04 April 2019

Biodata Pelakon Jelita Kacukan India - Scotland Amelia Henderson

Pelakon Jelita Amelia Henderson ini aku sudah kenal bertahun-tahun dahulu. Dia sudah berlakon sejak masih kanak-kanak lagi. Perkara paling aku ingat dia pernah menghiasi sebuah majalah kanak-kanak 'Bintang Kecil' masa tu. Comel sungguh Amelia Henderson bergambar dalam majalah tu. Terserlah kejelitaannya itu walaupun masih kanak-kanak. 

Biodata Pelakon Jelita  Kacukan India - Scotland Amelia Henderson
Biodata Pelakon Jelita  Kacukan India - Scotland Amelia Henderson 

Apabila sudah dewasa kini, tentulah kejelitaan wajahnya lebih terserlah. Kini dia lebih di kenali ramai dan menjadi pelakon yang sentiasa menghiasi kaca tv. Di sini aku letak serba sedikit biodata tentang Amelia Henderson yang aku kutip di media sosial.

Biodata Pelakon Jelita  Kacukan India - Scotland Amelia Henderson 


- Nama lengkapnya, Amelia Thripura Henderson. Popular menerusi nama Amelia Henderson.

- Lahir pada 20 Oktober 1995 di Ampang, Selangor, Malaysia. Kini berusia 24 tahun (2019).

- Merupakan seorqang pelakon, hos televisyen dan model.

- Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006.

- Berdarah kacukan India dan Scotland.

- Anak kepada pasangan Jaya Rudralingam (ibu) dan Graham L. Henderson (bapa). Ibunya yang berketurunan India dan Sri Lanka merupakan seorang doktor gigi, manakala bapanya yang daripada keturunan Scotland bekerja sebagai arkitek.



- Anak sulung daripada dua beradik. Adik lelakinya bernama Alexander Rudrakeith Henderson.

- Amelia kini sudahpun memeluk Islam menggunakan nama Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah.

- Pada 14 Ogos 2015, beliau mendirikan rumah tangga dengan Tunku Dato' Harrunnarrassheed Putra yang juga merupakan anak kepada Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tunku Tan Sri Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Sir Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna. Perkongsian hidup itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila mereka akhirnya memilih untuk berpisah pada 2018.

- Pembabitannya dalam dunia seni bermula ketika berumur setahun apabila terpilih menjadi model iklan Mothercare.

- Sukakan tarian balet di mana dia menjuarai Kategori 3 program Cecchetti International Summer School yang berlangsung di Melbourne, Australia.

- Amelia yang fasih berbahasa Inggeris dengan slanga British dan Amerika di zaman kanak-kanaknya telah berjaya menempatkan diri di dunia perfileman Amerika Syarikat apabila terpilih menjadi pelakon suara untuk filem animasi terkenal, Barbie In A Christmas Carol.

- Selain itu, dia turut membintangi filem tempatan seperti Talentime, Barbie and the Three Musketeers, Sing Along With Barbie, Pisau Cukur, Seefood, War of the Worlds: Goliath dan Ribbit (alih suara).

- Termasuk drama Keluarga Adam, Kasut Tumit Tinggi, Keluarga Pontimau, Oh My English!: After School, Pengantin 100 Hari, Jangan Benci Cintaku dan Cinta Non Grata.

- Tidak ketinggalan membintangi telefilem Anak Mat Salleh Tapi Melayu, Renjana, DM Hati Awak, 30 Hari Membunuh Cinta dan Nadi Luna.

Selain kejelitaanya yang tak boleh di pertikaikan dan bakat lakonannya, gaya percakapannya Bahasa Melayunya yang masih mempunyai slang Inggeris yang ketara itu saja yang perlu di perbaiki. Suka aku tengok wajahnya yang cantik itu. Buat macam mana pun tetap cantik di pandangan mata. Semoga dia terus sukses  dan menjadi pelakon yang hebat suatu hari annti.

Nak dapatkan informasi terkini di blog ini... klik SINI

p/s: Penggemar setia drama Melayu... Sekarang ni Amelia Henderson hot dengan drama  'Cinta Non Grata"...

#sumber wikipedia

2 comments:

  1. Sekarang duk layan lakonan dia dalam cerita Cinta Non Grata. Cantik sangat dia ni😍

    ReplyDelete
  2. suka sangat dia nih dari dia kecik lg..masa tu dia jd model iklan kodak ke konica ape ntah masa tu... hehe

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...