16 March 2020

BERBUKA PUASA & MENANG SEMASA BUFET RAMADAN AL-KAREEM 2020 “HOUSE OF SMOKE AND GRILL” DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) sekali lagi mengalu-alukan kedatangan Bulan Suci Ramadan dengan hidangan bufet yang amat menarik bersama lebih 100 jenis hidangan tempatan dan antarabangsa serta terdapat 16 jenis gerai. Tahun ini, Bufet Ramadan di Restoran Royale Songket, GBWHSA menampilkan tema “House of Smoke & Grill”.

BUFET RAMADAN AL-KAREEM 2020 “HOUSE OF SMOKE AND GRILL” DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
BUFET RAMADAN AL-KAREEM 2020 “HOUSE OF SMOKE AND GRILL” DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Bufet iftar ini menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan yang akan bertukar setiap hari. Antara masakan tempatan yang boleh dinikmati ialah Nasi Putih, Nasi Kukus Pilaf Mentega, Nasi Kukus Lentil Mentega, Nasi Kukus Mentega, Lebanese Chicken & Char Grilled Vegetable, Ayam Bakar bersama Sos Cendawan, Sambal Tumis Udang bersama Petai, Rendang Tok Daging, Pizza, Udang Masak Kelio, Gulai Ikan Ala Kampung dan pelbagai lagi masakan untuk dicuba!

BERBUKA PUASA & MENANG SEMASA BUFET RAMADAN AL-KAREEM 2020 “HOUSE OF SMOKE AND GRILL” DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM


Tambahan lagi, terdapat masakan Pilihan Antarabangsa iaitu Assortment Garden Salad, Salad Tuna, Salad Ayam Panggang, Salad Tabbouleh, Coleslaw, Salad Makaroni Klasik, pilihan sos dan Seafood on Ice; Kupang, Udang dan Ketam. Tetamu juga boleh mencuba makanan Pilihan Tempatan seperti Ulam-ulam bersama 6 jenis Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Assam dan 4 jenis Raita, Jeruk Buah-Buahan, Aneka Keropok, Lemang, Ketupat, Nasi Impit bersama Kuah Kacang & Serunding Ayam, Kerabu Ayam, Kacang Botol, Jantung Pisang, dan Kacang Panjang & Som Tham.



Selain itu. tetamu juga boleh melihat barisan 16 gerai yang menampilkan konsep yang berbeza semasa iftar nanti. Antara gerai yang boleh dikunjungi ialah “Must Try Nasi Kandar”, “Ramadhan House of Smoke & Grill”, “Wagon from Texas”, “Wok with Me”, “The Asian Fritters”, “The Penang Street”, “Oriental Favourite”, “Something Sweet”, “Sahara Tent”, “Seafood on the Grill”, “Oishii!!!”, “Noodle Galore”, “Little India”, “The Hot Pot”, “Italian Memories” dan “Bazar Favourite”.

Tarikan utama Bufet Ramadan kali ini ialah gerai “House of Smoke & Grill” kami yang juga merupakan konsep utama Bufet Ramadan kali ini. Di gerai ini, tetamu berpeluang mencuba masakan istimewa kami iaitu Smoke Hickory Roasted Whole Lamb bersama Sayur Panggang, Lada Hitam, Rosemary, Cendawan dan Sos Pudina.

Antara hidangan lain yang menjadi kegemaran ramai ialah Nasi Kandar bersama Daging Masak Hitam Mamak, Ayam Goreng Berempah Madu, Kari Ikan Berbendi, Dhalca Sayur, Kobis Koot, Acar Buah, Acar Timun dan Papadom Massala.

Terdapat juga pelbagai gerai sepanjang lobi yang menawarkan pelbagai masakan panas serta aneka masakan yang terdiri daripada pelbagai konsep. Antara menu yang boleh dinikmati tetamu adalah Burger, Mee Goreng Mamak, Yong Tau Foo bersama Sotong Kangkong, Nasi Ayam Hainan, ABC, Nasi Arab, Ayam Mandy, Ikan Merah Panggang, makanan Jepun seperti Sushi, Maki, Terriyaki, pelbagai jenis Laksa, Murtabak Ayam, Roti Bom, Roti Jala, Sup Ayam Utara, Bubur Lambuk, Pasta, Roti John dan pelbagai lagi boleh dicuba.



Antara lain yang dinanti-nantikan semasa berbuka puasa selepas seharian menahan lapar dan dahaga, tentulah pilihan minuman. Terdapat dua gerai minuman iaitu Minuman Panas danMinuman Sejuk. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba minuman-minuman seperti Kopi O Kampung, Teh Tarik Penang, Nescafe Tarik, Air Soya, Tebu, Bandung Cincau, Jagung Manis, Mangga, Blue Lime Soda, Coklat Ais and Air minuman berperisa.



Selain dari hidangan buffet yang membangkitkan selera, tetamu juga berpeluang mencuba pemanis mulut yang lazat. Chef Pastri kami menyediakan bermacam jenis pemanis mulut termasuklah Serawa, Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum Pandan Gula Anau, Bubur Cha Cha bersama Keladi, Aneka Kek dan Pastri, Aneka Kurma, Buah-buahan tropika, pilihan kuih-kuih Melayu dan Dodol, Aneka Jeli, Agar-Agar dan Puding, Sago Gula Melaka dan Tembikai Susu bersama Sagu Pearl.



Bufet Ramadan Al-Kareem “House of Smoke & Grill” dibuka setiap hari bermula jam 7.00pm hingga 10.00pm dari 24 April 2020 sehingga 23 Mei 2020. Harga bagi bufet Ramadan ini ialah RM148.00 bersih setiap orang bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi setiap kanak-kanak dan warga emas. Sementara itu, harga RM150.00 bersih ditawarkan bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

Terdapat potongan harga istimewa untuk tempahan awal dan bayaran sebelum 1 Ramadan (24 April 2020) apabila tetamu berbuka pada 1 Ramadan sehingga 10 Ramadan (24 April 2020 sehingga 3 Mei 2020) iaitu dengan harga RM74.00 bersih bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi kanak-kanak dan warga emas.

Sebagai penghargaan terhadap tetamu yang amat kami hargai, GBWHSA melancarkan promosi Beli 10 Percuma 1 iaitu beli 10 baucar Bufet Ramadan bagi dewasa, pelanggan akan mendapat 1 baucar Bufet Ramadan. Lebih menarik, mereka yang membeli 15 baucar Bufet Ramadan layak mendapat 1 baucar penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam.

GBWHSA juga memenuhi keperluan majlis berbuka puasa di dewan. Bagi mengadakan majlis berbuka puasa di dewan, harga pakej adalah serendah RM68.00 bersih bagi minimum 100 orang dan pakej ini didatangkan dengan 1 pilihan gerai. Promosi ini ditawarkan khusus buat syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka di dewan bankuet GBWHSA.

Tarikan lain bagi promosi Bufet Ramadan tahun ini ialah sesi cabutan bertuah. Setiap pembelian 5 baucar dewasa bagi Ramadan Bufet akan mendapat 1 penyertaan cabutan bertuah. Terdapat 5 hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi apabila anda berbuka puasa di Bufet Ramadan GBWHSA. Hadiah yang dinanti-nantikan adalah Pakej Umrah untuk 2 orang bagi tempat pertama, Pakej Umrah untuk 1 orang bagi tempat kedua, manakala tempat ketiga akan memenangi baucar penginapan selama 3 hari 2 malam di bilik Deluxe Suite bernilai RM1,300.00. Sementara itu, tempat keempat akan memenangi baucar penginapan selama 2 hari 1 malam di bilik Deluxe yang bernilai RM650.00 dan hadiah tempat kelima ialah baucar makan dan minuman di GBWHSA bernilai RM300.00. Cabutan Bertuah akan diadakan selepas bulan Ramadan iaitu pada bulan Syawal.



Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu boleh dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam kami di Surau kami.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi bahagian Jualan dan Pemasaran kami di talian 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806 ataupun menghantar email dosm@bluewavehotels.com atau Jabatan Telepemasaran melalui WhatsApp +60192736801 atau +60192757801 .

Chef Eksekutif : Chef Mohd Shahril Bin Abu Rahim

Harga : Isnin hingga Ahad

RM 148.00 + Dewasa
RM 70.00 + Warga Emas & Kanak-Kanak

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

RM150.00 + 1 Dewasa/1 Kanak-Kanak

- THE END -

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...