02 October 2019

4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Royale Songket Restaurant di Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan tema terbaharu bagi bufet makan malamnya iaitu 4-in-1 Buffet Dinner. Bufet makan malam yang mewah ini mengetengahkan empat tema utama iaitu BBQ dan Grill, Masakan Itali, Makanan Jepun dan menu Kegemaran Malaysia.

4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET
4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET

4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Di sini, terdapat pelbagai pilihan pembuka selera yang boleh didapati di kawasan hidangan pembuka selera dan salad bar seperti Salad, Mixed Lettuce, Tomato, Cucumber, Carrot, Caesar Station, Gherkin, Oliver, Kalamata, Sunday Tomato, Boil Eggs, Croutons, Kidney Bean, Corn, Gado-Gado, Tossed Mozzarella Cheese, Tomato & Basil Salad with Olive Oil, 7 Herbs Dressing dan Condiments.



Tumpuan utama bufet makan malam kami ini semestinya BBQ & Grill di gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station), di mana pengunjung dapat menikmati hidangan seperti Grill Lamb Cutlet, Beef Steak Ribs, BBQ Chicken dan Mini Pizza. Selain itu, pengunjung boleh juga mencuba menu di gerai Seafood on Ice yang menghidangkan Udang Harimau dan Kupang.

HIDANGAN 4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET
HIDANGAN 4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET

Selain daripada gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station) dan seafood on ice, sajian bufet ini turut menghidangkan menu kegemaran Malaysia. Antaranya, Satay Ayam, Ayam Masak Lemak, Dhall Sayur, Nasi Goreng Ayam bersama Sayur dan Kacang Gajus, dan Ikan Goreng Masam dan Manis.

Terdapat juga Gerai Jepun yang semestinya menarik minat pencinta makanan Jepun seperti Sushi, Sashimi, Tempura, Teppanyaki dan Sup Miso. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati masakan Barat seperti Black Pepper Steak, Lamb with Rosemary & Garlic, Grilled Seasonal Squid and Mussel yang boleh didapati di Gerai Grill Section Meat & Seafood.

Masakan Itali yang menjadi salah satu tema bufet makan malam ini juga boleh di dapati di gerai Sri Tanjung BBQ dengan pilihan menu seperti Spaghetti Bolognaise bersama Cream Sauce dan Mexican Nachos. Di gerai ini juga, terdapat pelbagai pilihan masakan lain seperti Arizona Baked Beans, Roasted Potatoes with Capsicum & Cajun Spices, French Fries, Corn on Cobs, Cheezy Meatball, Arabic Shawarma dan Burger Mini. Antara menu lain yang ditawarkan ialah Mee Mongolian BBQ, Udang Maha Celup Tepung dan Ketam Celup Tepung.

DESSERT 4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET
DESSERT 4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET
Bagi menambah kemeriahan pada bufet makan malam ini, kumpulan pastri kami menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut. Antaranya, Coconut Pudding, Chocolate Panna Cotta, Baked Pineapple dan Caramel Tart, Mixed Berry Financiers, Longan & Honeydew Melon Terrine, Chilled Red Bean & Sago Soup, Mango – Mandarian Pudding dan banyak lagi!

4-in-1 Buffet Dinner di Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam berlangsung pada setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Harga yang ditawarkan ialah RM 95.00+ bagi seorang dewasa, manakala, RM47.00+ bagi setiap kanak-kanak dari umur 4 tahun hingga 11 tahun.

FLYERS 4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET
FLYERS 4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi:

Telepemasaran:
03-55111833 sambungan. 2723, 2724, 2606

Email: 
telemarketing@bluewavehotels.com. 

Laman web: 
www.bluewavehotels.com 

Info secara ringkas seterusnya:

Harga:
RM95.00+ setiap dewasa, RM47.00+ for children

Hari:
Jumaat dan Sabtu

Masa:
6.30pm – 10.30pm

Tempat:
Royale Songket Restaurant, Tingkat G

Pengurus Hotel:
Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim

Chef (Senior Chef De Cuisine):
Chef Al-Hafiz Bin Redzuan

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...