30 June 2020

Resepi Kuih Buah Melaka Pecah Meletup Di Mulut, Sedapnya...

Waktu awal bermulanya PKP aritu, semua ahli keluarga berkumpul di rumah. Susah nak tengok semua ada di rumah waktu petang sekiranya tiada musibah PKP. Bila berkumpul, tak lain tak bukan, makan sajalah yang di buat. Dalam kebuntuan nak masak apa, aku terpandang separuh paket tepung pulut dalam simpanan. Ada juga dua keping gula melaka dan kelapa parut beku dalam peti  ais. Apa lagi, kuih buah melaka yang terlintas di fikiran. Resepi kuih buah melaka ini senang sesangat. Tiada istilah tak menjadi, boleh di katakan...!

Kuih Buah Melaka
Kuih Buah Melaka Pecah Meletup Di Mulut, Sedapnya...

Semasa menguli tepung menjadi doh, terbayanglah aku akan keenakan kuih buah melaka ini yang kenyal apabila di kunyah. Setelah itu pula ia terasa meletup di mulut apabila kunyahan terkena gumpalan gula melaka yang manis beraroma itu. Sedapnya tak terkata dengan keasyikan mengunyah kenyalnya  tepung pulut, gula melaka yang manis beraroma dan kelapa parut yang lemak itu.... Fuh!



Kuih buah melaka ini ada banyak nama tapi bentuk dan rupanya tak jauh berbeza. Selain di namakan kuih buah melaka, ada tempat panggil nama kuih buah bidara, kuih onde-onde dan yang paling aku tak pernah terfikir keluarga suami aku di Rembau Negeri Sembilan panggil kuih buah kelepung. Itulah pasal, lain tempat lain nama panggilan kuih buah melaka ini. Jangan tak tau... hehe!

Resepi Kuih Buah Melaka Pecah Meletup Di Mulut, Sedapnya...


Bahan-bahan:

3 cawan tepung pulut
2 keping gula melaka
1/2 cawan air daun pandan
Kelapa parut secukupnya
Air secukupnya juga
Garam secukup rasa

Cara-cara membuat kuih buah melaka:


Gula melaka di potong dadu kecil. Tepung pulut  di bancuh dengan air daun pandan sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Sekiranya air daun pandan tidak mencukupi, boleh tambah air biasa secukupnya. 

Kelapa parut di gaul dengan sedikit garam dan di kukus sebentar. Ini adalah untuk menghalang kelapa parut dari menjadi cepat basi atau sekiranya beku dari peti ais ia mencairkan kelapa parut yang beku juga.

Panaskan seperiuk air  sehingga mendidih. Gentel doh tepung  pulut dan masukkan inti gula melaka ke dalamya. Bentukkan menjadi seperti sebuah guli yang membulat cantik. Buatlah sampai habis adunan doh tepung pulut tadi. 

Sementara mengentel doh, masukkan bebola tepung pulut yang sudah siap ke dalam air yang mendidih itu. Tunggu hingga bebola tepung pulut timbul ke permukaan. Ini menandakan bebola buah melaka sudah masak. Angkat dan toskan serta golekkan ke dalam bekas mengandungi kelapa parut.

Buat berulangkali sehingga semua kuih buah melaka selesai di masak. Setelah itu, bolehlah di hidangkan dan di jamah seisi keluarga. Sedapnya, ralit kami sekeluarga makan dan licin tinggal pinggan akhirnya.... gittew lerr!

Resepi kuih buah melaka ini yang paling senang, gerenti jadi dan sudah pasti sedap dan di sukai ramai. Kuih tradisional zaman berzaman kuih buah melaka ini. Selagi ada penggemarnya, ia mesti sentiasa jadi juadah yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek  hujan... huhu!

Nak resepi yang mudah dan senang di buat di blog ini, klik SINI

p/s: Kebiasaannya  bulan puasa, kuih ni memang rajin aku buat tapi di bulan-bulan lain kalau teringin nak buat, tak ada salahnya juga. 

3 comments:

  1. Kalau belah kelantan panggil kekoh char.. mmg sedap kuih nie.. igt mse bulan puasa mmg selalu buat..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...