22 March 2020

Resepi Ayam Goreng Berempah Cara Aku Yang Sedap dan Simple Banget!

Masakan yang paling menambat selera anak-anak mestilah ayam goreng. Kebiasaannya aku masak ayam goreng kunyit saja macam biasa. Cara goreng yang malas tu iaitu letak garam kunyit dan campurkan sedikit tepung jagung. Boleh saja cara tu. tapi kali ni aku buat yang lebih istimewa sikit iaitu ayam goreng berempah. Simple  tapi sedap menggamit selera. Apatah lagi dengan bauan ayam goreng berempah ini yang menyengat.

Resepi Ayam Goreng Berempah Cara Aku Yang Sedap dan Simple Banget!
Resepi Ayam Goreng Berempah Cara Aku Yang Sedap dan Simple Banget!

Baunya semerbak merata dalam rumah membuatkan perut yang tak lapar pun menjadi berselera. Tak ada apa sangat sebenarnya cuma tambah rempah kari dan beberapa bahan di dapur saja. Resepi ni aku main campak-campak saja. Tak ada resepi yang specifik sangat. Ikut banyak mana orang di rumah dan nak tebal atau tidak salutan tepung dan rempahnya.



Anak-anak memang suka sangatlah bila aku buat ayam goreng berempah ni. Kena buat lebih sikit. Nanti ada yang nak meratah ala-ala makan ayam goreng KFC tu pula, tak cukup lauk di buatnya. Cicah bersama sos cili memang terangkat dan memikat sangat. Goreng garing lebih sikit. Uhhh memang sedap dan berselera.

Resepi Ayam Goreng Berempah Cara Aku Yang Sedap dan Simple Banget!


Bahan-bahan:

Seekor ayam 
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang serai
1/2 paket kecil serbuk kari daging
2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan garam halus
1/2 cawan tepung jagung
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.

Cara-cara:

Ayam di potong 16 atau 18 atau 20 ikut kecil atau besar yang di sukai dan bersihkan. Bawang merah, bawang putih, halia dan serai di kisar tanpa air atau di tumbuk lumat. 

Dalam sebuah bekas masukkan ayam. Seterusnya masukkan bahan kisar atau tumbuk itu. Masukkan juga serbuk kari daging, serbuk kunyit, garam halus dan tepung jagung. 

Gaul sebati semua bahan dalam bekas hingga bergaul rata. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Apabila minyak sudah panas, goreng ayam sehingga garing. 

Dah siap, bolehlah di toskan. Sedia untuk di hidangkan makan bersama nasi atau makan begitu saja dengan sos cili. Sedapppp!

Kalau ada daun kari boleh di goreng bersama ayam untuk bau yang lebih memikat selera. aku tak ada daun kari. tapi goreng macam ini pun dah sodap banget. 

Tengoklah gambar yang aku sediakan bersama entri ini. Tengok saja pun sudah berselera, apatah lagi dengan merasanya. Sesekali lari dari kebiasaan dengan merajinkan diri masak hidangan yang sedap ya amat ini, apa salahnya. Anak suka, kita pun bahagia....gittew!

Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini... klik SINI

p/s: Resepi ayam goreng jer pun... hahah!

1 comment:

  1. I haven't cook much but this looks so good. rasa mcam nak buat je haha

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...