26 June 2020

9 Resepi Sambal Belacan Terbaik Untuk Di Cuba, Meletup Sedap!

Bagi aku kalau waktu makan tiada sambal belacan terhidang sekali bersama nasi macam tak cukup rasa dan selera. Apatah lagi kalau lauk yang di hidangkan itu sejenis yang kurang pedas. jadi mesti ada sambal belacan terbaik yang sesuai dengan masakan untuk membangkitkan selera. Barulah terasa nikmatnya apabilah menikmati lauk pauk juadah itu bersama resepi sambal belacan terbaik dan meletup sedap!

9 Resepi Sambal Belacan Terbaik Untuk Di Cuba, Meletup Sedap!
Resepi Sambal Belacan Terbaik Untuk Di Cuba, Meletup Sedap!

Resepi sambal belacan ini pula berbagai jenis dan rupa, Kebiasaanya sambal belacan mesti di hidangkan ikut kesesuaian masakan yang di hidang ataupun bahan untuk di cicah bersama seperti ulam-ulaman. Selain itu ada juga tempat yang berlainan lain pula resepi sambal belacannya. Ada juga yang di campur dengan buah-buahan yang sesuai untuk menjadikan sambal belacan lebih sedap dan berperisa.

Apapun juadah resepi sambal belacan yang ada, sambal belacan akan terus menjadi pelengkap hidangan kepada sesiapa yang menyukai sambal belacan ini. Kalau tak ada sambal belacan, boleh mati selera untuk menikmati hidangan walau sesedap mana pun juadah yang di hidangkan. Tak hairanlah walau sebesar dan sekecil manapun majlis, sambal belacan mesti ada di sediakan sebagai pelengkap hidangan.. kan!



Seterusnya di sini aku nak memperkenalkan 9 resepi sambal belacan terbaik untuk di cuba, meletup sedap yang kebiasaannya di buat untuk juadah hidangan khas untuk tatapan pembaca blog ini. Senang saja sebenarnya membuatnya. Semuaya  semudah a, b, c saja. Jom buat dan rasa sambal belacan penambat selera ini... hehe!

9 Resepi Sambal Belacan Terbaik Untuk Di Cuba, Meletup Sedap!


- 1 -  Sambal Belacan Asam Limau


Bahan:

10 biji cili padi
2 biji cili merah
1 sudu besar perahan air limau nipis/kasturi
2 cm belacan bakar
1 sudu kecil cuka - supaya sambal belacan tahan lama
garam
gula

Cara-cara:

Cili padi, cili merah di tumbuk lumat. Seterusnya masukkan belacan bakar, garam dan gula secukup rasa.

Di gaul dan di tumbuk lumat sekali lagi. Seterusnya masukkan perahan asam limau. Untuk tahan lebih lama masukkan cuka. 

Sekiranya tiada asam limau boleh gantikan dengan air asam jawa. 

Sambal Belacan Goreng
Sambal Belacan Goreng


- 2 - Sambal Belacan Goreng


Bahan-bahan: 

10-15 biji cili padi ikut kesesuaian, jika mahu lebih pedas boleh tambah
2-3 inci belacan
2-3 biji bawang merah
1 biji tomato
Garam gula secukup rasa
Air asam jawa - jika suka
sedikit minyak untuk menggoreng
.
Cara:
.
Bawang dipotong atau belah 4 atau 6. Tomato dibelah 4 atau 6 juga. Goreng semua bahan seperti cili padi, belacan, bawang merah dan tomato kecuali garam dan gula.

Goreng sampai layu, tapi jangan sehingga garing. Setelah itu baru semua bahan ditumbuk..memang lembut dan senang untuk menumbuk.

Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa. Jika nak lebih berperisa, masukkan sedikit air asam jawa. 

- 3 -  Sambal Belacan Limau Kasturi


Bahan-bahan:

4 tangkai cili merah
9 tangkai cili padi
1 sudu besar belacan melaka - dibakar hingga wangi
Garam dan gula secukupnya
7 biji Limau Kasturi

Cara:

Masukkan kesemua bahan seperti cili merah, cili padi, belacan, garam dan gula kecuali limau kasturi kedalam lesung.
Tumbuk sampai 90% lumat boar nampak cili berkepinngan sedikit. Perahkan dengan jus limau kasturi kemudian hiris sedikit kulit limau kasturi nipis-nipis dan gaul dengan sambal.

Kaut sambal dari lesung dan masukkan kedalam bekas yg sesuai. Hidangkan bersama ulam-ulaman yang anda suka.

- 4 - Sambal Belacan Gesek


Bahan-bahan:

20 biji cili api
1 labu bawang besar ~ potong kecik supaya senang nak tumbuk
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis ~ basuh dan toskan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/4 cawan minyak
Sepotong limau nipis - jika suka

Cara-cara:

Tumbuk cili padi, gula dan garam hingga lumat. Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga separuh hancur. Ketepi kan.

Tumbuk kasar ikan bilis. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing, masukkan cili padi dan bawang yang telah di tumbuk tadi.

Goreng dengan api yang perlahan sehingga sambal gesek menjadi garing. Nak makan, perahkan sepotong limau nipis jika suka.

- 5 - Sambal Belacan Kedai Siam


- Sediakan bahan-bahan di bawah;

Segenggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang merah (saiz besar)
1/4 keping kecil nisse / gula melaka
1 labu bawang putih jeruk
2 inci belacan

- Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
2 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
secubit dua ajino
sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*

- Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!

Rahsianya nak hasilkan rasa serupa seperti sambal belacan kedai Siam, bawang dan belacan tak  di bakar macam sebelum ini. Betul-betul sedap!

- 6 - Sambal Belacan Air Asam Lada Picit


Bahan-bahan:

Cili padi
Sedikit belacan yg telah dibakar
Sedikit Asam jawa
Gula
Garam
Sedikit Air masak

Cara:

Masukkan semua bahan seperti cili padi, belacan, asam jawa, garam dan gula ke dala mangkuk. Tambahkan sedikit air masak.
Seterusnya picit dan pecahkn cili padi dan bahan-bahan ini  dengan  hujung jari semasa nak memakannya. Jadilah sambal belacan air asam picit yang ringkas.

Sambal Belacan Buah Kuinin
Sambal Belacan Buah Kuinin


- 7 - Sambal Belacan Buah Kuinin


Bahan:

Cili padi
Lada merah besar
Sedikit belacan yang sudah dibakar
Garam
Buah kuinin masak
Sedikit gula

Cara:

Tumbuk cili padi dan lada merah besar sehingga lumat. Seterusnya  campurkn belacan, garam dan gula,

Kemudian bila cili sudah hancur dan bahan-bahandi dalam lesung bergaul sebati, masukkan buah kuinin masak yang telah di hiris kasar dan gaul serta tumbuk perlahan-lahan hingga sebati.

Bolehlah di hidangkan. Selain buah kuinin, boleh juga gantikan dengan buah mempelam, mangga, bacang dan seumpamanya.

- 8 -  Sambal Belacan Air Asam


- Bakar semua bahan di bawah.
Guna pan/boleh bakar atas bara api.
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci belacan
6 biji bawang merah saiz bola ping pong

- Sediakan lesung untuk menumbuk.
Kupas bawang bakar.
Sediakan beberapa tangkai cili padi
2 biji asam limau nipis saiz besar.
* kalau asam kecil guna 3 biji

-Tumbuk bahan bakar tadi bersama cili sehingga lumat.

- Perasakan dengan
3/4 sudu besar gula
3/4 sudu kecil garam

*segala kuantiti terpulang kepada citarasa masing-masing.

- Kemudian perahkan 2 biji asam limau nipis tanpa biji untuk dapatkan airnya.

- Tambahkan 1/2 cawan air kosong. Kacau sebati. Siap!

*Sesuai untuk dicicah bersama ikan bakar.

Sambal Belacan Air Asam Pekat
Sambal Belacan Air Asam Pekat


- 9 - Sambal Belacan Air Asam Pekat


- Sediakan bahan-bahan berikut.

2 biji bawang merah
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
*Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.

- Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;

1 biji lemon dan sebiji limau nipis.
*Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.
3 tangkai cili padi hijau
3 tangkai cili padi merah

3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.

Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)

*Ikut kepekatan yang diingini*

- Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

- Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

- Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.

*Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.

*Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.

Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.

Mesti bertambah-tambah makan berpinggan-pinggan apabila mengadap juadah hidangan berserta sekali sambal belacan terbaik yang tersenarai ini. Jadi, tak sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet. Seeloknya skip hidangan sambal belacan kepada mereka.. hahaha! (gurau jer)

Nak pelbagai resepi dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s; Aku sebenarnya alergik dengan belacan dan makanan laut tapi aku tak kisah. Semenjak kebelakangan ini rasa macam dah tak ada alergik tu, Itu yang menjamah tak hinggat tu... huhu!

# Kredit Group masakan Aneka Resepi & MAHN


13 comments:

  1. Berliurr pulaa tgk gmbr2 nii 😅😅

    ReplyDelete
  2. Huishh terliur tengok sambal belacan.

    ReplyDelete
  3. kami sekeluarga memang hantu pedas. sampaikan anak yg tingkatan satu tu dah pandai buat sambal belacan sendiri. senanglah kerja ibu dia hahaha

    ReplyDelete
  4. terliur pula ngk sambal belacan.. makan nasik menambah la kalau ada sambal belacan dgn ulam

    ReplyDelete
  5. Meriah hidangan kalau ada sambal sebagai pelengkap!

    ReplyDelete
  6. Ya allah sedap semuanya. Kebetulan tadi saya pun buat sambal belacan gak..menambah makan nasi hehe

    ReplyDelete
  7. Tengok gambar terus terliur. Dalam pipi pun rasa meremang sekarang ni hahahha. Ya Allah sedapnya sambal belacan. Tak ada kuah pun, ada sambal belacan dah cukup

    ReplyDelete
  8. Alamak sdpnyaa..save post ni..nnt sha nak refer klu buat smbal..smua sdp2

    ReplyDelete
  9. Kesukaan saya makan nasi kena ada lauk pedas.. kalau ada sambal-sambal dalam list ni mmg dah cukup bagi saya. lama tak makan sambal buah kuini mana nak cari buah ni sedap tu../

    ReplyDelete
  10. terus rasa lapar. hahaha.
    semuaa sambal belacan kat atas tu sedap. hat buh buah kuinin tu paling win..hehehe

    ReplyDelete
  11. Sambal belacan memang favourite kalau tak ada sambal belacan tak sah. Rasa tak lengkap makanan bila makan

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...