08 October 2019

Lidah Buaya Sangat Efektif Merawat Masalah Kulit Dan Sesuai Di Gunakan Untuk Kecantikan Wajah

Di waktu kecil aku dah kenal pokok lidah buaya. Namun pada masa tu ingatkan pokok ini boleh membuatkan gatal jika terkena lendir dari dalam daunnya. Ingatkan merbahaya lah sangat. Rupanya lidah buaya sangat efektif merawat masalah kulit dan sesuai di gunakan untuk kecantikan wajah. Baru ku tahu apabila sewaktu remaja dapt tahu di majalah lendir lidah buaya ini bagus untuk merawat masalah kulit.

Lidah Buaya Sangat Efektif Merawat Masalah Kulit Dan Sesuai Di Gunakan Untuk Kecantikan Wajah
Lidah Buaya Sangat Efektif Merawat Masalah Kulit Dan Sesuai Di Gunakan Untuk Kecantikan Wajah

Aku dan adik perempuan mula letak di kulit wajah lendir lidah buaya ini tapi emak sangat risau sebab sejak dulu dia tak tau bagusnya lidah buaya ini. Ingatkan dulu-dulu katanya lendir lidah buaya itu boleh membuatkan kulit rosak jika terkena. Bukan semua berfikir begitu, ada juga yang tau lidah buaya ini berkhasiat dan telah di gunakan dalam perawatan tradisional.

Lidah buaya ini adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe yang terdapat dalam dunia.Ia  juga adalah antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam rumah seperti ruang tamu dan bilik tidur. Cantik sebagai hiasan dan bermanafaat untuk kecantikan dan kesihatan.



Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Selain itu, pokok herba ini juga sangat terkenal dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walau bagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia. Ketahui khasiat dan kelebihan lidah buaya kepada yang menggunakannya:

Lidah Buaya Sangat Efektif Merawat Masalah Kulit Dan Sesuai Di Gunakan Untuk Kecantikan Wajah


PELEMBAP
Gantikan moistoriser anda dengan gel lidah buaya sebelum mengenakan mekap. Ia mampu mencegah kulit dari kekeringan. Bagi lelaki pula, gunakan gel lidah buaya sebelum bercukur kerana ia mampu membantu merawat luka kecil ketika bercukur.

ANTI PENUAAN
Vitamin C dan E dalam gel lidah buaya mampu merawat kulit secara semulajadi dan menjaga dari terhidrat. Jadi, boleh di sapukan ke seluruh badan juga.

SINARAN MATAHARI
Setelah seharian kulit terdedah ketika berjemur di pantai, rawat kulit anda dengan menyapu gel lidah buaya. Ia mampu memberi kelembapan pada kulit yang terdedah dengan sinaran matahari. 

KESUBURAN RAMBUT
Secara tradisionalnya, lendir lidah buaya digunakan untuk menyuburkan rambut dengan menyapu pada kulit kepala secara berkala. Kemudian bilas rambut anda dengan bersih.

Banyak lagi kegunaan dan kebaikan lidah buaya ini. Jus lidah buaya pun boleh di buat untuk mendapatkan khasiatnya yang boleh merawat bahagian dalaman tubuh. Boleh di jadikan makanan berkhasiat juga apabila di campur dengan agar-agar untuk membuat puding dan juga di buat bubur. Di campur bersama madu pun boleh untuk di minum. 

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Nanti mesti nak tanam pokok kidah buaya ini untuk memdapatkan manafaatnya. Cantik juga di jadikan hiasan.

2 comments:

  1. teringat masa kecik pernah terkena air panas kat tangan dan badan. Arwah ayah memang lumurkan badan tu dengan lendir aloe vera. Tapi busuknya la hai bau yg original tu.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...