14 October 2019

7 Resepi Ayam Goreng Pelbagai Citarasa Yang Sedap...

Sudah jemu dengan resepi ayam goreng yang biasanya aku masak di rumah. Aku nak memcuba memasak variasi lain pula. Jadi aku godeklah facebook untuk mencari resepi ayam goreng. kalaulah ada yang berlainan dari yang biasa aku masak dan makan. Banyak rupanya resepi itu. Eloklah aku abadikan di blog ini untuk memudahkan aku menggunakannya nanti.

Gambar 7 Resepi  Ayam Goreng  Pelbagai Citarasa Yang Sedap...
Gambar 7 Resepi  Ayam Goreng  Pelbagai Citarasa Yang Sedap...

Ayam goreng tak pernah tidak menjadi makanan kegemaran seisi keluarga kami. Hari-hari ayam goreng pun tak apa, kata anak-anak. Apapun kenalah sekali sekala buat ayam goreng versi berlainan sikit. Barulah nampak kerajinan aku ini. Kalau tidak ayam goreng togel itu sajalah... kan!



Zaman ini ikan di pasar sekilo adalah lebih mahal dari seekor ayam. Jadi, lebih mudah makanlah lauk ayam. Sesekali sajalah masak lauk ikan. Itu pun apabila sudah terlampau muak makan lauk ayam. Sebelum menjadi muak, pelbagaikanlah versi masakan ayam ini. Barulah rasanya umpph!

7 Resepi  Ayam Goreng  Pelbagai Citarasa Yang Sedap...


- 1 - Ayam Goreng Mamak Style

#sumber page koleksi resepi masakan ayam

Bahan:
1 ekor ayam
4 ulas baang putih
2 inci halia
6 sudu besar serbuk kari
7 tangkai cili kering (rebus dahulu)
1 biji telur
**Blend kesemua bahan di atas

5 sb tepung jagung
5 sudu besar tepung beras
4 tangkai daun kari
Sedikit garam (sapu pada ayam)

Cara: 
Satukan kesemua bahan di atas. gaul sebati dan perap selama 30 minit atau 1jam. Goreng di dalam minyak yang betul-betul panas dan banyak. 

- 2 - Ayam Goreng Kunyit Sedap

#sumber page resepi si nenek

Bahan:
300 gram ayam - bahagian dada
2 ulas bawang putih - hiris nipis
2 senduk minyak masak
4 batang kacang panjang - potong 2 inci
1 biji bawang merah - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar - hiris nipis

Cara:
Potong dada ayam pada iub kecil, selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. perap selama kurang lebih 5 minit. Selanjutnya panaskan minyak dalam kuali dan goreng dada ayam diatas apai besar. kacau dengan kerap supaya tidak hangus dan keras. selepas itu masukan bawang merah dan bawang putih dan teruskan mengacau.
Bila ayam dah hampir masak masukan bawang besar, kacang panjang, dan cili merah. taburkan dengan sedikit gula dan kacau selama 1 minit. angkat dan hidangkan.

- 3 - Ayam Goreng Kari + Kentang

#sumber resepi panas

1 ekor ayam - dilumur garam kunyit (goreng)
bawang merah
bawang putih
halia
cili padi
serai
daun kari
bawang holland
rempah kari daging adabi + kari ikan babas
Ubi kentang-potong wedges ( goreng)
Sedikit air asam jawa - jika suka
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara: 
Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris nipis. Ketepikan separuh untuk menumis. Separuh lagi di blender bersama cili padi. Bawang holland di hiris membulat. Serai pula di ketuk. 

Tumis lebihan bawang, merah, bawang putih,halia, serai, daun kari dan bawang holland sehingga kekunigan dan wangi.  Masukkan bahan yang di blender tadi dan air asam jawa. Tak nak letak pun tak apa. 

Tumis sampai garing. Seterusnya masukkan rempah kari daging dan kari ikan. Kacau lagi sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. 

Masukkan kentang dan seterusnya ayam. Kacau sebati, kemudian bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Kredit: Cahaya Kasih Firdausi‎

- 4 - Ayam Goreng Pedas

#sumber page resepi citarasaku

1 ekor ayam (letak garam kunyit n goreng)
Bawang putih 6-8 ulas
Cili padi merah 6-8 biji ikut suka nk pdas melahar buh lah 20 bijik! 
Cili merah 3 biji (resepi asal xbuh nie sdri edit durhaka pd resepi asal) 
(Bawang putih n cili nie tumbuk kasar jgn lumat)
Bawang merah 4-5 biji  (mayang)
Garam, gula, maggi ckup rasa
Asam limau skit. Td guna limau nipis jer. Resepi asal guna limau kasturi.
Daun bwg/ daun kucai. Mana ² ikut suka. Xde kalu xsah buh. Haha

Cara:
Panaskn minyak, tumis bahan yang dh ditumbuk. Masak sampai cili tu betul-betul masak kang tak masak sakit perut kau! Hakak x tggjwb! 

Dah masak cili, bubuh bwg besar, bubuh garam, gula, maggi ckup rasa. Pastu msukkn ayam yang dah digoreng tadi tu. Pstu perahkan asam limau sikit. Siap!

Daun kucai sbg hiasan cuma...

Sumber FB : Credit utk cik puan yg empunya resepi; Noor Haffiza.

- 5 - Ayam Goreng Berempah Daun Kari

#sumber page ibu resepi

Bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara:
Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

Ayam yang telah siap digaul dgn bahan kisar dan daun kari.

- 6 - Ayam Goreng Ala-ala KFC

#sumber page my resepi

Bahan  untuk diperap:
1 ekor ayam
2 sudu serbuk cili atau chilli flakes⁰1 labu atau dlm 10 ulas bawang putih ditumbuk⁰1 sudu lada hitam
1 sudu lada sulah⁰1 sudu serbuk pasti sedap knorr atau secukup rasa maggi atau sedikit ajinomoto⁰2 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonate⁰- 2 sudu sebuk kari ikan⁰
1 s├╣du cuka atau 1 sudu limau nipis ( utk ayam juicy di dalam rangup di luar)
Gaul rata ayam bersama bahan yg sudah disiapkan, perap⁰ ayam selama 30 minit.

Bahan untuk salut tepung pada ayam:
3 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
secubit bikarbonat of soda
1 sudu serbuk cili (mengikut citarasa anda)
1 biji telur – pukul telur secara berasingan

Langkah seterusnya :
Goreng deep fry. Gunakan kuali yang kecil untuk penjimatan minyak. Biarkan api sederhana dan goreng sehingga kekuningan.

Ok siapppp! Ayam goreng ala kfc ranggup diluar, juicy didalam.
Selamat mencuba!!

Kredit: Khairunnaim5 (twitter)

- 7 -  Ayam Goreng Berlada

#sumber ayam goreng berlada garing page

Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong 8 bahagian - perap seketika dengan 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh serbuk kunyit
5 helai daun limau purut
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 batang serai - dititik
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar (jangan terlalu halus):
10 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 cm halia

Cara:
Goreng daging ayam hingga separuh masak. Gunakan 4 sudu makan minyak bekas gorengan ayam tadi, dan tumis bahan kisar.

Masukkan serai dan terus tumis hingga pecah minyak. Masukkan ayam goreng dan bancuhan air asam jawa. Masak dengan api sederhana panas sehingga kuah lada menjadi pekat dan daging ayam masak sempurna.

Masukkan bawang besar daun limau purut, garam / gula / perasa pilihan. Gaul seketika sehingga daun limau purut mengeluarkan aroma dan berubah warna. Boleh diangkat dandi hidangkan.

Inilah kesemua 7 resepi ayam goreng yang dapat ku cari setakat ini. Ada resepi yang biasa-biasa saja dan ada juga resepi yang nampak sedap dan sewajarnya di cuba. Apapun di lain waktu aku nak cari lagi pelbagai resepi yang boleh di letakkan dalam blog aku ni sebagai rujukan.

p/s: Kalau nak resepi yang aku buat dan ada yang aku kumpul di blog... boleh klik link, SINI

p/s: Sejak ada media sosial dah tak ada lagi aku nak rajin beli buku resepi di kedai buku. Buku resepi berkepuk aku di rak dah berhabuk tak bertengok... lahai!!!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...