13 July 2019

Masak Lemak Cili Api Tenggiri Bersama Pegaga Dan Belimbing Buluh, Sedap Wehhh!

Masak lemak cili api lagi untuk kesekian kalinya. Nasib baik sedap dan lazat sentiasa masakan ini. Kali ini masak lemak cili api tenggiri dengan 2 bahan iaitu pegaga dan belimbing buluh. Ikut suka lah en. suami nak gandingkan masakan ikan tenggiri  ini dengan sayur apa-apa saja yang dia suka dan nak makan. 

Masak Lemak Cili Api Tenggiri Bersama Pegaga Dan Belimbing Buluh, Sedap Wehhh!
Masak Lemak Cili Api Tenggiri Bersama Pegaga Dan Belimbing Buluh, Sedap Wehhh!

Pernah aku ceritakan di blog ini yang en. suami aku ni paling suka dengan gulai masak lemak cili api. Dah sampai addict betul dia dengan gulai ini. Selang 2 - 3 hari mesti lauk ini balik yang di mintanya masak. Bertabah sajalah... hihu!

Sudah namanya anak Negeri Sembilan, asyik-asyik nak masak lemak cili api. Itulah en suami yang berasal dari Rembau yang terkenal dengan jolokan daerah beradat di Negeri Sembilan. Mana taknya check up ada kolesterol, asyik makan masakan berlemak saja. Apo nak di kato, makanlah ubat klinik bagi tu... hahaha!



Nak pulak masak extra pedas. Kalau tak terasa pedas, agak kurang kick lah rasanya. Untuk yang tak terbiasa pedas, boleh saja buat kurangkan pedas tu. Kita yang masak dia, ikut tekak kita sendirilah yer. 

Bukan susah pun nak masak lauk masak lemak ini. Campak segala bagai ayam atau daging atau ikan atau jenis-jenis seafood yang ada campur sayur apa pun tak kisah, bersama bahan tumbuk iaitu cili api, isi kunyit dan bawang serta serai yang di titik kedalam periuk. Seterusnya masukkan santan, renih seketika, dah menjadi masakan ini.

Masak Lemak Cili Api Tenggiri Bersama Pegaga Dan Belimbing Buluh, Sedap Wehhh!


Bahan-bahan: 

1 ikan tenggiri sederhana
2 cawan santan pekat
1 ikat pegaga
12 biji belimbing buluh
17 biji cili api
1 inci isi kunyit (besar ibu jari)
2 biji bawang merah (kecil)
1 batang serai
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara: 

Ikan tenggiri di bersihkan dan di potong-potong. Pegaga di bersihkan dari akar dan batang kerasnya dan di basuh bersih. Belimbing buluh di potong pangkal dan hujungnya dan di belah dua.

Cili api di tumbuk bersama isi kunyit hingga lumat. Setelah itu tumbuk lagi bersama bawang merah dan bawang putih. Serai di titik hujungnya dan daun kunyit di carik-carik sahaja.

Selepas tu masukkan bahan tumbuk kedalam periuk bersama serai dan daun kunyit. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Masukkan sekali asam keping. Didihkan periuk bersama bahan-bahan tumbuk. Seterusnya masukkan pegaga dan belimbing buluh.

Sentiasa kacau bahan di dalam periuk untuk mengelakkan santan berketul dan pecah minyak. Setelah mendidih masukkan ikan tenggiri. Masukkan secawan lagi santan serta perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih berkuah, boleh tambah lagi air. 

Masukkan garam dan gula sedikit demi sedikit sambil merasa bahan masakan untuk memastikan mendapat rasa yang bersesuaian. Kacau dengan berhati-hati agar ikan tidak hancur berselerak. 

Apabila ikan menunjukkan tanda masak iaitu mata ikan berwarna putih dan terjojol, bolehlah di angkat. Hidangkan untuk makan tengahari dan malam.

Memang sentiasa sedap masak lemak cili api ini jadi diet mesti terbabas entah ke mana. Aku tahu, akan berpuluh kali lagi atau mungkin beratus-ratus kali lagi aku akan buat masakan ini. Ini dek kerana menjadi kegilaan en. suami. Aku pun sebenarnya suka lauk ni juga tapi gulai tempoyak juga menjadi pilihan teratas... hahaha!

Nak mendapatkan macam-macam resepi di blog ini, kili SINI yer!

p/s: Suka juga masak lemak cili api tempoyak tapi tak dapat nak letak tempoyak sebab en. suami tak makan tempoyak. Jadi tak pernah aku buat gitu... huhu!
  

4 comments:

  1. Sedapnya. Masak lemak ikan tenggiri peberet kita juga. Tq share resepi :)

    ReplyDelete
  2. adumak aiiii... sedap nyer!!!!
    aida ni mcm teringin nak tanam pokok belimbing buluh kat depan rumah ni.
    hmmmmm sgt suka belimbing buluh.

    ReplyDelete
  3. sedapnya masak lemak cili api.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...