Tahu tak, selain menjadi penyedap makanan, serbuk perasa boleh di jadikan baja
untuk menyuburkan tanaman. Macam perkara main-main saja kan!
Pokok Tak Subur? Boleh Tambah Serbuk Perasa Untuk Di Jadikan Baja... |
Pokok tak subur? Boleh di tambah serbuk perasa untuk di jadikan baja. Macam pelik, tapi itulah kebenarannya. Macam seorang sepupu ni ada tyanam pokok kedondong di pinggir rumah teres. Pokok tu segan saja nak hidup sebab tersepit atas tanah yang keluasannya kecil. Satu hari sepupu dapat tahu pasal serbuk perasa ini.
Di cubanya lah menyiram dengan secawan air baja serbuk perasa. Setelah di
baja setiap minggu, selepas 3 minggu pokok kedondong itu segar bugar dan
mula berbunga. Sebulan kemudian mula berbuah dengan sangat lebat sampai
terpaksa di beri sokongan supaya tidak patah. Tak padan dengan kecil
saja pokoknya tapi buahnya penuh sepokok tu. Itulah kesan baja serbuk perasa.
Menanam pokok akan lebih menyeronokkan kesekiranya penanaman membuahkan hasil
yang memberangsangkan. Boleh merasa sendiri titik peluh tanaman apabila di
petik ataupun di tuai. Juga menjimatkan kos dari terpaksa membeli
sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu perasaan merasa hasil kudrat sendiri
pasti sukar di gambarkan... Kannn!
Pokok Tak Subur? Boleh Tambah Serbuk Perasa Untuk Di Jadikan Baja...
Serbuk Perasa ajinomoto kaya dgn MSG yg mampu menyuburkan pokok yang susah
mahu berbunga dan berbuah. Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali
ganda saiznya, pertumbuhan tanaman lebih cepat, pokok bunga akan cepat
berbunga dan pokok buah akan cepat berbuah.
Serbuk Perasa Untuk Di Jadikan Baja... |
Terdapat dua kaedah bancuhan serbuk perasa ajinomoto untuk tanaman pokok:
Cara Pertama:
● Ajinomoto 1 sudu teh (5g) utk 1 pasu tanaman.
Cara membaja pokok dengan serbuk perasa:
Tabur terus ajinomoto di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
Cara Kedua::
1. Pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai,
pandan dan lain-lain.
● Ajinomoto 1 sudu makan (15g) + air 5 liter.
2. Pokok besar seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan
lain-lain. (Untuk umur tanaman setahun ke atas).
● Ajinomoto 5 sudu makan (75g) + air 1 liter.
Kaedah membaja pokok dengan serbuk perasa:
Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan
siraman adalah seminggu sekali.
Kesannya biasa dapat di lihat seminggu selepas penyiraman atau semburan
dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan
mula berbunga. Demikian juga pokok yang tidak pernah berbuah akan mula
berbuah Kaedah ini telah pun di cuba oleh sepupu seperti di
ceritakan di artikel ini. Memang sangat berkesan dan berhasil....
huhu!
Jom kita kongsi pengetahuan dan manafaat ini pada semua yang bercucuk tanam.
Semestinya sangat mengujakan apabila tanaman yang di tanam hidup dengan
subur. tiada lagi istilah pokok tak subur. Hanya tambah serbuk perasa untuk
di jadikan baja. Hasilnya tip-top sungguh!
Nak dapatkan pelbagai informasi dan tips di blog ini, klik
SINI
p/s: Sudah pasti akan aku gunakan serbuk perasa ini untuk menyuburkan tanaman aku... hehe!
Kredit : Rozie Zieiy
Pernah dengar juga
ReplyDeleteta[i tak pernah cuba lagi.
Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat membantu sebab pokok-pokok yang LZ tanam mogok tak nak keluar bunga / buah. Esok terus cuba petua ni.
ReplyDelete