16 June 2020

Resepi Sawi Siew Pak Choy Masak Sos Tiram, Sedap!

Resepi sawi siew pak choy masak sos tiram ini adalah resepi yamg paling mudah aku rasa. Tapi rasanya sedap sangat. kalau masak sayur cara begini, semangkuk besar pun boleh habis sekali hidang makan tengahari tapi dengan syarat makan waktu masih panas. Bila aku masak goreng sayur stail biasa, kurang kurang anak-anak dengan suami nak makan. Menepati selera lah tu!

       
Resepi Sawi Siew Pak Choy Masak Sos Tiram, Sedap!

Kebiasaannya sawi siew pak choy masak sos tiram ini aku masak sekali bersama cendawan, tak kisahlah cendawan apa tapi cendawan tak ada stok. Tapi boleh saja, sedap takk berkurang pun. Tapi jangan korang guna sawi biasa tak sedap jadinya, kena sawi siew pak choy yang pendek-pendek gemuk batangnya tu. 

Baru rasanya manis-manis sedap saja. Pernah juga aku buat masak begini dengan kobis panjang atau kobis cina. Sedap juga. Resepi ni sudah aku olah dari resepi sawi siew pak choy masak sos tiram iaitu dari buku resepi masakan cina yang aku pernah baca. Resepi ini selain cendawan, ada pula letak minyak bijan sebenarnya. Tapi aku tiadakan. Tak pernah pun beli minyak bijan selama ini... huh!



Air rebusan daging pun di gunakan tapi aku ganti dengan kiub ayam saja. Masakan cina tu pula kebiasaannya di susun cantik dalam pinggan sayur sawinya. Apa yang aku buat, masak sawi siew pak choy masak sos tiram sekali harung saja.  Tak terbuat nak susun cantik-cantik macam masakan cina yang sebenarnya. Kita yang masak dia, jadi juga.. hahah!

Resepi Sawi Siew Pak Choy Masak Sos Tiram, Sedap!


Bahan-bahan:

5 pokok sawi siew pak choy
2 - 3 hiris halia
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/6 dari seketul kiub ayam
1/4 cawan air
Minyak masak secukupnya.
Garam dan gula secukup rasa.
Bahan pemekat - 2 sudu besar air campur 1sudu besar tepung jagung

Cara masak sawi siew pak choy masak sos tiram:


Sawi di patah-patahkan ikut suka. Halia di potong nipis dan di hiris memanjang. Tumis halia sehingga hampir kekuningan. 

Masukkan lada hitam, sos tiram, kiub ayam,  dan air. Kalau nak lebih kuah, boleh tambah air lagi. 
Seterusnya masukkan sawi. 

Masukkan juga bahan pemekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sayur siew pak choy dah cukup masak bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Oh ya, cili merah dalam gambar sayur yang di sertakan di resepi ini, hanya hiasan.

Nak tengok resepi lain dalam blog ini, klik SINI

p/s : Suka hati kita la nak buat cara apa pun... janji sedap kat tekak kita sendiri.... kan!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...