08 March 2019

Resepi Dalca Daging Yang Membangkitkan Selera, Sedapnya

Entah apa citarasa en. suami kali ini pula? Angin tak seberapa, ribut tak ada tetiba beritahu menu yang dia minta aku masak adalah dalca daging. Berkurun lama rasanya aku tak masuk lauk dalca ni. Terkedu sekejap nak mengingatkan resepi dalca daging ini. Nasib baik ada cik google. Ehh.. sama saja resepi dalca daging dengan kari daging cuma tambah kacang dal sahaja.

Resepi Dalca Daging Yang Membangkitkan Selera, Sedapnya

Dalca daging biasanya adalah juadah yang kebiasaan di dapati pada majlis kenduri kahwin. Juadah iringan lauk majlis perkahwinan bersama nasi minyak dan ayam masak merah. Ini pasal en. suami dah lama tak menghadiri kenduri kahwin lah ini. Teringin pula dia nak makan lauk orang kahwin. Tapi aku tak adalah nak buat nasi minyak. Masak nasi biasa je!



Daging hendaklah di renih lembut terlebih dulu. Apa lagi, guna pressure cooker lah, cepat sikit kerjanya. Kentang dengan kacang dal pun aku lakukan perkara yang sama. Cuma selepas rebus daging dalam 15 minit. Rebus pula sekali gus kentang dan kacang dal dalam pressure cooker bersama daging selama 3 minit. 

Aku tak masak dalam pressure cooker terus sebab nanti aku nak kena salin juga dalam periuk gulai ini. Jadi lebih mudah aku masak dan tumis dalam periuk di dapur biasa. Seterusnya tuang daging, kentang dan kacang dal dalam periuk di dapur. Ikut kebiasaan seseorrang lah gitu... hehe!

Resepi Dalca Daging Yang Membangkitkan Selera, Sedapnya


Bahan-bahan: 

1/4 kg daging4 biji kentang
1/2 cawan kacang dal
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 paket kecil rempah kari
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan pes asam jawa
1 cawan santan pekat
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji tomato
Air secukup di kehendaki
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Daging di potong kecil dan di bersihkan. Kentang di buang kulit, di potong dan di belah 4 atau 6. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat.

Panaskan periuk bersama dengan 3 sudu besar minyak masak. Tumis bahan yang telah di tumbuk bersama kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

Setelah itu, masukkan cili kisar dan kacua sehingga garing. Masukkan rempah kari dan setengah cawan air. Masukkan juga pes asam jawa. Kacau sehingga garing dan naik minyak. 

Untuk yang masak secara biasa, masukkan daging dan reneh sehingga daging lembut. Apabila daging hampir lembut masukkan kentang dan kacang dal. Tunggu sehingga kentang empuk. Sekiranya kuah menjadi kering, tambah air. Proses ini makan masa 30 minit ke 1 jam jugalah. 

Untuk yang menggunakan pressue cooker, rebus daging menggunakan pressure cooker dengan sedikit air iaitu dalam setengah cawan lebih kurang dalam masa 15 minit. Selepas 15 minit, rebus daging bersama dengan kentang dan  kacang dal dalam anggaran 2 - 3 minit. 

Setelah itu masukkan daging dan kentang serta kacang dal ke dalam ramuan rempah kari yang sedang di reneh atas dapur tadi. Kacau sebati hingga mendidih dan masukkan santan. Waktu ini, kalau nak kuah banyak, boleh tambah air tapi kalau nak pekat tak perlu tambah.

Bila santan dah mendidih, masukkan tomato yang di belah empat atau enam. Bergantung dari besar kecilnya tomato itu. Seterusnya kacau dan biarkan sekejap, bolehlah di angkat.

Sedap ni makan dengan nasi panas. Lebih sedap makan dengan nasi minyak dan juadah iringan jelatah dan ayam masak merah. Sedap dan membangkitkan selera. Bertambah-tambah makan dan seterusnya bertambah berat badan.... hehe!

Nak pelbagai resepi... klik SINI

p/s: Selain masak dalca daging, dalca ayam pun sedap dan membangkitkan selera juga.... :)

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...