03 October 2019

Resepi Pasta Spiral Carbonara Yang Tak Jemu Anak2 Minta Di Buatkan...

Masakan ala-ala Itali yang sering anak-anak minta di buatkan ini dah di transformasi dengan bahan-bahan yang mudah di dapati dan murah saja. Bercitarasa bajet sangat gayanya tapi masih mengekalkan rasa sedap. Resepi pasta spiral carbonara di beri nama. Kalau menggunakan pasta lain, lain pulalah namanya. Tak kisahlah nak guna pasta yang mana, ikutlah saja. Apapun kali ini aku guna pasta sprial untuk menjadikannya pasta spiral carbonara... huh!

Pasta Spiral Carbonara Yang Tak Jemu Anak2 Minta Di Buatkan...
Pasta Spiral Carbonara Yang Tak Jemu Anak2 Minta Di Buatkan...

Aku dah lupa bila aku buat ni, tapi rasanya bulan puasa ari tu. Fuh! lamanya gambar di peram dalam handphone aku ni. Banyak lagi gambar yang tak di jadikan entri. Tunggulah ada masa, aku buat danjadikan entri satu persatu. Tengok gambar saja, hati dah jadi teringin nak pergi buat balik. nanti aku nak kumpul bahannya... haihh!



Resepi mudah saja, tak ada pakai krim bagai. Aku ganti dengan susu cair @ susu sejat saja. Buat ikut tekak orang Melayu, letak cili merah campur sikit cili api. Lada benggala tolak tepi @ tak pernah aku beli. Letak batang dan daun sup sikit nak bagi bau wangi dan sedap. Yang lain-lain tu macam biasalah jer.

Resepi Pasta Spiral Carbonara Yang Tak Jemu Anak2 Minta Di Buatkan...


Bahan-bahan:

1 paket pasta spiral
5 batang sosej 
1 tin cendawan butang 
1 batang lobak merah
2 biji cili merah
2 biji cili api  
2 biji tomato 
2 biji bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 tin susu cair 
1 sudu makan serbuk lada hitam 
3 keping kepingan cheese 
1 ketul kiub ayam 
1 sudu makan oregano 
3 tangkai pokok daun sup
Garam secukup rasa 
Minyak masak secukupnya. 

Cara2 : 

Pasta spiral  direbus sehingg lembut bersama sesudu kecil minyak masak dan secubit garam.Toskan tetapi sedikit air rebusan jangan buang. Ia di gunakan untuk dimasukkan dalam masakan nanti. Ambil dan ketepikan. 

Bawang putih di cincang halus. Bawang besar, cili merah dan tomato dipotong dadu. Sosej dan cendawan dihiris kecil. Lobak merah di parut kasar. Batang dan daun sup di hiris halus.

Tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan sosej, tomato, bawang besar, cendawan, lobak merah, cili merah dan cili api.

Kacau rata. Lepas tu masukkan susu cair. Masukkan juga serbuk lada hitam, oregano dan kiub ayam. Jika kuah kering, masukkan sedikit air rebusan pasta. Kalau nak nampak cair, boleh letak air lagi. 

Masukkan cheese yang telah disiat. Kacau sehingga sebati. Masukkan pasta spiral yang telah direbus lembut. Seterusnya masukkan batang dan daun sup. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.

Kalau nak asingkan kuah pasta carbonara pun boleh. Pasta tu digaul dengan sedikit minyak masak untuk mengelakkan ia melekat. Nak makan, baru letak pasta dalam pinggan dan tuang kuah atasnya.

Resepi yang sangat biasa aku buat. Kalau makan di restoran, mahal nak mati tu. Bukanlah sesedap masakan restoran tu, tapi memadailah dengan rasanya untuk tekak anak-anak aku. Kalau tidak, kopak duit di buatnya. Kiranya hanya resepi campak-campak tapi menjadi kesukaan anak-anak aku dan menjadi peberet diorang. Huihhh!!

Nak dapatkan banyak lagi resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Kengkadang aku buat ni untuk anak-anak tapi tak boleh buat selalu. Letih sebab en. suami tak makan makanan barat, kena masak lauk lain lagi... huh!!

4 comments:

  1. anak ammi pun memang gemar carbonara. selalunya ammi gaulkan je terus pasta & gravynya. Malas nak berkecah2 atas meja makan punya konsep.

    ReplyDelete
  2. Adehhh sedapnya. tetiba teringin nak makan carbonara. Terasa dkt tekak ni huhuhuu

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. Kalau dekat rumah xleh buat kita sorg jer makan hahaha

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...