27 December 2019

Kisah Aku Mengenal Dunia Blogger Melalui Blog Masakan Hampir 10 Tahun Dulu...

Aku bermula mengenal internet apabila mendapat sebuah laptop dan broadband pada tahun 2010. Itupun kerana aku dan en. suami waktu itu memulakan sebuah perniagaan yang kini telah pun di tamatkan tak berapa lama selepas itu. Rentetan dari itu aku mula mengenal dunia blogger secara tak sengaja. Aku mengenal dunia blogger melalui blog masakan hampir 10 tahun lalu.

 Dunia Blogger Melalui Blog Masakan..
 Dunia Blogger Melalui Blog Masakan..

Waktu itu aku walaupun sibuk dengan perniagaan yang di ceburi, masih seorang suri rumah yang perlu memasak untuk keluarga. Jadi resepi dan masakan tidak dapat di pisahkan dari aku sehingga kini. Rajin menggodek resepi baru dan mencuba pelbagai resepi waktu itu membuatkan aku terjebak dengan dunia blogger masakan.



Masa tu aku dapat merasakan aura dunia blogger masakan begitu kuat. Apa tidaknya, apabila yang seseorang post resepi baru, berduyun-duyun geng blogger masakan lain komen. Mereka ini bukannya kenal pun tapi berbincang pasal masakan bagaikan sudah kenal lama. Itu yang menyeronokkan dan tak kedekut langsung dengan ilmu masakam. Walaubagaimanapun pun aku sebenarnya lebih kepada cctv sahaja.

Kisah Aku Mengenal Dunia Blogger Melalui Blog Masakan Hampir 10 Tahun Dulu...


Sekadar menyebut beberapa nama blog yang kini sudah tak aktif lagi seperti secubit garam,dapur mamasya, dari dapur madiha, anna qaseh azzahra, sinar kehidupan, dapur ku sayang dan banyak lagi tak terkirakan. Kini blog-blog itu masih wujud tapi sudah tidak berupdate lagi. Mungkin masa mereka telah berlalu tapi tetap menjadi kenangan untuk aku yang banyak belajar resepi dan masakan dari mereka. 

Kini zaman telah berubah. Blog masih wujud dan blog masakan pun berlambak tumbuh macam cendawan selepas hujan. Tapi aura blog masakan sudah tidak seperti dulu. Masa tu kalau kongsi resepi, betul-betul hanya nawaitunya ikhlas semata. Kini untuk mengejar pengunjung dan pageview. Dulu tak kisah mengejar pendapatan dari blog. Sekarang itu yang utama... hehe!

Dulu ada satu laman blog untuk kongsi resepi. Kalau kongsi resepi di situ, berduyun-duyun menarik orang melihat resepi di blog. Blog tu wujud lagi tapi sudah tak berfungsi untuk di kongsi resepi terkini. Blog masakan, bagaimanapun tetap releven dengan dunia semasa sebab resepi sentiasa di cari apabila nak di gunakan.

Aku ada sebuah blog yang di khususkan hanya untuk resepi masakan sahaja. Itu blog aku yang mula- mula aku buat pada tahun 2010. Masih ada hingga kini namun jarang aku update. Namun blog itu masih menjadi kesayangan dan kenangan untuk aku. Blog itu sudah melalui tranformasi dari template biasa kepada template yang lebh responsive dan mudah di lihat di telefon pintar. 

Blog itu akan kekal terus blospot.com sahaja sebab aku nak ia terus kekal sampai bila-bila selagi google dan internet wujud. Itu blog kenangan bagaimana payahnya aku nak mengambil gambar.masakan  masa tu. Pakai kamera kecil yang kelam sahaja gambarnya. Bateri guna bateri biasa saiz AA dan cepat sangat habis. pula tu. Masak kuih apam bantat pun aku letak saja gambar di blog.. haha!

Kini aku berblog dengan blog ini yang lebih menjurus kepada blog yang aku masukkan macam-macam perkara selain resepi masakan. Lebih kepada personal dan gaya hidup macam tu lah. Sekali sekala buat review produk atau makanan. tapi tak selalu kerana aku tak aktif macam para blogger lain yang rajin pergi event dan mendapat review. Macam blog aku ni, aku nak santai-santai dan suka-suka saja dalam penulisan blog. Barulah tak ada tekanan dan hati pun lapang saja.

Nak dapatkan informasi di blog ini klik SINI

p/s: Blogger masakan yang masih ada dari mula aku berblog, mat gebu yang di kenali ramai itulah... hmmm!

#pic fr google

5 comments:

  1. Betul.. Sekarang ramai terlalu kejarkan pendapatan. Memanglah duit tu penting sekarang. Tapi engagement antara kawan-kawan juga penting untuk ikatan ukhuwah. LeYa pun masih aktif sehingga kini (2008-2019)

    ReplyDelete
  2. Nanti Rabia boleh tengok resepi masakan akak masak. Hehe Rabia slow2 nk belajar memasak ni

    ReplyDelete
  3. suka baca entry throwbackmacamana blogger mula menceburkan diri. macam saya pulak sebab terpengaruh dengan ex boss. Tapi tulah zaman kegemilangan blog dah x semeriah dulu

    ReplyDelete
  4. Blog yang santai ni biasanya lagi seronok baca sebab penulis mmg nak share pengalaman/cerita. Apa pun, teruskanlah perjuangan sebagai seorang blogger!

    ReplyDelete
  5. sy dulu kenal blog dr officemate..seronok blogging bkn sbb pendapatan sgt tp sbb suke nak share somethig n merepek meraban dlm blog..bila ade engagement tu yg lg seronok kan :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...