05 December 2019

Petua Kurangkan Pahit Pucuk Betik Untuk Di Jadikan Sayur

Pucuk betik sudah lama di ketahui sedap di jadikan sebagai sayuran dan di makan berulam bersama nasi yang di cicah dengan sambal belacan, budu ataupun cencaluk. Boleh juga di pelbagaikan dengan di buat kerabu dan juga pecal. Seperti yang di ketahui juga, pucuk betik ini sangatlah pahit. Jadi, di sini aku nak kongsikan beberapa petua kurangkan pahit pucuk betik. Selepas menggunakan petua kurangkan pahit pucuk betik, rasanya akan menjadi tidak terlalu pahit dan akan timbul rasa pahit-pahit sedap tu!!!

Petua Kurangkan Pahit Pucuk Betik Untuk Di Jadikan Sayur
Petua Kurangkan Pahit Pucuk Betik Untuk Di Jadikan Sayur

Di katakan pucuk betik yang dari pokok betik jantan adalah lebih sedap.Tetapi pucuk betik biasa bersekali dengan bunga betik yang hampir menjadi buah pun sedap dan boleh juga. Pokok betik jantan adalah pokok betik yang tidak mengeluarkan buah tetapi hanya berbunga sahaja. Pokok betik jantan lah kebiasaanya orang buat sayur... haihh!



Pucuk betik sangat bagus untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, membuang toksik dalam badan serta mampu menjadi awet muda. Jangan tak tau, pucuk betik antara ulaman yang disukai ramai tapi kalau tak kena cara akan pahit. Mesti ada caranya untuk mengurangkan pahit. Kalau tidak  tak tertahan dek tekak... hehe...

Petua Kurangkan Pahit Pucuk Betik Untuk Di Jadikan Sayur


- 1 - Celur bunga/daun betik dengan air basuhan beras ke-2. tambahkan sedikit garam didalam air rebusan.

- 2 -  Rebus bunga betik bersama beberapa keping asam keping. Rebus sehingga bunga betik bertukar menjadi kekuningan dan toskan air nya.

- 3 -  Rebus bunga atau daun betik bersama-sama daun jambu batu dicampurkan asam gelugur dan sedikit garam kasar sehingga warna kekuningan.

- 4 - Rebus bunga atau daun betik bersama-sama daun senduduk. Daun senduduk ni tak boleh di buat sayur. Lepas rebus asingkan pucuk betik dari daun senduduk. Banyak tumbuh di belukar kecil.

- 5 - Boleh juga rebus daun betik bersama pucuk ubi untuk hilangkan rasa pahitnya.

- 6 -  Satu lagi petua rebus pucuk betik bersama buah terung pipit @ terung rembang. Terung pipit  rebus juga sedap di cicah sambal belacan.

Bila  di rebus dan untuk kekalkan warna hijau asli daun betik,  masukan garam dan gula kedalam air mendidih, kemudian baru masukan pucuk betik, pucuk betik tidak akan layu malah warna hijau akan terus kekal cantik. Pucuk betik ini adalah milk booster atau bahan memperbanyakkan susu badan paling ampuh untuk ibu yang baru melahirkan.... tau!

Nak dapatkan informasi terkini di blog ini, klik SINI

p/s; Nak tanam pokok betik banyak-banyak. Nak makan ulam pucuk betik nanti.... huhu!

6 comments:

  1. aida x pandai makan pucuk betik ni, akma.
    mak abah reti lah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Saya jarang makan pucuk betik ni

    ReplyDelete
  3. oh kak belum penah makan lagi la pucuk betik ni, hehe

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi makan pucuk betik ni..tapi kalau masak betik muda, adalah... :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...