi untuk enjauhkan karies gigi dan gigi rosak.

Petua Tradisional Menghilangkan Bau Mulut Tak Sedap


- Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

- Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu. 

-  Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari. 

- Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari. 

-  Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari. 

- Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.

Itulah antara beberapa cara menghilangkan dan menjauhkan bau mulut tak sedap yang membelenggu diri. Itu juga sebab aku sentiasa bawa sebotol kecil air mineral dalam beg. Bukannya apa, untuk mengelakkan orang merasa tak selesa berdekatan dengan kita di sebabkan bau mulut. Terasa kering sahaja mulut, mesti aku teguk air. Baru rasa selesa... hurm!

Nak lagi tips dan informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Macam-macam cara dan petua ada, yang paling penting jaga kebersihan diri..... :)

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...