10 December 2019

Nak Belajar Cara Penanaman Pokok Buah Naga

Kali ini aku nak cari informasi cara penanaman pokok buah naga. Bukanlah  nak buka ladang pokok buah naga. Cuma nak menanam 2 -3 pokok untuk makan sendiri. Benihnya iaitu batang pokok sudah ada. Sudah bertunas serba sedikit sekarang ini. Jadi aku nak pindahkan ke tempat yang kekal untuk meneruskan pertumbuhannya. Itu yang aku nak belajar cara penanaman pokok buah naga dengan betul tu.

Nak Belajar Cara Penanaman Pokok  Buah Naga
Nak Belajar Cara Penanaman Pokok  Buah Naga

Sedikit info temtang buah naga yang aku kutip dari internet, buah naga adalah sumber makanan berkhasiat yang semakin popular di negara Asia termasuk Malaysia serta mempunyai manfaat bagi kesihatan manusia di antaranya sebagai pengimbang kadar gula darah, pelindung kesihatan mulut, pencegah kanser usus, mengurangi kolestrol, pencegah pendarahan dan mengubati keputihan. Buah naga juga dikenali dengan nama pitaya, ada kalanya mempunyai rasa manis atau masam mengikut jenisnya. Walaupun ia buah eksotik, buah naga selamat dimakan oleh ibu hamil dan ibu menyusukan bayi di samping mengandungi vitamin C, kaya dengan asid lemak serta fosforus.

Nak Belajar Cara Penanaman Pokok  Buah Naga


- 1 - Penyediaan tanah
Tanah perlu digembur terlebih dahulu. Ini kerana, tanah yang keras dan liat akan menyebabkan akar tidak mampu berpegang pada tanah. Tanah juga perlu dibersihkan daripada akar-akar rumput bagi mengelakkan penyakit. pH tanah yang sesuai bagi tanaman ini ialah 5 hingga 7. Aku nak tanam dalam polibeg besar sebab tanah keras semacam selepas di tambak dengan batu konkrit dan tanah merah. Biarkan akar merayap sendiri dalam tanah nanti. 

- 2 - Sistem pengairan
Tanaman memerlukan bekalan air yang cukup. Sistem pengairan yang biasa diaplikasikan bagi tanaman ini adalah sistem pengairan atas tanah dan sprinkler. Kalau bukan nak buat ladang berskala besar, siram macam biasa apabila di perlukan.



- 3 - Penanaman
Proses awal bagi mendapatkan anak pokok adalah dengan kaedah menyemai benih di dalam medium polybag yang terdiri dari campuran tanah dengan pasir dan juga tinja haiwan (nibah 1:1:1). Setelah berumur kurang lebih 3 bulan, anak pokok tersebut sudah boleh dipindahkan ke ladang. Tanaman ini boleh diusahakan dengan dua sistem penanaman iaitu sistem tunggal dan sistem kelompok. Sistem tunggal dilakukan dengan menggunakan satu tiang panjatan. Pada tiang panjatan tersebut ditanam tiga atau anak pokok. Anak pokok yang ditanam perlu betul-betul rapat pada tiang panjatan sedalam 5-7 cm dan perlu diikat kuat pada tiang panjatan menggunakan tali raffia atau mengguanakan kawat supaya anak pokok tidak jatuh. Simpan data ni kat sini, sebenarnya aku ada benuh dari keratan batang saja.

Contoh tiang panjatan /sokongan Cara Penanaman Pokok  Buah Naga
Contoh tiang panjatan /sokongan Cara Penanaman Pokok  Buah Naga


- 4 - Tiang Panjatan / Sokongan
Sistem kelompok dilakukan dengan menggunakan dua atau lebih tiang panjatan. Tiang panjatan ini dibuat mirip dengan tiang untuk menjemur pakaian dengan panjang 4 m yang dapat menampung 20-26 tanaman buah naga. Jarak tanam antara baris 30 cm dan antara tanaman dalam baris juga 30 cm. Anak pokok dirapatkan dan diikat pada tiang panjatan seperti penanaman buah naga sistem tunggal. Nak buat cara ini. Guna material apa, belum tahu samaada konkrit atau kayu.

- 5 - Pembajaan
Baja harus diberikan 3 bulan sekali. Seeloknya di berikan baja organik. Membaja dengan tinja haiwan adalah yang paling baik kerana pokok ini alah dengan baja kimia. sekiranya di bajai dengan berlebihan. 

Bentuk dan rupa pokok naga berbeza dari kebanyakan pokok menjadikan ianya unik dan cantik jika dijadikan juga sebagai tanaman hiasan di halaman rumah atau taman mini. Ini yang aku nak buat untuk memeriahkan halaman rumah nanti. Pokok buah naga berbuah apabila berumur 7 – 12 bulan selepas ditanam. Jangka masa dari pengeluaran kudup bunga sehingga buah boleh dipetik adalah di antara 50 – 53 hari. Tak sabar pula nak tengok hasilnya berbuah nanti. Walhal pokok baru di semai.... hahaha!

Benih pokok naga aku : Cara Penanaman Pokok  Buah Naga
Benih pokok naga aku : Cara Penanaman Pokok  Buah Naga

Benih pokok yang aku ada ni dari varieti merah atau ungu. Tak sabar nak menanam dan membelai pokok ini dan seterusnya membelai pokok-pokok.  Aku penggemar buah ni yang sedap dan berjus yang amat. So yummmy!!!

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog, klik SINI

p/s:  Persiapan nak pindah pun baru bersiap-siap. tak sabarnyaaaaa!!!

8 comments:

  1. Wah..nanti dah pindah dan dah subur akak update lagi ye...menarik..tanam pkok buah naga ni perlu kesabaran kan kak...

    ReplyDelete
  2. buah fav anak-anak. Thanks share info boleh try tanam sendiri pulak lepas ne

    ReplyDelete
  3. mak pun frust nak tanam pokok ni. dia tanam pokok lain semua menjadi. sekali pokok naga tak menjadi. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Mudah2an hidup subur dan banyak hasilnya nanti

    ReplyDelete
  5. Buah naga ungu manis! Sedapnya. Memang selalu kalau cari buah naga, cari yg hat merah/ungu ja. Nanti update lg perkembangan pokok ye.

    ReplyDelete
  6. pernah jugak cuba nak tanam, tapi tak pernah menjadi. Rupanya taktahu cara. Thank you for sharing this info tau. Lepas ni boleh cuba tanam lagi..

    ReplyDelete
  7. Wahhhh.. lepas ni tak perlu beli-beli lagi da ~

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/12/5-tabung-kewangan-wajib-ada-selepas-bernikah.html

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...